Assalamualaikum...
Haa.. Sekarang, aku nak share pasal rahsia warna pulak. Warna favorite aku ada untuk kesihatan.. Kau ada? Hehe. Warna penting dalam kehidupan. Dah mari tengok sekarang...
Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk. Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah tersebut.
MERAH
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenal.
BIRU
Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang.
MERAH JAMBU
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut.Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik...
JINGGA
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan Berubah.
HIJAU
Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.
Hah... Bangga sekejap tengok warna pink boleh membantu untuk kesihatan. Yipee.. Malam ni, kalau tak boleh tidur, boleh lah aku tengok langsir pink dan cadar pink aku tu kan? Kekeke. Pink jugak ialah warna yang romantik. Jadi, jangan pandang rendah pada warna pink boleh? Pantang tau dak ngan orang yang benci color pink! Ceh.. Tak ada lah. Saja je.
Okey, itu je untuk malam ni. Dah update dua kali dah hari ni. Macam ye ye je kan update dua kali dalam sehari. Tak heran pon... Bubye! Sentiasa Love~
No comments:
Post a Comment
❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤