Novel TAK SECANTIK HUSNA

Assalamualaikum....



Hari ni, aku nak buat review tentang novel TAK SECANTIK HUSNA. Baca novel ni, sangat tak membosankan. Kebosanan aku sebelum baca novel ni seolah-olah terbang melayang lenyap macam tu je bila baca novel ni. Hebat kan penangan novel TAK SECANTIK HUSNA ni?




Ni cover dia...



SINOPSIS



Luqman Hariez disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.



Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan.



Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihannya telah mendapat tentangan hebat. Bagi Hariez, itulah pilihan yang paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi dari keputusannya.



Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yang singkat menghidupkan suasana indah dalam rumah tangganya?



Okey, itulah sinopsis dia. Kalau kau malas nak baca sinopsis tak apa. Aku tahu, mesti nak tahu aku punya pendapat saja tentang novel ni kan?



Baiklah, novel ni jujur aku katakan sangatttt sangaattt best. Bagi aku lah. Suka sangat jalan cerita dia. Jalan cerita dia disusun cantik dan memang tak pening dan tak bosan nak baca. Tabik hormat dekat penulis dia, AINUL HAZRAH!! 



Aku suka tengok keluarga Tija a.k.a Siti Zarith Zahra. Gila aku suka dekat nama dia! Cantik sangat. Nama hero dia pun cantik. Suka! Suka! Bagi aku, novel ni memang tak rugi kalau dibeli. Cerita yang tersusun cantik, memang tak bosan dan menghiburkan. Percayalah..



Aku bagi novel ni berapa ya?? 4/5. Boleh ke macam tu? Lagi satu mana? Lagi satu kedekut sikit nak bagi. Hehehehe. Untuk AINUL HAZRAH, teruskan berkarya ya! Mutu karya beliau yang ini, sungguh baik. Gaya bahasa dia, jalan cerita dia semua mantap.


Okey tu saja untuk review novel ini. Bubye~

2 comments:

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤