Fatin Fadzil & Hedgehog


Assalamualaikum...


Aku demam ni. Kalau bangun dari kerusi je kepala terasa sakit. Tapi, tak nak makan ubat. Seriously tak suka. K k. Seharian tadi aku bosan bosan tergolek sana sini sebab tak tahu nak buat apa. Homework tinggal Science je yang aku ta siap dan aku tak tahu nak buat macam mana. Jadi, abaikan.


Petang sikit tadi, aku saja type nama Tsara Nabilla kot kot ada video terbaru dia ke kan. Nak tengok keadaan terkini dia. Hihihi! Aku suka dia pun tidak, tak suka dia pun tidak. So fair lah kan? Lepastu, selalu aku nampak kat tepi tepi youtube tu mesti nampak nama flnfdzl.


Mula-mula macam abaikan je video dia kan. Lepastu, tadi aku bosan gila gila aku click video dia. Haa. Mula mula tengok dia tak rasa apa. Lepastu tengok video dia yang seterusnya. Aku pun dah terminat dia macam aku minat vloggers lain macam MatLutfi, MariaElena tu eyh. Buat pengetahuan, baru tadi lah aku kenal Kak Fatin ini.....


Sebab aku suka Fatin Fadzil... Cara dia cakap tu best. Lepastu, dia bercakap berdasarkan apa yang dia lalui. Bukannya dia tak pernah lalui, lepastu dia nak cerita benda tu. Tak boleh lah kan... And.. Dia suka promote barang and I love it! Sebab barang dia cool gila. kan kan kan???


Dan satu lagi. Apa kena mengena Fatin Fadzil dan hedgehog. Yeahh.. Dia ada bela binatang tu dan jual binatang tu jugak. Aku ada tengok video dia pasal hedgehog dia. Terus aku rasa suka jugak dekat hedgehog. Seriously, memang comel kot hedgehog tu! Tapi, nak bela tu tak kot sebab takut tengok duri dia.

 
Ni Hero. Fatin Fadzil's hedgehog. yes. cute
Nak tengok video dia yang lain, just pergi lah channel dia k.

1 comment:

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤