Assalamualaikum...
Wah.. debaran exam gitu haa.. Aku tak mau drop. Faham tak? Tak mau drop.. Semua orang pun tak mahu drop. Apa drop tak drop ni? Ni laa.. Dah lama dah tak exam. Last exam ialah masa Form 1 awal tahun. Lepas tu berbulan tak exam. Bila dibebani pbs tak ada exam, nak pulak exam. Bila ada exam, ketaq lutut cheq. Tahun lepas tu alhamdulillah memberangsangkan keputusan gua, jadi sebab itu lah gua kata gua tak mau drop. Ada paham?
Menangis haku kena study.. Especially Math yg aku tak pandai tu. Kalau aku belajar macam tu, macam tu lah yg aku boleh jawab. Kalau corner kot lain sikit, aku mula lah pening. Jealous haku dengan orang pandai Math ni. Rasa cam nak operate otak dia ganti dengan otak aku. hihihi.
Satu lagi, History. Ya Allah.. Tergolek. Form 1 punya senang kacang tanah goreng saja kan. Form 2 dia dah mula British British bagai. Perjanjian. Whatever whatever whatever. Tu.. Yang tengah baca tu yang nak kata 'eleh senang je Form 2' sangat dekat aku eyh. Lepuk karang. :p
Membebel panjang pulak dah. Kata Exam dan tips. Mana tips nya? Okey, ni aku nak share sikit tips yang aku google.
- Hadir di dalam bilik darjah.Dalam tempoh 2-3 bulan ini,anda mesti datang ke sekolah dan hadir di dalam bilik darjah untuk mengikuti apa juga ajaran dan nasihat guru di samping perbincangan dengan kawan sedarjah.
- Pastikan anda mendapat petunjuk yang sebanyak-banyaknya daripada semua guru mata pelajaran anda. Jangan mengambil kesempatan untuk `tuang` kelas atau bersengkokol dengan kawan² yang kurang motivasi atau tidak jelas matlamat mengapa belajar atau menduduki peperiksaan.Anda mungkin perlu sentiasa berjumpa guru untuk perbincangan di luar waktu sekolah. Lakukan demi kefahaman. Di samping itu,anda perlu ada kawan belajar sehingga 4 orang lagi supaya pembelajaran atau perbincangan anda dengan guru mata pelajaran lebih bererti
- Jangan membuang masa berbincang perkara yang tidak penting. Selama anda berada di kawasan sekolah dari pagi hingga tengahari atau ke petang, sekiranya tidak belajar di dalam bilik darjah, jangan lagi membuang masa bersembang di kantin atau berlonggok di bawak pokok. Sebaliknya,pergilah ke perpustakaan untuk menyelesaikan kerja sekolah atau berbincang dengan kawan² kumpulan belajar, ataupun mengulang kaji pelajaran secara bersendirian.
- Sanggup bekerja keras. Kalau markah anda untuk setiap mata pelajaran pada keseluruhannya di bawah 60%, anda perlulah menumpukan lebih banyak masa untuk belajar, memaham dan menguasai topik, fakta, rumus dan simbol mata pelajaran tertentu demi peningkatan pencapaian sehingga 80% ke atas.
- Mematuhi jadual pembelajaran dan ulang kaji yang teratur. Bayangkan,anda mengambil 10 mata pelajaran (SPM) atau 8 mata pelajaran (PMR). Jangan lupa, aktiviti ulang kaji ini termasuk membaca, memaham, melukis(melakar), menulis dan mengingat.
Di samping membaca.memaham dan mengingat fakta, bahasa, konsep atau persoalan dan pernyataan, anda mesti mahir melukis peta, rajah, jadual dan graf dan menulis karangan atau jawapan berbentuk rencana. Sehubungan dengan latihan menulis jawapan ini, di sini saya mengingatkan semua calon supaya menguasai bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya.
Khusus bagi penguasaan mata pelajaran,anda perlu berdamping dengan guru,buku teks atau kawan yang pandai. Setiap mata pelajaran ada sifat dan ciri umum,dan khusus. Misalnya, bagi menguasai mata pelajaran Matematik, anda perlu menguasai topik, rumus, simbol dan pengiraan.
- Sentiasa sihat badan dan cerdas minda. Selama belajar ini pastikan anda mengambil makanan dan minuman yang dimasak, bersih, segar dan berkhasiat. Kurangkan atau tinggalkan daripada memakan makanan segera atau meminum minuman bergas dan berais. Ingat!! Otak yang cerdas, pergerakan yang cergas dan emosi yang ceria, datang daripada badan yang sihat. Badan yang sihat ditentukan oleh makanan dan minuman yang baik dan seimbang. Pastikan anda sihat, cergas dan ceria sebelum dan semasa peperiksaan.
- Sentiasa mengerjakan sembahyang dan berdoa. Bukan sahaja anda, ibu bapa, sanak saudara pun sama tidak meninggalkan solat, dan turut mendoakan kejayaan anda.
Okey, banyak yang aku belum amalkan. Contohnya, makan makanan yang sihat. Baru saja tadi aku bantai segelas air gas Frost. Elok sangat lah tu. Tips ni mungkin macam sesuai untuk students yang nak ambil peperiksaan besar. Tapi, untuk exam biasa ni pun elok amalkan. Walaupun bukan exam PMR atau SPM, kenalah dapat result yang best jugak kan?
Tolong doakan aku. Kau doakan aku, aku doakan kau. Jadi, kita sama sama doakan satu sama lain. Yeah.. Doa saja tanpa usaha pun ngak bisa mbak. Harus disertakan ama usaha nya mbak. Iya iya. Kalau usahanya tidak, keputusannya nak bagus mimpi je lah kau kan.. Mat saleh kata, no pain no gain. Haa gitu..
K bye. ;)
in shaa Allah adik akan dapat result yg gempak . adik dah usaha betul2 kan ? percayalah , Allah akan bagi setimpal dengan usaha kita :))
ReplyDelete@sabella mohamad insyaAllah.. amin.. :D
ReplyDelete