Hang nak aku puji ke?


Assalamualaikum...



Aku sebenarnya dah jatuh tangga wey. Result aku tak memuaskan bulan ini. Kenapa kenapa kenapa? Jawapan dia Allah tak izin. Tapi aku rasa tak ada yang failed lah. Alhamdulillah. Aku bergantung harap pada Agama dan English sahaja yang tinggal. Dua paper tu tak dapat lagi.


Haa now! Aku bukan nak cerita pasal result aku kat sini. Aku nak cerita pasal orang yang dahagakan pujian. Selalunya attention seeker ken.. Tapi sekarang, dia ni dahagakan pujian. Memang lah dia tak cakap yang dia ni nak dipuji. Tapi, dari cara dia bercakap tu aku faham lah apa yang dia nak.




"Lawa tak tulisan aku?" "Pandai tak aku betul semua?" "Salah satu saja..." Dan yang paling penting sekali, "comel tak Kak Ton?" BLURGHH!


Yang comel tak kak ton tu aku menambah je. Yang sebelum itu adalah antara salah satu benda yang dia selalu tanya aku lah. Seksa kau tahu tak duduk sebelah dia. Aku faham perasaan dia. Aku faham kalau dia rasa tulisan dia lawa ke dia rasa dia pandai ke. Tapi.. tak perlulah nak tanya aku. Aku faham dia nak aku puji dia.


"Wei... Pandainya hang. Terrer gila hang.." "Lawa lah wei tulisan hang. Tengok tulisan aku. Hudoh gila." "Untungnya hang salah satu je..." Ini adalah antara salah satu yang aku rasa dia harap keluar dari mulut aku. Minta maaf. Orang yang minta dipuji aku tak akan nak puji.


Bukanlah nak kata aku ni berlagak sombong ke apa ke. Masalahnya dia suka bandingkan dengan hasil kerja kita. Lepastu nak condemn. "Memang tak lawa pun tulisan hang.." "Todiaaa.. Awat macam ni hang buat? Tak kemaih langsung.."


Aiii!! Geram betul aku dengan dia ni. Aku tak kesah la kalau dia nak rasa dia punya kerja dia punya otak tu adalah terbaik. Tapi, janganlah bezakan kerja engkau dengan kerja kami kami kami ni. Aku aku kau kau la. Kalau tulisan kau lawa macam kat atas sana tu mungkinlah aku nak puji. Tapi kalau kau yang mintak aku puji kau cari orang lain je la k.


Entry ni tak adalah nak memalukan sesiapa. Bukanlah bermaksud nak kutuk kutuk. Aku tak kutuk okey. Ini untuk peringatan diri aku jugak supaya jangan mengharapkan pujian orang dengan tanya lawa tak tulisan aku comey tak aku bagai tu. Orang yang kau harapkan pujian tu nanti seriously aku cakap mesti dia menyampah gila lah dengan kau dan dah set dalam hati dia 'oh dia ni perasan. dahagakan pujian'. Malu tak kalau dia cakap macam tu depan-depan kau? Kalau dia takat cakap dalam hati tak apalah. Kan. K dah. Bye

7 comments:

  1. memang menyampah tengok orang jenis suka harapkan pujian macam tu, ingat dia je yang terer, macam lah perfect sangat nak dok banding2 work dia dengan work orang -.-

    ReplyDelete
  2. hadoi mmg menyampah betul kan . dah la tablemate niena pulak tu . eee cane la niena boleh hadap perangai dia tu hari2 . buat donno aje . lame2 dia senyap la tu . haha

    ReplyDelete
  3. huishh , beliau kata mcam tu ya kat niena...hmm banyak sabar ya..

    ReplyDelete
  4. @miss fifi tahu tak apa. menyampah gila tapi diam aje la sebab nanti kalau kita cakap kita pulak yg dosa. kan? :D hihi.

    ReplyDelete
  5. @sabella mohamad a'ah kena buat donno aje la dengan dia tu. nak buat macam mana. hadap aje lah dengan dia. dah kawan kan. :D

    ReplyDelete
  6. @Alyn Roslan yea. duduk dgn dia mmg kena ada kesabaran yg tinggi. hahaha. :DD

    ReplyDelete
  7. biasalah la tu. saya pun tension jugak jumpa org macam tu :)

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤