'Frust' Dalam Bercinta

Assalamualaikum..



Lega sudah kepala aku bila dah siap kemas blog. Sudah berwajah baru. Kali ni dengan theme baby blue dan ada sikit sikit pink. Aku mana boleh berpisah dengan pink. Yey! :D Apa apa pun, aku bukan nak cakap pasal blog aku. Aku nak cakap pasal 'Frust' Dalam Bercinta. Amacam? Pernah frust menonggeng tak? Okey, aku tak pernah frust dalam bercinta sebab aku tak bercinta. Aku nak tulis ni pun sebab nak sedarkan remaja remaja sekalian yang bila frust mula nak toreh tangan, nak terjun bangunan, salahkan Tuhan dan semua semua lah!






Orang yang senang sangat menyakitkan hati kita, adalah orang yang kita cintai. Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Kata orang bijak pandai ;

"Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."


Maksudnya dekat sini, kalau kau cinta sangat dekat kekasih kau tu, jangan terlalu cinta. Kalau benci pada seseorang pulak, janganlah kau benci sangat sebab boleh jadi satu hari nanti entah entah kau jatuh lubang orang yang kau benci tu yang tolong kau. Bila kau cinta sangat dekat someone tu, boleh jadi satu hari dia berpaling dari kau.




Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Putus cinta bukanlah pengakhiran kepada segalanya. Memanglah susah untuk hadapi rasa tu sebab kau dah sayang sangat, tapi ingatlah kita tetap ada Allah.




Semuanya dari Allah. Apa yang berlaku, pastinya dengan izin Allah. Selalu dengar kan, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin kita tak nampak apa hikmahnya disebalik itu, tapi Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Pandangan kita terbatas, padangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita suka belum tentu baik untuk kita dan sesuatu yang kita benci tu mungkin adalah baik untuk kita.




Bila ditimpa ujian, kita selalu kata "kenapa aku?", "tuhan tak adil pada aku!". Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada... kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, "Tuhan ada!. Jangan katakan kenapa aku yang kena. Jangan kata aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya 'terpaksa' bercinta dengan Allah. Allah beri ujian, untuk kita ingat pada Dia. Kadang-kadang kita selalu lupakan Dia.




Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Cuba fikir, siapa yang paling cintakan kita? Siapa yang sia-siakan hidup kau? Fikir!! Bila dah tersedar, tanamkan dalam diri bahawa "Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!". Barangkali putus cinta adalah rahmat yang tersirat. Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan.




Semua ini tidak berlaku sia-sia melainkan ada 'pelajaran' yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Frust cinta hakikatnya adalah 'guru' yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya. Apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu adalah didikan terus daripada Tuhan.




Ingat, setiap kali sesuatu menimpa kita, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja. Hidup ni macam gelombang, ada kalanya tenang dan ada kalanya deras, besar dan ganas. Bukan selamanya kita akan bahagia dan bukan selamanya kita akan derita.




Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup! Sematkan di hati kata pujangga ini:

"Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua...cinta sejati yang ditunggunya!"





Diubahsuai dari Iluvislam.com

2 comments:

  1. nice post.. adat la gagal bercinta kan :D

    ReplyDelete
  2. @nur hidayah betul tu. mana ada org sentiasa bahagia je. yg insyaAllah bahagia dan diberkati tu bila berkahwin. :D

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤