Hye.. Hye.. Hye.. Herhhh! Okey, tajuk bukan main lagi kau jah. Keinginan yang jitu giteww. Keinginan apakah? Tapi sebelum tu, aku nak bagitahu sekarang ni aku tengah lapar. Aku tengah bosan. Aku tengah tak tahu nak buat apa. Ada orang nak tahu ke?
Okey, straight su ze foint. Keke..Aku nak apa ya? Keinginan apa yang aku maksudkan itu? Yang pertama! Eceh yang pertama ye? Yang pertama, keinginan yang tak mungkin akan tercapai. Kalau Allah nak bagi syukur Alhamdulillah lah kan. Eh? Bunyi macam serius ja?
Ha kau! Tiba-tiba keluar kucing putih sekoq. Inilah dia keinginan aku yang pertama. Iaitu, kucing putih yang kembang, mata yang bolat dan hidung yang merah. Errhh! Kucing-kucing aku tak nak bagi dekat aku anak kucing yang putih gebu macam kat atas ni. Terliur je tengok gambar-gambar kucing putih gebu neh. Rasa nak gigit sampai lebam.. ;'( Actually, aku dah dapat anak kucing baru! Tapi, bukan putih la. Itu yang sedih tu. Agak kasihan di situ ya?
Yang kedua.. Aku rasa setiap bulan aku akan mengidam benda ini. Aku akan search nama dia di encik google dan akan terliur..
Apakah ini? Korang tahu apakah ini? Inilah nama dia lasagna. Pelik-pelik je kau nak makan. Berlagak betol nak makan makanan Italy konon! Cait! Eh, suka hati aku lah. Aaa! Hari tu, dah pergi restoran orang suruh order lasagna tak nak, inilah akibatnya. Terbayang-bayang lasagna pada setiap bulan. Untungla, ada orang ingat setiap bulan. Untuk mengharapkan lasagna muncul depan mata aku sekarang ni, tak mungkin akan terjadi. Ingat duduk dekat istana ke?
Buat masa sekarang, aku rasa dua benda ni dulu lah yang aku nak. Maksud aku, keinginan untuk malam ni. Esok, mungkin aku tak mengidam lasagna aku mengidam pizza pulak ke? Aku ni macam-macam nak. Lepastu, mak aku akan cakap, "kamu ni macam-macam lah nina". Dan aku hanya mampu gelak.
Tapi kata keinginan yang jitu? Jitu untuk malam ni mungkin. Tapi kan, yang kucing putih tu kan aku nak sampai aku mati. Jitu benor bunyinya. Kan? Ada siapa-siapa nak sedekahkan kucing putih dia dekat aku? Aku sedia menerima.
tbe2 dpt popia pon sedap kan hikhik
ReplyDeletehaha.. tiba-tiba dapat memang best..
ReplyDelete