Jangan banyak bercakap okay?


Assalamualaikum...


Ahha! Today is Friday. Aku tahu kau tahu. Haa kan? Tapi kau tak semestinya tahu yang harini aku dah cuti sekolah. And yey! Itulah dia. Seminggu itu sangat bermakna untuk aku. And yang paling bestnya bila cuti lepas exam sebabnya satu, tak ada homework untuk dibuat. Dua, sebab lepas habis cuti 99.5% cikgu akan bagi paper exam. Dan itu sangat best. Tak ada alasan sangat lah cikgu nak cakap 'sorry la, cikgu tak sempat lagi nak mark paper kamu'. Memang sangat tak best kalau dengar cikgu cakap macam tu kan.


Kenapa panjang sangat aku tulis atas tu. Tak habis habis nak cerita pasal exam aku. Entah, rasa gatal je tangan nak cerita pasal exam. Okey, ye la aku nak start lah ni. Kalau nak cepat atau malas nak baca pasal cerita aku yang perenggan pendahuluan dengan isi satu yang tak ada kena mengena ni, bolehlah skip terus sampai lepas gambar sebab lepas gambar aku terus masuk isi berkaitan tajuk aku. K dah.




Ini aku ceritakan pasal diri aku sendiri, dan mungkin jugak berkaitan dengan orang lain. Jadi sama sama lah kita kan? Bercakap. Aku rasa kita ni selalu banyak bercakap. Dengan kawan kawan and family. Kalau aku, aku rasa macam nak bercakap je. Tapi kalau time tak kenal siapa siapa lagi, memang orang ingat aku ni pendiam. Sekali kenal aku, baru insaf sebab cakap aku pendiam. Hikhik!


Dah sedia maklum dah kan, bila kita banyak bercakap secara automatiknya kita akan terlepas cakap. Maksudnya, sampai ada hati orang lain yang tersinggung tanpa kita sedar. Tapi baru baru ni (kiranya baru lagi okey) aku rasa macam tersedar yang aku ni banyak cakap. Tapi, bercakap bukan sekadar banyak cakap, masalahnya dengan pakej sakitkan hati orang sekali! Faham tak aku cakap apa?


Macam yeah, aku selalu je cakap dekat kawan aku 'wei hang gedik apa?' 'hang ingat lawa sangat dah la buat muka macam tu?' 'blur lah tu!'. Kau tengok, kau tengok. Betapa !@#$%^&* nya mulut aku kan? Itu bahana banyak cakap. Hari tu aku dah pernah post dah pasal Why Bad Words tu kan? Tapi masalahnya aku macam tak boleh nak kawal diri. Teruk betul.


Kalaulah aku seorang yang macam dulu. Dulu tak ada pun aku cakap kasar dekat orang lain. Kenapa masuk sekolah menengah aku jadi cenggini? Susah tau bila kita dah terbiasa cakap kasar kasar ni. Nak berhenti pun payah. Sama macam merokok. Benda buruk ni memang senang nak dibuat dan susah nak berhenti. Kalau benda baik, susah nak buat senang nak berhenti. Lumrah manusia.


Aku akan cuba jadi orang yang tak bercakap kasar ikut sedap mulut. Dan aku akan cuba supaya tak bercakap banyak. Kalau kita tak ada benda yang baik untuk bercakap, lebih baik diam. Diam itu lebih baik. Quote ni memang 100% betul. Sebab aku mengalaminya sendiri. Haa macam tu. Aku tulis ni bukanlah untuk membuka keburukan sendiri. Orang kata apa? Membuka pekung di dada? Haa ye la tu kot. Aku just nak share bahawa sesungguhnya bercakap banyak itu tak bagus. Bila cakap banyak, pakej sakitkan hati orang tau.


Kenapa aku cakap macam tu? Sebab ada cikgu tuition abang aku tu, dia jenis cakap banyak lah jugak. Lepas tu, mungkin dia tak sengaja tiba tiba percakapan dia terguriskan hati mak aku. Macam itu lah dia. Bila sekali orang terasa hati dengan kita, mesti dah tak syok kan? Jadi, itu sahaja!


Jangan Banyak Bercakap Okey? ;)

No comments:

Post a Comment

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤