Dengki? Tak usahlah...


Assalamualaikum...


Alhamdulillah, selesai sudah paper English. English boleh jawab, yey! Talking about dengki. Yes.. Dengki. Alah.. Dengki. Mungkin kau, aku, kita, mereka pernah ada perasaan ini. Kalau ada, cepat cepatlah istighfar. Ada satu perkara yang membuatkan aku rasa nak sangat tulis pasal dengki ni.




Tengok tu. Islam sendiri melarang umatnya berhasad dengki. Kita ni umat Islam kan? Kita mengaku Islam kan? Kalau jawapannya ya, usahlah berdengki. Dengki tu datang dari syaitan nirojim tahu? Janganlah kita melayan syaitan tu. Lawan sikit! Jangan bagi chance walau sejengkal untuk syaitan!


Orang lebih sikit, kita mula nak berdengki. Orang tu berjaya daripada kita ke.. tak payahlah nak berdengki. Kenalah bersyukur dengan apa yang kita ada. Apa yang kita ada sekarang pun, belum tentu semua orang ada. Lagi lagi yang tak boleh blah nya aku tengok orang Islam yang berdengki dengan orang Islam jugak. Sepatutnya, tumpang gembira lah sebab saudara seislam berjaya. Ini tidak.


Apa lah sangat untungnya kita berdengki dengan orang lain ni? Tak dapat manfaat pun. Berdosa lagi ada. Tambah tambah bila kita perdajai orang tu pulak bila dah dengki. Macam kes, orang berniaga selalunya kan. Mula nak buat orang tu. Ish! Berdosa besar!


Kalau kita nak macam apa yang dia ada, kenalah berusaha untuk dapatkannya. Bukannya dengan cara menjatuhkan orang lain. Kita sama sama hidup atas bumi Allah. Tak perlu rasanya nak menjatuhkan orang lain. Biarlah orang lain bahagia, asal dia tak ganggu hidup kita. Asal dia tak bunuh keluarga kita. Kan? 


Jom sama sama say NO to HASAD DENGKI! ;D Peringatan untuk diri aku sendiri jugak ni. Bila aku tulis, dalam masa yang sama aku memperingati diri aku. Haa gitu..

5 comments:

  1. kalau dengki tu menyihatkan semua org boleh je, sama-sama maju!. ni yg jenis hasad dengki memudaratkan tak bagus -_-

    ReplyDelete
  2. @Hanida Moss betul kak. susah kalau yg dengki sampai memudaratkan org lain ni.

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤