Bersyukur Atau Bagaimana?

11/12/13




Assalamualaikum..


Lima hari dah rasanya tak mengupdate entry baru sebab tiada yang menarik untuk dikongsikan.. Tapi tak mengapa, sekarang mungkin ada benda yang nak aku kongsikan... :)


Apa yang kita ada sekarang? Puas hati ataupun tidak dengan yang kita miliki? Perlukah mencari yang lebih sempurnah sedangkan kita sudah tahu yang kita sudah punya sesuatu yang mencukupi dan mungkin sudah menjadi yang terbaik untuk kita. Perlukah merungut kerana apa yang kita miliki sekarang sudah tidak seperti dahulu?


'Apa yang hang merepek?'... Oh tidak.. Aku tidak merepek sama sekali... Cuma mengajak kita semua untuk fikirkan sejenak tentang apa yang kita dah ada sekarang. Contohnya macam  kehidupan kita sekarang. Kita rasa kita susah kena bekerja keras, duit tak cukup, kena berpenat lelah dan akhirnya pastinya kita merungut itu ini dan rasa kitalah saja yang begini, orang lain semua hidup senang lenang....


Ataupun pasangan hidup yang sekarang ni sudah tak macam yang kita inginkan.. Dia dah tak cantik, kita tak suka dia... Kita nak yang cantik, sexy, kurus sempurna... Omo~~~ -.-


Cuba fikirkan juga kenapa kita berfikiran macam di atas tu? Sebab kita tak pernah fikir 'oh, aku bekerja begini begini tetapi sedarkah aku yang masih ada orang yang lebih teruk daripada aku. bekerja berjam-jam tapi hasilnya hanya untuk sehari sahaja. aku mahu kemewahan hidup, aku mahu harta yang banyak tapi terlupa sebentar bahawa apa yang aku peroleh ni sudah mencukupi keperluan kita. fikirkan orang lain yang lebih susah berbanding aku. fikir orang yang tiada tempat berteduh, tiada kenderaan susah untuk kemana-mana, terpaksa mengikat perut. sekurang-kurangnya aku bekerja penat tetapi aku punya keperluan yang mencukupi.'


Haa begitu... Nampak kan.. Jadi, kita tak boleh tengok orang yang lebih daripada kita. Sifat syukur tu nanti tak akan ada dalam diri bila asyik tengok orang itu ada macam-macam, orang ini punya segalanya tapi aku susah payah untuk mendapatkan wang. Tak bolehlah begitu... Sebab itu kena fikir orang lain yang tak miliki apa yang kita miliki untuk tanam sifat syukur dalam diri kita sendiri. Ingat ya, Allah tak beri apa yang kita inginkan tapi Allah beri apa yang kita perlukan.. Begitu... :)


Haa satu lagi yang untuk pasangan hidup tu. Kita bersama dia zaman muda mudi gembira.. Bila dah tua, dah tak cantik kita dah pandang dia lain macam. Cuba fikirkan, seumur hidup kita bersama dia, dia sanggup berjalan bersama-sama kita dalam susah senang kita. Tapi bila kita dah senang, dah tak perlukan dia, dah rasa dia tak cukup untuk kita, kita lakukan dia sesuka hati kita. Cuba fikir juga, dia dah korbankan macam-macam untuk kita. Waktu kita sakit, dia ada untuk kita. Waktu kita ada masalah, dia setia di sisi kita... Tapi sekarang, bila kita dah sihat, kita dah tak punya masalah, kita biarkan dia dan kita mencuba untuk mencari yang lebih sempurna... Sebab itu, kahwini wanita kerana agamanya dan lihat akhlaknya bukannya cantiknya kerana cantiknya akan pudar dimamah usia... Ya?


Jadi, itulah dia. Belajar erti syukur. Jangan memandang yang bukan milik kita, pandanglah apa yang sudah kita miliki kerana yang kita miliki ini adalah yang terbaik untuk kita, insyaAllah.. Aku pun tak tahu mengapa rasa serious sangat aku menulis hari ni. Tapi ya lah, terima kasih kepada 'dia' kerana dah sumbangkan idea utnuk aku menulis seserious ini. Oheyyy... And yeah.. Ilal liqa'... :DD -double smiles-


44 comments:

  1. betul tu, kena belajar bersyukur. akak jeles jugak bila tengok kawan2 yg kaya, ada gadjet2 mahal, tengok org kat dalam tv rumah dia besar-besar. tpi akak bersyukur jugak bila hidup sederhana ni. sekurang-kurangnya hidup bahagia jugak. itu lebih penting. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul tu akak. Mungkin walaupun kita tak ada benda2 tu semua, tapi kita dikurniakan kehidupan yang bahagia. Tapi ada sesetengah orang, harta 7 keturunan pun tak habis tapi hidup porak peranda.. Kita kenalah bersyukur walaupun hidup dalam kesederhanaan.. :)

      Delete
  2. bersyukur dgn apa yg ad sekrg tpi tak salah nak memiliki yg lebih/...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Boleh memang boleh untuk memiliki yang lebih tapi tengoklah kemampuan diri kita dahulu.. :)

      Delete
  3. agree dear. harus belajar syukur. kadang2 kak hana pown jadi alpa. terima kasih saling mengingati :)

    ReplyDelete
  4. nice entry,kak niena :D hidup dalam kesederhanaan lebih baik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sayang.. Betul, hidup tak mewah tak mengapa asalkan penuh berkah.. Ihihi.. :)

      Delete
    2. yeap! agreed! :) tak guna hidup mewah kalau tak bahagia,hehe...

      Delete
  5. jgn lupe say Alhamdulillah jugak..

    ReplyDelete
  6. :( Betul. Qila sometimes selalu sedih kenapa diorang dapat and qila takdapat TT_TT
    But now ALHAMDULILLAH :>
    Why bother? Biar je heheheh.
    Money cant buy love hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa, betul juga tu kak qila.. Duit berkepuk2 pun tapi tiada keharmonian dan barakah dalam kehidupan pun tak guna juga iya dak. Ihihi, bersyukur sajalah dengan kurniaanNya.. Tak gitu? :)

      Delete
    2. Gitu dong hehehehehe :D
      Thanks ye niena!!!! <3

      Delete
  7. basic dia sebenarnya bersyukur je, if kita bersyukur insyaAllah kelebihan dan kekurangan tu kita boleh terima seadanya...bila takde rasa syukur tu laa buat kita rasa tak cukup dalam hidup... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Setuju sangat dengan kak ika.. Bersyukur itu yang tonggak utamanya. Bila ada syukur, insyaAllah boleh terima seadanya.. :)

      Delete
  8. fuhfuhfuh breath in, breath out. hehe long entry ^^ good, kann. dulu akak jeles jugak dengan kawan2. kenapa dia ada, aku takdak. jadi bila dah matang sikit ni, hehe (matang laa kan) akak bersyukur sangat apa yang akak ada. mungkin orang senang tapi depa mungkin tak bahagia. Alhamdulillah. apa yang Allah dah bagi untuk kita selama ni. cuma kita kena belajar erti syukur :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehehe, sorry ya akak.. Baca panjang sangat eyh. >.< Ya, belajar erti syukur. BIla syukur, kita tak akan nak mempersoalkan kenapa kita tak dapat apa yang kita nak.. :)

      Delete
  9. Sokong sangat .. Kalau kita belajar bersyukur , kita akan puas dengan apa yg kita ada .. Jangan pandang orang yg atas dari kita tapi pandanglah orang yg lagi bawah

    ReplyDelete
  10. apa yg kita ada itu lah yang terbaik sekali utk kita :) so tak perlu nak cari yg lebih baik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Belajar untuk terima seadanya apa yang kita dah miliki.. :)

      Delete
  11. Alhamdulillah, terima kasih mengingatkan. Itulah sifat manusia.....susah sangat nak bersyukur....asyik nak benda yang tak ada, tapi bila dah dapat cepat pula rasa bosan lepas tu nak benda yang lain pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Sama-sama. Itulah.. Kita memang betul2 kena belajar erti syukur. Kena bersyukur dengan apa yang kita dah ada sekarang, jangan sibuk mencari yang lain.. :)

      Delete
  12. Nice entry dik :) betul tuu. kekadang teringin nak hidup dlm kemewahan. tapi akak bersyukur dgn khidupan akak skrg. kemewahan tak smestinya dpt mnjamin kbahagiaan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak.. Alhamdulillah.. Betul tu, kemewahan tak semestinya menjamin kebahagiaan.. :)

      Delete
  13. yeah, good motivation utk akak. ehehehehehehe ^^ nice entry. sifat dengki turut jadi punca tidak bersyukur -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Hehe. Betul tu! Dengki pon salah satu puncanya. Jadi, jangan nak dengki2 dengan orang lain. Itu rezeki dia, kita pun ada rezeki kita kan.. :)

      Delete
  14. Yeah, setuju. Kita mestilah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.
    Kalau nak hidup mewah kena usaha sikit.
    Always say Alhadulillah dan muhasabah diri.. :)

    Nice entry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Usaha untuk capai apa yang kita inginkan. :D Alhamdulillah.. Terima kasih.. :)

      Delete
  15. Totally agree, being grateful is what makes us a perfect human ^^ If we look up all we see is jealousy, but if we were to look down on everything below us, we will learn to be grateful on what are we standing right now :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, you're totally right. We have to be grateful with whatever we have right now. Think about other people who might don't have what we have.

      Delete
  16. Yup, kena bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang. dan sentiasa ingat walau macam mana kita susah sekalipun pasti ada orang yang lebih susah dari kita.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat dengan kak azwa.. Walaupun kita mungkin tak dapat apa yang kita nak, tapi kita dah ada apa yang kita perlukan.. :)

      Delete
  17. jeles kengkadang tgk member ade gadget, tapi takpe i love my life. jeles tengok member ade pakwe, tapi takpe i love my life. single itu better. kalau x dpt bende yg kite nak skang, maybe esok lusa, usaha kene lebihla. actually, sumer bende ade hikmahnya. yang penting sentiasa bersyukur dgn ape yg kite ade :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, betul. Semua benda tu pasti ada hikmahnya. Contohnya kalau ada pakwe pun tapi mengajak kita menambah dosa ke, selalu gaduh ke misalnya, tak guna jugak kan.. Mungkin kita tak dapat benda yang kita nak but Allah sedang merancang benda yang lebih baik untuk kita in the future.. Gitewww.. Ehehe.. ;)

      Delete
  18. kite punye keinginan memang tak abes.
    dah dapat yg ne nak yg tu pulak..hehe
    pe pun syukur ngan apa yg ade.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2. Nafsu nafsu.. Ahaa.. Itulah, apapun kena bersyukur dengan apa yang dah dikurniakan sekarang... Alhamdulillah.. :)

      Delete
  19. Yes betul, kalau tgk orang yang lebih drpd kita sampai bila-bila pun kita rasa tak cukup, nak lagi nak lagi! Mana lagi ruang untuk akhirat kalau asyik mengejar dunia saja kan?

    ReplyDelete
  20. kalau kita buat tak betul pada orang lain dan tak bersyukur..mesti ada balasannya nanti sb bukan sentiasa kita berada di atas..

    ReplyDelete
  21. Thanks for that entry . Kita patut bersyukur kan ? btw , kite boleh memiliki yang lebih aslkan ade tempatnye . Ikut kemampuan jugak .

    ReplyDelete
  22. setuju sgt..kdg2 kita terlupa yg ada hamba Allah yg lebih susah dr kita..syukur, sy masih bernafas hari ini..nikmat Allah beri..:)

    ReplyDelete
  23. bercakap mmg mudah...tapi tu la haikikat kan...bila kita cakap kita bersyukur tp masih lg sekelumit dlm hati cakap, "Allah. masih belum cukup, masih belum puas.."

    sebab tu ada sambungan syukur...berusaha dan tawakal... :D

    nice sharing niena :)

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤