Assalamualaikum..
Haa nampak tak betapa banyak 's' di situ? Itu bermakna katak memang sayang gila dekat aku tau. Mungkin lebih dari itu. Dah jatuh cinta dengan aku agaknya. Comel sangat ke bau kaki aku?? Hahaha!!
Cam ni lah bila 'terharu' sangat dengan kejutan katak tu. Dia nak lamar aku buat surprise eh. Atotoy so sweet lah kamu!! -blurgghh-
Seriously aku geli gila dengan katak dan benda paling benci sekali bila katak masuk dalam kasut aku. Benda ni aku rasa semua orang pernah kena. Aku kena banyak kali kot wey. Setakat sekali dua tu buleh gagah lagi. Ini dah 4 kali tau. Geram gila aku. Dah la katak tu besar tau. Color hijau ada, hitam macam lumut tu ada and kuning pun ada. Ingat comel sangat dah duduk dalam kasut aku hah??
Aku ingat lagi masa first time katak masuk dalam kasut aku. Masa tu darjah 3. Aku macam biasa sebab dah lewat tak pakai la betul betul lagi kasut. aku bawak masuk kasut dalam kereta. Aku pakai lah kasut tapi eh eh kenapa tak muat ni? Then, aku seluk tangan dalam kasut tau. Aku rasa rasa... Ehh.. Kenapa sejuk and lembab pulak kasut aku ni?? Aku raba raba lagi tu. -still tak sedar okey- Lepastu baru terasa ada kaki. Aku terus 'aaaaa!!! katak!!!!'. Hahaha. Geli betul tau. Aku tak akan pernah lupa benda tu. Kalau nak tahu rasa badan katak macam mana boleh lah tanya aku. Hihihi. Rasa badan dia tu kasar kasar, sejuk and perut dia bulat tau. Hahaha! Hari tu jugak aku terpaksa menipu cikgu bila aku lewat datang sekolah. Then cikgu tu marah marah marah lah aku. Sedih! Benci hang katak!!!
Tadi masa nak pergi sekolah pun ada katak dalam kasut aku. Aku angkat kasut sekolah aku. Kenapa rasa berat je bila angkat ni? Aku campak kasut tu atas lantai. Aku tekan-tekan sikit hujung kasut guna kaki. Rasa kenyal kenyal je. Faham lah aku. Mak aku campak campak kasut aku pun dia still tak nak keluar tau. Seronok sangat bau kaki aku eyh? Ish. Besar tau. Color kuning. Aku pecut jauh tau bila mak aku kata 'a'ah la nina! ada lagi!' geli geli geli!
Dah sampai depan sekolah barulah aku pakai kasut. Tu pun banyak banyak banyak kali sebut nama Allah. haa kau, nampak tak hikmahnya di situ? Bila benda cenggini jadi, ingatlah kita pada Allah kan. :3 Dan ada hikmahnya jugak aku keluar rumah awal sikit. Tak adalah aku lewat sampai sekolah. Kenapa lah katak tu pilih kasut aku jugak? Kasut abang aku tak nak pula dia.
Sekarang ni fobia nak letak kasut atas rak yang rendah. Seronok je katak berlindung bawah kasut aku. Kenapa ya katak suka masuk dalam kasut aku?? Ada siapa boleh jawab persoalan aku tak? -curious- ????
Setakat ni belum ada katak lagi yg suka masuk dlm kasut aku x)
ReplyDeleteMaybe bau kaki yg tak menyelesakan dia kot lol
beli kasut baru je la...hahahahah
ReplyDeletekatak pun masuk dlm kasut rupanya. hehehe. kesian adk.
ReplyDeleteKatak masuk dalam kasut?
ReplyDeletemesti geli kan?
cara nak prevent katak masuk dalam kasut tu simpan kasut sekolah atas rak yang tinggi.