Mulalah aku nak tulis entry malam-malam cenggini. Tak takut ke? Jawapannya adalah tidak. Sebab.. mak aku ada dalam bilik aku. Yey! \'_'/ Okey, sekolah sudah mau bukak. Esok aku kena pergi ambik buku teks dekat sekolah. Okey aku sangat malas. Aku tak paham kenapa kena ambik buku teks esok. Kata tahun depan. herhh! Masa mula-mula cuti tengah-tengah bulan masa cuti rasa nak datang sekolah je. Tapi bila dah nak bukak rasa malas pulak. Hew hew. Inilah dia nama dia budak sekolah. :p
Memandangkan sekolah dah nak bukak. Aku nak tulis perkara yang berkaitan dengan sekolah jugak. Okey? :) Jom baca. Tak nak baca tak payah baca. hihihi.
Sekolah siapa ni? Sekolah aku leteww.. K gambar tak jelas sebab tak tau. Search kat google ja.
Kita habiskan kebanyakan masa di sekolah. Di sekolahlah kita membentuk sebahagian daripada kepercayaan, nilai dan persahabatan. Orang yang kita jumpa di sekolah menjadi satu tambahan kepada keluarga kita. Sebagai pelajar, tentunya kamu melalui 1001 macam perkara. Pengalaman begini yang menyumbang terhadap perkembangan individu. Hidup sebagai seorang pelajar tak semestinya mudah. Kita berhadapan dengan pelbagai halangan tetapi pada masa yang sama kita tetap berseronok dengan rakan-rakan. Dan jangan lupa, pelajaran tidak terhad di dalam kelas sahaja. Semakin kita membesar, persekitaran akan menjadi kelas kita dan pengalaman yang diperolehi merupakan guru terbaik.
Sebagai seorang pelajar, memang satu cabaran untuk berjaya dalam akademik dan pada masa yang sama, diterima oleh rakan-rakan. Mengekalkan pencapaian akademik yang bagus bukannya mudah. Ia memerlukan kerja keras dan disiplin. Untuk itu, kamu perlukan keluarga dan rakan untuk memberikan sokongan. Berikut merupakan cara-cara bagaimana untuk menyeimbangi akademik dan keseronokan bersama rakan-rakan:
Sebagai seorang pelajar, memang satu cabaran untuk berjaya dalam akademik dan pada masa yang sama, diterima oleh rakan-rakan. Mengekalkan pencapaian akademik yang bagus bukannya mudah. Ia memerlukan kerja keras dan disiplin. Untuk itu, kamu perlukan keluarga dan rakan untuk memberikan sokongan. Berikut merupakan cara-cara bagaimana untuk menyeimbangi akademik dan keseronokan bersama rakan-rakan:
Pilih Rakan dengan Ciri-ciri yang Sama
Jika kamu berkawan dengan orang yang sekepala denganmu, tentu hidupmu menjadi lebih mudah. Rakan kamu mungkin tak setuju denganmu sepanjang masa, tapi ia pasti menyenangkan apabila kamu berkongsi pendapat yang sama dalam apa yang lebih penting dalam hidup. Contohnya, kepentingan pendidikan dan disiplin, isu-isu moral dan menghormati keluarga. Rakan-rakan kamu juga perlu mempunyai nilai moral yang sama dengan kamu. Adalah cukup penting untuk rakan kamu membantu kamu berkembang dan bukannya "menguncup". Prinsip yang sama juga kena kamu amalkan untuk rakan-rakan kamu.
Berpegang pada keputusan kamu
Jadi tegas bila perlu. Rakan-rakan kamu patut tahu apakah keutamaan kamu. Biar mereka lebih menghormati kamu sekiranya kamu memegang pada keputusan. Janganlah jadi orang yang mudah terpengaruh dan ketahui apa yang kamu mahu dalam hidup.
Kongsi kejayaan
Janganlah syok sendiri pula. Kongsi kejayaan kamu dengan rakan-rakan. Tiada orang yang mahu hidup bersendiri. Membuatkan rakan-rakan kamu sebahagian daripada kejayaan kamu adalah penting untuk kerja berkumpulan dan sokongan berterusan.
Merendah diri
Dengan kerja keras dan disiplin, pasti tak sukar untuk mencapai cita-cita kamu. Akademik kamu akan lebih sukses dan kamu akan dikagumi oleh rakan dan keluarga. Namun begitu, sentiasa merendah diri dan janganlah berlagak pula. Kamu pasti akan lebih disukai.
Ucap terima kasih
Jangan lupa untuk berterima kasih kepada rakan-rakan dan mereka yang telah menyokong kamu. Perhubungan kamu dengan mereka tentunya lebih daripada kampus sekolah. Bersahabatlah dan bukannya bermusuh dengan sentiasa mengingati mereka.
#yang aku bold semuanya adalah penting. kena ingat tu! ;)
Apa yang kamu kata tu betul. Macam macam kita belajar dekat sekolah. apapun, selamat menjalani alam persekolahan bagi sesi 2013 :)
ReplyDelete@Miza Husin thanks kak. :)
ReplyDelete