Beauty is not a ticket to happiness.




Motip sangat letak gambar Emma Maembong di atas tu. Hehe. Sebenarnya, tak ada kena mengena dengan Emma pon okey. Cuma aku letak gambar dia sebab tulah, dia cantik.


Betul orang kata, walau cantik macam mana pun bukannya boleh menjamin kebahagiaan hidup. Dulu, aku fikir cantik tu mesti ramai yang nak kawan. Cantik tu, mesti tak pernah menangis. Cantik tu mesti tak pernah kena hina. Cantik tu mesti keluarga, kawan-kawan and whoever akan suka dan sayang. Cantik tu mesti tak pernah rasa sakit.


Tak salah dan tak berdosa jika seseorang tu cantik. Itu anugerah Ilahi right? Cuma cantik tak semesti bahagia. Cantik tak semestinya tak pernah ada orang ejek dan hina.


Aku macam terkena penampar bila ada lah seseorang tu dia memang sangat cantik tapi dia luahkan yang dia kecewa dan rasa tak dihargai. Baru aku tersedar orang cantik pun bersedih. Orang cantik pun pernah rasa macam tidak dihargai.


Kecantikan, kekayaan, rumah besar, pangkat tinggi, budak pandai, budak hot, baju cantik. Jangan ingat kalau kita ada semua benda itu, kita akan bahagia.


Mungkin dia cantik, tapi dia dibenci, tidak dihargai, dipermainkan. Buat apa?

Mungkin dia kaya, tapi keluarga porak peranda. Buat apa?

Mungkin dia budak hot, tapi sentiasa ada budak nak cari pasal, kutuk kutuk, gaduh gaduh. Buat apa?

Mungkin dia pangkat tinggi, tapi dibenci, dicaci orang lain. Buat apa?


Kesempurnaan, bukan tiket untuk bahagia. Kita boleh bahagia dengan apa yang kita ada. Tidak semestinya mesti sempurna untuk bahagia. Biarlah jadi diri kita sendiri. Bersyukur lebih baik. ;)

8 comments:

  1. pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia..cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya...hehe..lirik lagu unic...hurmm..cantik ke kaya ke kalau tak dapat keredhaan allah memang tak bahagia..syukur dengan apa yg ade..

    ReplyDelete
  2. hehe..betul tu setiap kelebihan yang kita ada tak selamanya akan menjamin kbahagiaan.. kalau kta gunakan di tempat yg betul (*cthnya kalau kaya derma la kat sesiapa2 yang mmerlukan) inshaAllah skurang2 nya kta dapat bahagiakan orang lain

    ReplyDelete
  3. no body perfect. Itu lah, kalau ada kelebihan pasti ada kekurangan. sama dgn org cantik, bijak, dan semua lah. :)

    ReplyDelete
  4. @latifah zainal betul betul. keredhaan allah itu yang utama. tanpa keredhaan allah, apa pun tak menjadi. :D

    ReplyDelete
  5. @Nana Liena setuju! sama-sama untung. dapat pahala & dapat bahagiakan orang lain. so win win, dua dua bahagia lah kira. hehe.

    ReplyDelete
  6. @MarnieyZ betul tu dear. setiap kelebihan pasti ada kekurangan.

    ReplyDelete
  7. everything is beutiful., but beutiful isn't everything.. kan.? hehe lagi pun., beutiful is painful. aha

    ReplyDelete
  8. @Lissa LaLissa betul tu. semua benda pun indah. tapi kecantikan bukan segalanya. hehe ;)

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤