Terkejut+Terharu+Malu+Marah


Assalamualaikum...


Ada entry baru di sini. Mahu dicerita dengan penuh perasaan. Penuh perarasaan terkejut+terharu+malu+marah. Okey, aku akan cerita satu satu. Apa yang buat semua perasaan itu menjengah ruang hati. cewah!


Hikk!


Yeah.. Tadi masa kat sekolah, masa rehat kawan kawan dahku ajak aku pergi surau. Aku tanya kenapa nak pergi surau. Kan dah sembahyang masa Sivik tadi. Lepastu, Husna kata nak rehat. Serious panas hati aku. Aku dah lah dahaga lepastu gedik gedik nak ajak pergi surau pulak. Suruh tunggu lak tu. Lepastu Husna main bisik bisik dengan Nadirah, Aqilah bagai. Aku tanya, dia buat tak tahu je. Geramnnya aku masa tu!


Aku kata aku nak minum air dekat canteen, dorang halang aku jugak. Suruh tunggu sat tunggu sat. Aku pun maki hamun kata dorang gedik lah pulon ngada ngada bagai. Sebab dah lah panas, dahaga pulak. Mana hati aku tak merana?


Lepas, dorang ajak aku pergi canteen. Then, aku nak pergi bahagian air tapi dorang panggil aku bawah pondok. Fine, dengan muka puzzle aku pergi jugak. Lepastu aku nampak kawan kawan aku semua ada situ dan seorang lagi is kawan yang dah berbulan aku tak kawan nak dekat setahun. Okey, aku tengok muka sorang sorang, nampak rahsia di situ. Aku duduk dan aku membelakangi dorang sebab aku rasa lain macam. Aku cakap aku malu.


Dalam otak aku, mesti dorang nak suruh aku kawan balik dengan kawan aku tu. Sebab tu aku rasa malu. Lepastu, aku kata la aku dahaga! Nak beli ayaq! Dorang saja je kata 'haa ni kami dah beli dah ni'. Lepastu aku tengok atas meja, wahh!! Ada kek gitu haa! :') Kawan yang aku tak kawan berbulan tu pulak kasi hadiah and say sorry. Aku terharu,malu dan terkejut. And yeah, dear friends your surprise menjadi! Seriously terharu dan terkejut. This is what we call surprise. yey!


Sebenarnya, birthday aku esok tapi memandangkan esok cuti dorang buat hari ni.. I love all of you friends. I just can smile sampai telinga setiap kali terkenang. Pandai hampa buat aku terkejut. Siap simpan kek kat koperasi lagi. Kena marah ngan makcik tu lagi. Hahaha! Kesian hampa.


Untuk HUSNA,NADIRAH,YASMIN NADIRA,AIZA,AZIMAH:

   Thanks a lot friends. Even mungkin macam biasa je bagi orang lain, tapi aku tetap happy! Syok kot! Sayang hampa ketat-ketat! Untuk kawan kawan yang wish, aku hargai. Terima kasih. Yang paling kesian dekat hampa yang kena maki ngan aku. Sorry sayang sayang sayang semua. :'(



Part marah pulak, masa balik ada satu berita tu. Ada orang perdajai aku! Tak tau sapa. Tulis surat lepastu bagi kat Adam lepastu tulis nama 'Nina, 2E'. What ta hell? Aku bukan hadap sangat nak tulis surat kasi kat laki weyh. Aku bukan jenis cenggitu. Suka orang pun tidak. Cakap dengan laki mesra mesra gurau gurau tepuk tampaq semua, ada aku buat? Tak dak kan? Aku bukan the type yang gedik mengada-ngada bagi surat cenggitu lah wey. Oh, tolong... Kenapa tak puas hati sangat dengan aku? Ya, memang aku ada kutuk seseorang tu depan dia, dan itu bersebab kenapa aku marah orang tu.


Aku tak akan marah orang tanpa sebab. Aku tak akan kutuk orang tanpa sebab. kalau orang tu tak mulakan dulu, tak adanya aku nak marah. Gila namanya tu kan? Lepastu, aku dah tak kutuk dia or nak benci benci dia lagi. Kira macam, sudah cukup sudah lah kan. Tapi, aku tak tahu la siapa yang bagi surat tu. Tak boleh lah jugak nak tuduh orang tu. Mungkin orang tu nak main main dengan aku? Atau memang tak suka aku? Wallahualam.

K dah. bye!

1 comment:

  1. wahh, bermacam2 perasaan dlm satu masa. btw, happy birthday.

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤