Pening Lalat

Assalamualaikum...



Hah! Waa.. Pagi-pagi lu update blog haa?? Tak pe. Fresh sikit pagi pagi update blog. Tapi, awal awal wa suda pening lalat meeh. Waa rasa pusing pusing meh. Wa tatau betoi ka tak wa pening lalat. Main hantam saja meh. Okey, stop.






Aku bangun sembahyang subuh. Selalunya, aku tidor balik lepas subuh (amalan yang tak baik). Tapi tak tau dengan kepala aku ni. Mungkin dia dah biasa tidur kan. Bila tak tidur balik tu dia jadi pening-pening lalat. Aku nak tidur tadi tak tau kenapa tak boleh nak tidur.



Rasa macam nak demam pun hadooo. Jadi, aku mencari penawar untuk pening lalat yang tiba-tiba aku ni. Aku nak share dekat sini sikit okey?



1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh
Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.



2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata
Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).



3. Spa/ Stim/ Mandi air panas
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.



4. Picit/ Urutan kepala
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.



5. Meditasi/ Tidur
Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.



Okey, jelas tak? Aku yakin, otak korang semua memang pandai mesti lah boleh pick up semuanya kan. Jadi, yang paling senang sekali dan tak payah fikir banyak adalah TIDUR! Dah, aku nak tidur sekarang ni. Cuba cuba lah aku tidur kalau tak boleh tidur. 



Salam, and please wish sweet dreams to me okeyh? Mengada gila budak tu. XD


2 comments:

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤