Novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta -BEST!-


Assalamualaikum..


Dah lama rasanya blog tak berupdate. Seminggu dah rasanya. Apa yang aku buat sampai blog tak berupdate tu? Oh.. Untuk pengetahuan first sekali, tak ada benda yang menarik nak update. second, baca novel. third, tengok drama korea. Okeyh, perkara nombor dua tu kalau aku tak review novel yang aku baca ni, aku akan tak tidur lena. hahaha! Over kau nyah.


Jom aku review novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta..


Karya Seni
E-Man Sufi
S/M: RM 24.00
S/S: RM 27.00


Cover buku yang catchy di mata aku ni membuatkan aku rasa cinta pandang pertama pada buku ni. Bukanlah sebuah novel yang berunsurkan ganas, bunuh-bunuh dan sebagainya di dalam ni yang diutamakan. Apa yang buatkan aku rasa nak sangat beli novel ni walaupun cover dia nampak ganas tetapi satu benda pada cover dia yang aku nampak sweet. Apa dia tu? Perkataan 'Cinta' yang berwarna merah dan bunga ros tu membuatkan aku rasa cover ini sangat catchy,eye catching,amazing and interesting. Nampak tak aku ulang perkataan yang berbeza tapi maksud yang sama di situ? Ini bermakna aku terlalu sukakan cover dia.


Mari baca sinopsis dia dulu...


SINOPSIS

“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”

“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”

“Mastura!!!!!!!”


JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”

“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?

Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster!

Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.




Nampak tak disitu? Aku turut jatuh cinta dengan dia punya sinopsis tau. Selalunya lelaki yang tergila-gila dan sibuk nak mengorat perempuan, tapi yang ini lain pula. Kisah ni bukanlah si klise kahwin paksa yang kebanyakkan ada dalam novel melayu tu. Yang ini memang rela hati untuk kahwin. Selalunya dalam kebanyakkan novel juga, heronya mestilah yang putih, handsome, kaya, baik, lelaki korporat kan? Dalam novel ini, ada juga benda tu tapi Jebat taklah putih melepak tapi handsome jugak tapi ada parut di kening. Jebat kaya jugak tapi dia tinggalkan semua tu. Jebat kuli aje pun tapi hakikatnya dia kaya jugak. Tapi kaya apa semua tu tidak diketengahkan dalam novel ni.


Nama Jebat tu bukanlah nama sebenar hero tu. Nama dia Ahmad Ziyad. Cantik nama dia. Aku suka. Jebat ni dia tersangatlah cool. Kalau anda mengharapkan lelaki yang bahasakan diri dia abang dan ungkapkan perkataan jiwang jiwang yang rasa nak jolok tekak sampai muntah tu, minta maaf lah ya. Jebat bukan yang begitu. Dia taklah romantik yang macam lelaki lain tapi dia ada cara romantik dia yang tersendiri. Ini membuatkan aku tersangatlah sukakan dia. Dan satu benda yang paling aku rasa nak cair sampai macam ais ialah masa first tima dia kata 'Mas, aku cintakan kau'. ARrrhhh!!!!! Rasa macam 'Jebat aku suka gila gila kat hang!'. Lagi lagi aku suka dekat Jebat ni sebab nama dia sama dengan rumah sukan aku Hang Jebat. Nampak tak betapa aku sukakan watak Jebat ni sendiri? Kan???


Untuk watak Mastura pula, aku rasa first time aku tak meluat dengan watak heroin. Sebab dia terlalu sayangkan suami dia. Sebab tu aku suka dia. Mastura ni gatal, suka mengorat, tak tahu malu, manja dan tersangatlah setia. Tapi itu semua untuk Jebat yang tercinta aje okey? Aku pun suka sangattt dekat Mastura ni. Hehehe.


Tolonglah beli novel ni okey. Nampak tak pujian melambung aku untuk watak dan isi novel ni? Mantap okey mantap! Sampaikan aku baca novel ni aku dah tak kisah dengan Lee Min Ho yang tengah tayang muka handsome dia dalam screen laptop tu. Aku bagi 4.8/5 marks untuk novel ni. Syok woo! Tahniah untuk penulis E-Man Sufi. teruskan menghasilkan karya mantap macam ni. Fyi, novel ni terbitan bulan April. Masih hangat, cepat-cepatlah sambar kat kedai buku okey. Novel ni cukup dengan perisa. Manis dan pahit membuatkan novel ni sangatlah superb!! Nampak tak aku obses dengan novel ni? Jadi itu bermakna memang best. :D


10 comments:

  1. Novel ni akan diadaptasi kepada drama di astro mustika HD. Pelakon yang akan jadi Jebat ialah Sharnaaz Ahmad. Manakala watak Mastura akan disandang oleh Nelydia Senrose.

    Wauuuu, can't wait !

    ReplyDelete
  2. Bertuah penulis review ni sbb dah dpt baca novel bkatc. Now dah kua kt astro, mesti penulis lonjak2 gembira kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana nak cari & beli novel ni,,plzzz

      Delete
    2. Boleh cari di mana-mana bookstores ataupun pergi ke laman karyaseni.my untuk beli secara online. :)

      Delete
    3. boleh tolong beli tak novel ni...

      Delete
  3. boleh tolong beli tak novel ni...kat kuantan tak ada stok lagi...



    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli secara online di laman karyaseni.my. :)

      Delete
  4. Nak3....aku pun nak beli sngt novel ni....masih ada lg ka.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah masih ada di kedai2 buku. Boleh cepat2 dapatkan! :D

      Delete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤