Aku menulis entri ni dengan sakit hati. Bukan sebab apa. Aku dah tulis dah entri ni semalam. Penat pukul 1 pagi aku tulis pasal tajuk ni semalam. Hari ni, aku dah buat kesilapan besar! Aku TEEERRRRRdelete entry Apa Tujuan Kau? ni ha. Sakit hati tau dak? Tak apalah. Aku tulis baliklah.
Dekat luar macam ni...
Dalam FB macam ni...
Okeylah, sebenarnya nak tulis pasal aweks cun gadis cun perempuan cun yang di luar bukan main cantiknya ayu comel pakai tudung. Dalam FB amboi kau! Rambut dah macam Amber f(x). Macam Lady Gaga. Semua macam macam lah. Hot sangat lah tu erk???
Eh, dalam FB je pun. Tak ada orang kenal aku sangat. Dekat luar lainlah. Dalam FB bukannya live.
Haha! Eloklah kau cakap macam tu erk? Sama je cik akak. Ekau mendedahkan aurat ekau pada orang. Lepastu bukan muhrim tengok, kau dapat dosa. Kalau orang tengok aurat kau, then dia tak tegur dia dapat dosa kau pun dapat dosa. Jadi sama samalah hindarkan diri daripada mendapat dosa. Walaupun perkara yang dianggap remeh.
Kau jealous, cakap je lah jealous. Nak bajet baik jadi ustazah dekat aku ni apehal? Tak payah nak ceramah lah weyh.
Bukan nak bajet baik jadi ustazah. Habis kalau macam tu, siapa siapa tegur pun kiranya bajet baik lah erk? Semua umat Islam tu boleh menegur kesilapan saudara dia. Bukan ustazah atau ustaz saja yang boleh tegur.
Kau tegur macam kau tak pernah buat dosa. Kau tu perfect sangat dah?
Bukanlah. Aku pun ada banyak dosa. Aku pun tak perfect. Kalau nak orang yang perfect saja yang tegur, tak adalah orang yang nak menegur dalam dunia ni. Sebabnya semua orang tak perfect.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur 24:31)
Okey, dapat jugak tulis balik. Walaupun tak sama macam yang semalam. Sedih tau terpaksa tulis dua kali. Lagi satu, entry tak ada pun nak tembak tepat-tepat kat kepala siapa siapa. Cuma pesanan untuk semua dan diri sendiri jugak. Renung renungkan dan selamat beramal! :p
No comments:
Post a Comment
❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤