Novel Kampung Girl


Assalamualaikum...


Entry cross-country dipadam kembali setelah dipublish. Rasa macam tak berfaedah je benda tu. Lebih berfaedah jika aku promote novel Kampung Girl. Aku baru je baca novel ni. Kepada sesiapa yang belum baca, dan rasa nak tahu pasal cerita ni macam mana bolehlah baca review aku kali ni ya.


UMI KALSOM
SEM: RM 21.00
S/S: RM 24.00



SINOPSIS

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.

“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.

“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.

Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.

Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.

“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.

Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.

Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.

“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.

“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.

Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?




And... Yeah.. Aku beli buku ni sekali dengan novel Suami Aku Ustaz hari tu. Cuma novel ni aku baca lama dan lambat sikit sebab aku busy dan rasa tak ada mood nak baca.



Part yang aku tak suka, pasal Ashraf yang serious pulon apa entah sikit sikit nak cakap pasal budak kampung budak kampung. Apa masalah dia dengan budak kampung pon aku tak paham. Tak boleh nak terima Ainnur semata sebab Ain budak kampung. Serious aku meluat. Macam tak logik je benci hanya sebab title kampung girl. Blurrggghhh je aku baca pasal Ashraf ni!



Part yang aku suka, novel ni banyak ayat ayat dia yang boleh bagi kita tersenyum. Haa.. Seronok happening gitu. Lepastu, tak ada konflik sampai nak runtuh rumah tangga. Then.. Ainnur ni kedah maiii.. So, rasa ngam arr sebab aku pun duduk Kedah dari Penang. Ecewah, sempat kasitau pasal diri aku pulak kan. And.. Dia ada ayat ayat tafsiran dari surah surah. Serious aku suka kalau novel tu diselitkan pasal agama. Even, kadang kadang benda yang kita dah tahu tapi bila baca, terasa macam di refresh balik gituuuu..



Overall.. Nak kasi 4.3 markah... Tolak tolak part yang aku tak suka Ashraf nak pertikaikan isu Kampung Girl. Lepuk kang barutahu. Hekhek. Belilah novel ni okey. Sungguh, happening lawak lawak macam tu. Siapa siapa yang tak suka novel sedih manjang boleh le beli novel ini. Okey? Dan congrats Umi Kalsom kerana berjaya hasilkan novel ini. Cewah, macam aku je publisher! ;)

1 comment:

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤