Wahh. Semangat dah kembali pulih untuk menulis entry pada pagi yang mulia ini. LOL! XD Happy kemain je aku rasa aku sekarang ni. Bukan sebab apa. Nostalgia lama terkenang sat. Hehehe. Aku Si Budak 90-an. Yaa. Aku lahir pada tahun 1999. So, dikira 90-an lah jugak kan. Kiranya aku ni orang lama lah jugak. Macam bodoh je cakap macam ni. hehehe. Padahal baru 13 Tahun hidup.
Dah rasa besaq sangat dah arr tu??? <-- senior cakap macam ni kat junior. :p
Sebenarnya, aku cuma teringat kepada gula-gula segala cekelat segala candy segala macam semua. Baiklah, anda pun pernah memakannya. Dan walaupun harga dia murah tapi sedap kot. meh tengok meh.
Sumber: google.
Jangan serang aku tiba-tiba sebab gula-gula anda ada dekat sini. Saya hanya mengoogle. Pinjam sat gambaq.
Ini aku panggil gula-gula kaki. Bila aku selalu sangat beli, mak aku akan cakap 'buat la kamu makan. kaki orang tu tau tak'. Aku pun percaya agaknya mak aku cakap tu. Betapa bengapnya otak dahku. Selalu dibeli dekat 'kedai uncle'.
Gula gula arnab. Aku beli dekat Minat. Selalu beli dengan ayah aku. Satu paket tau dak? Satu paket tu aku makan sorang okey. Makan sorang. Sebab tu aku 'pandai' tu. Dan apa yang aku suka adalah plastik dalam dia. Seronok makan. Tapi benda ni tak boleh makan kan?
Tak tahu nama dia apa. Tapi yang pastinya rasa dia sedap. Nakk! Dibeli di 'kedai uncle' jugak.
Dan ini cekelat. Sedap jugak. Dibeli di 'kedai uncle' jugak. Wee. Untung le uncle.
Okeylah, itu hanya di antara gula-gula dan coklat yang aku makan dolu dolu. Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi, kalau aku listkan semua juling mata kau nak baca. Anyway, apa dia 'kedai uncle' yang kau sebut sebut itu? Sebenarnya nama kedai tu Mayyo. Owner dia si uncle cina. So, aku sefamily panggil kedai uncle. Cun history dia kan. assdfghjkl~!@#$%^&*
Budak kecik sekarang mana ada makan macam kita makan dulu tu. Diaorang tah tah tak tahu pun dan mungkin tak pernah tengok gula gula dulu tu. Sekarang depa makan, toblerone, cadbury, kinder bueno, kit kat. Dulu pun ada jugak coklat ni. Tapi mungkin dulu... dianggap mahal. Sekarang celah gigi ja coklat ni semua.
Kureso, itu saja lah untuk pagi ini. Aku buat bajet jadi budak 90-an lah sangat. Buat macam aku orang lama dah. Padahal baru berapa tahun. v.v k,bye.
No comments:
Post a Comment
❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤