Kenapa???

Assalamualaikum...



Semangat pulak rasanya bila tiba-tiba ilham untuk tulis di sini muncul. Terima kasih novel. Okey, aku cuma nak tulis satu perkara yang tajuknya dekat atas sana tu sangat simple, Kenapa??? Apa yang kenapa tu? Pasal apakah?





 
Sedar tak sedar tiba-tiba dah bulan 12 dah ye? Cepat je masa berlalu. Dunia akhir zaman. Okey, dah lari tajuk. Kenapa?? Baik, sambung balik dengan tajuk tadi. Sebenarnya, aku hanya nak tahu kenapa dalam novel mesti satu watak tu ada sampai 10, 100 orang watak lain yang suka dekat watak tu? Fine, aku tipu. Mana ada sampai 10 or 100 orang.



Novel dia dahhhh.. Okey, sesiapa yang rasa bosan dan nak muntah ke apa ke bila baca luahan aku tentang novel ni sila tekan X cepat-cepat. Dah dah. Sambung balik cepat! Pokok utamanya adalah AKU TAK PUAS HATI.



Tak faham apa yang aku terangkan dekat perenggan ke dua tu? Maksud aku contohnya si A ni haaaa! Lepastu ada la pulak watak B, C, D, E yang suka dekat watak si A. Satu watak (selalunya watak utama) mesti ada lebih dari sorang yang suka dia dalam satu masa yang sama. Aku benci betol kalau macam tu tau dak. Sebab selalunya mestilah kita pilih yang hero/heroin dia kan.



Okey baik. Aku bukan nak menyibukkan diri dengan tak puas hati ke apa. Masing-masing penulis lah kan nak tulis jalan cerita dia ada berapa orang ke apa ke. Tapi, aku cuma tak suka satu watak tu ada lah watak-watak-watak lain yang suka jugak. Jadi kiranya yang heroin/hero tu ada saingan. Tu yang aku tak suka. Buat konflik lain sikit pleasee..



Bukanlah aku nak memperlekehkan idea si penulis tu, cuma nak share aku punya citarasa. Ceh, pi blah arr wei! Keeeee!! XD Aku pun berjinak-jinak menulis jugak, dan aku cuba elakkan satu watak ada sampai lebih dari yang sepatutnya watak lain yang suka dia. 



Aku yakin 99.9% orang tak faham apa yang aku tulis dekat sini. Pandai pandai kau lah nak faham macam mana. Kalau tak nak faham terpulang. Bukan paksa pun. Dan tak rugi pun kalau tak paham apa yang aku tulis ni. Hehe. 



Satu lagi! Okey last! Janji! Kenapa aku selalu tulis pasal novel. Tak habis habis novel. Selalu ke? Tak tahu lah. Tak pasti, sebab aku rasa macam selalu je aku tulis pasal novel. Kalau rasa aku selalu tulis pasal novel, aku nak bagitahu sebab aku pencinta novel yang tegar! Cewah! Dan aku cuba untuk menulis novel jugak. Doakan semoga aku berjaya jadi seorang penulis. Kalau tak hingin doakan, it's okay. v.v *sedih sebenarnya.Dah, membebel panjang. Bye, assalamualaikum!

1 comment:

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤