Malas itu kreatif?


Aku malas kau faham tak?


Assalamualaikum..


Ada satu artikel yang aku rasa macam best sebab aku malas. Ni kiranya macam bela orang malas arr ni. Ceh, tak ada makna. Jom baca. Kalau malas, lagilah wajib baca tapi tak baca tak dosa la. :P

***

Sudah menjadi sunnah alam bahawa kuat lawannya lemah. Kita menjadi lemah disebabkan pelbagai faktor. Sifat malas adalah faktor utama. Mari kita buktikan faktor dominan ini memberi impak kepada kerjaya dan usaha manusia.


Watak Pak Pandir begitu sinonim dalam cerita masyarakat Melayu yang sering menjadi bahan tawa dengan telatahnya yang dungu ala-ala 'Mr. Bean Kampung'. Kisahnya begni...


Pada suatu pagi, Pak Andih menemani Mak Andih membasuh pakaian di tepian sungai. Sementara menunggu Mak Andih selesai, beliau mandi, menyelam dan berenang. Sedang Pak Andih melayan keseronokkan mandi, tiba-tiba Mak Andih melaung. "Abang.. cepat kejar, ada batang pisang hanyut!". Pak Andih segera berenang mendapatkan batang pisang yang hanyut itu. Mak Andih berkata; "Kita bolehlah tanam batang pisang ni, tak payah beli pisang pada jiran lagi," ujar Mak Andih memberi cadangan. Dahi Pak Andih berkerut, wajahnya mendur, mulutnya muncung, hatinya menggerutu.


"Kita tanam sama-sama!" tingkah Pan Pandir. "Saya ambil bahagian atas pokok, kamu ambil bahagian bawah," cadang Pak Pandir. Mak Andih hanya setuju. Mereka menanam bahagian masing-masing. Pak Pandir menanam bahagian atas yang berdaun hijau, manakala Mak Andih menanam bhagian bawah yang kontot. Hari demi hari, tunggul pisang Mak Andih menyeluarkan sulur baru, sedang pokok Pak Pandir sujud menyungkur bumi, mereput dan mati.


Di akhir cerita, Mak Andir gembira melihat hasil tanamannya sementara Pak Pandir murung berduka.


Sebenarnya Pak Pandir bukanlah bodoh, tetapi dia malas menanam perdu pisang tersebut. Dia tahu, jika dia menanam bahagian perdu, maka dia terpaksa berulang alik ke kebun bagi menguruskan tanaman pisangnya hinggalah dia mendapat hasil. Ini akan mengganggu jadual rehat dan tidurnya. Sifat malas ini menjadikannya mengeluarkan idea tidak logik demi mengelat. Orang malas rela dianggap bodoh, tidak kreatif dan tidak inovatif semata-mata mempertahankan sifat malas yang ada dalam diri.


Orang malas sebenarnya cerdik, kreatif dan inovatif kerana dia mampu memberikan pelbagai alasan!



Haha. Sila bangga sambil buat gyomi meh? Tapi artikel ni bukanlah bermaksud nak biarkan kita ni menjadi seorang yang malas sampai bila-bila. Ambil pengajaran meh. Ya betul, malas itu kreatif sebenarnya. :D

1 comment:

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤