Nak share sikit tentang rahsia dalam kedudukan ahli keluarga. Diingatkan, bukannya semuanya betul. Jangan percaya bulat-bulat pulak ya? Tapi, macam betul je? Jom tengok betul ke tidak dengan diri wanita awok tu?
Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.
Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas
Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mampu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
- Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
- Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
- Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
- Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.
Untung kalau dapat isteri yang sifat tanah ni. :D Siapa pun nak kan?
Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
- Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
- Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
- Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
- Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
Yang ini pun untung siapa yang dapat. Kehkeh.. Yang pasti aku bukan yang ini. XD
Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
- Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
- Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
- Penasihat yang baik kepada suami.
- Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
- Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.
Macam betul saja? Aku anak nombor tiga. Jadi, yang inilah ya? Tapi, bab yang menghias rumah tangga ambil hati suami tu tak tahu lah. Aku tak kahwin. I'm 13 u know? u know? u know? ZZzzZzz...
Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
- Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
- Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
- Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.
- Pandai mewujudkan suasana selesa dalam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan
Baiklah, ada tak yang sama dengan korang. Kalau sama tu, kira nasib lah. Aku sifat api ya? Oh mungkin ya. Aku ni memang kuat jealous. bukan jealous dekat boyfriend ke hape macam kau eyh? Jealous kalau mak aku layan budak lain lebih-lebih. Sweet tak? Berangan je kau niena. Tapi ya, aku suka sayang orang, suka jealous, suka bagi nasihat. Kira okeylah kan? :p
Dah, daripada aku syok sendiri aku nak akhiri entri ini dengan assalamualaikum warahmatullah. \*.*/
No comments:
Post a Comment
❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤