Assalamualaikum...
Esok jom kita cuti! Sekolah tiga hari je lepastu kita cuti balik. Seronok k seronok. Rasa baru semalam 1 haribulan januari. Cepat gilos. Hmm memang segalanya terasa cepat. Masa cepat, sedih pun cepat. Apa pulak kali ni eyh? Kalau tak nak tahu tak payah lah ambik tahu. Okies? ;)
Muka aku lebih kurang menakutkan gini kot dalam kelas KH tadi. :(
Semalam, hati aku tak sedap lepas balik sekolah. Rasa macam mesti ada something akan berlaku. But, aku tak tahu apa apa just biar je lah kan. Lepas tu, datang datang sekolah tadi dengar kawan kata kawan aku pindah. Wah! I was like 'what? seriously?' and then diaorang angguk. Okay, masa tu just biasa biasa je tak rasa apa sangat tapi mestilah terkejut kan.
Dia pindah mengejut wuut! Dia memang dah cakap dengan aku yang dia nak pindah tahun ni ataupun tahun depan tapi bukanlah hari ni! Budak asrama cakap dekat aku mak dia tiba tiba je datang ambik dia and pindah.
Dia kawan yang aku mula mula bercakap dan rapat. Seriously dia ada memang syok. Rasa kehilangan dan bosan kot dia tak ada. Masa kelas KH tadi pun aku terasa sangat kehilangan dia. Wey! Hang selalu kata dekat aku yang aku akan syok kalau hang pindah. Kalau hang baca entry aku ni hang tau lah. Awatlah hang pindah awal sangat. Aku suruh hang pindah tahun depan kan? Walaupun cuma setahun saja aku kenal hang tapi seriously aku rindu hang.
Missing someone isn't about how long is has been since you've seen them or the amount of time you've talked. It's about that very moment when you're doing something and wishing they were right there with you.
Hang suruh aku ajaq hang integer kan? Hang kata hang duduk sebelah aku pun sebab nak suruh aku ajaq hang kan? Okey, dekat sekolah mak hang aku harap hang dah boleh faham integer ataupun apa apa saja. Kalau hang suruh aku ajaq pun aku bukan pandai sangat nak ajaq orang. Aku tak tau sebab sebenar hang nak pindah. Tapi aku harap, hang tak lupa aku. Kalau hang ingat aku akan syok hang pindah, hang salah. Kalau hang rasa aku tak anggap hang kawan baik, hang salah.
Lepas ni, aku mungkin tak akan jumpa dia dah. Dia duduk dekat tempat lain bukannya dekat Kulim. Tapi, kalau Allah nak jumpakan aku dengan dia pun aku tak tahu lah kan.
I feel like sometimes, it's worse when someone moves away. Because they're still alive and well and happy. But you will hardly see them again. And it sucks.
No comments:
Post a Comment
❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤