Cerpen: Perlukah Cantik Sepertinya?


Assalamualaikum...



Hah! Tadi aku terasa macam nak menulis sesuatu dan saja nak test power tak aku buat cerpen. Macam bunguks. Berangan tah apa apa. Saja lah feeling feeling syok sendiri. Feeling feeling budak mesir tulis cerpen islamik sikit. Kan? Bukan selalu nak syok sendiri ni. Tapi, awal awalnya tak nampak lagi tau dia punya keislamikan. Ada ke ayat keislamikan? Abaikan erk. Nak baca, baca. Tak nak sudah.

****

“Rupa kamu tak macam ibumu ya? Kamu hitam ya.”

“Kenapa lain benar kamu dengan keluarga kamu? Kamu ini ikut muka siapa?”

Seringkali aku dengar kata-kata seperti ini. Aku tahu, aku tidaklah secantik ibuku yang berkulit cerah dan ramai yang memuji. Sering juga aku dengar orang menghina rupaku. Mahu saja aku kata kepada mereka, aku tidak minta wajah seperti ini!

Di sekolah, terasa seperti semua orang yang melihatku sedang mencaci menghina wajahku yang tidak cantik. Oh, lupa aku hendak beritahu. Aku bukanlah bermulut sumbing atau bermata juling. Tidak. Aku sempurna tetapi, mataku tidak bundar, mulutku tidak merah bak delima merekah, kulitku tidak putih gebu seperti artis Korea. Bila orang melihat keluargaku dan juga diriku mereka tidak percaya aku berasal dari keluarga ini.

Maklumlah, ibu dan ayah serta abang-abangku berwajah kacak dan cantik tetapi aku tidak. Orang yang melihat mula menimbulkan spekulasi bahawasanya aku hanya orang luar yang diambil ke dalam keluarga ini. Hakikatnya, aku anak ibu dan ayah ku dan aku adik kepada abang-abangku. Aku ahli keluarga kandung mereka!

Kadangkala rasa tidak syukur itu menyelubungi hati ini. Mengapa aku tidak dikurniakan wajah yang cantik seperti orang lain? Aku dibenci kerana wajahku yang tidak cantik. Aku terasa seperti Tuhan itu tidak adil. Itulah bisikan syaitan yang sentiasa ingin aku menyalahkan takdir Ilahi.

Aku benci pergi ke sekolah. Aku benci keluar ke mana mana sahaja kerana ada saja bisikan bisikan yang meruntuhkan semangatku. Yang memudarkan keyakinanku untuk melangkah. Mengapa harus ada orang seperti ini? Mengapa?

Guru-guru ada saja yang tidak mahu memandang langsung ke arahku. Ada saja guru yang melemparkan pandangan kurang senang. Ada saja guru yang tersenyum sinis. Aku kecewa. Tahun ini tahun pertama aku di sekolah menengah. Tiada siapa yang ingin berkawan denganku. Mungkin kerana wajahku tampak sombong maka, mereka tidak mahu berkawan denganku. Wahai sahabat, aku tidak seperti yang disangka. Aku tidak sombong!

Untuk apalah aku sombong dengan wajahku seperti ini? Untuk apa? Lainlah jika wajahku seperti bidadari. Untungnya jika aku cantik. Pasti ramai orang yang mahu mendekatiku. Cemburu benar aku lihat orang orang yang berwajah jelita. Ramai sahaja yang mahu mendekati dan menawarkan diri untuk menjadi teman.

Guru kelas membawa murid-murid untuk masuk ke dalam kelas. Aku berjalan seorang diri tanpa mengeluarkan sepatah kata kerana kepada siapa aku hendak bercakap? Aku lihat depan dan belakang. Oh, inilah rakan-rakan sekelasku. Terasa seperti sesuatu menghempap dadaku! Mereka semua manis, comel dan cantik. Aku? Aku tidak seperti mereka! Ya Allah! Aku tidak mahu hidup seperti ini!

Aku mengambil tempat duduk di sebelah seorang murid perempuan yang bertudung labuh. Dia memandangku dan melemparkan senyum. Sungguh manis dan cantik kawan kelasku ini! Dia senyum kepadaku? Inilah pertama kali ada orang yang sudi senyum kepadaku sejak pertama kali kaki ini melangkah ke dalam sekolah ini.

Guru kelasku meminta seorang demi seorang pelajar kelas ini memperkenalkan diri. Inilah yang paling aku tidak suka. Aku malu. Malu mereka akan mentertawakanku. Tiba sudah giliranku. Aku dengan berat hati bangun dan memperkenalkan diri. Semua teman sekelasku memandang ke arahku. Aku lihat wajah mereka. Aku tidak tahu apa yang bermain di dalam fikiran mereka.

Baru aku tahu, nama rakan di sebelahku ini ialah Nur Syuhadah. Cantik namanya. Aku suka! Pelajar-pelajar lelaki ada yang tersenyum. Ada yang membuat bermacam bunyi untuk menarik perhatian Nur Syuhadah. Ada yang bertepuk tangan. Gamat seketika suasana dalam kelasku.

Aku tunduk. Ya, dia cantik. Dia tidak sepertiku. Bila aku memperkenalkan diri tadi, tiada respon dari teman teman sekelas. Aku tahu aku tidak cantik dan tiada apa yang hendak disukakan mengenai diriku.

Aku lihat wajah Nur Syuhadah. Wajahnya tampak kelat. Mengapa ya? Tadi sebelum memperkenalkan diri, wajahnya nampak berseri dan ceria. Tetapi, mengapa sekarang tidak lagi? Apa yang tidak kena? Pelbagai soalan mula bermain di dalam benakku.

Guru kelasku pula adalah seorang ustazah. Kecil molek dan manis orangnya. Mengapa ya dalam sekolah ini semua orang cantik dan manis? Aku terasa seperti aku seorang sahaja yang tidak sempurna di dalam dunia ini. Arhh! Bencinya aku.

Seminggu sudah aku bersekolah di sekolah menengah ini. Aku tidak punya kawan. Ada! Tetapi hanya Nur Syuhadah. Ke mana saja aku pergi, pastinya ada Nur Syuhadah sekali. Aku selalu bertanya kepada Nur Syuhadah, mengapa dia memilih untuk berkawan denganku? Aku dengan dia seperti langit dan bumi!

Jawapannya tetap sama iaitu, Allah ingin saya berkawan dengan awak. Setiap kali jawapan itu keluar dari bibirnya, aku terdiam. Mulutkan tidak boleh berkata apa-apa bagaikan ada sesuatu yang mengunci mulut ini.

Sebenarnya, selalu saja hati ini berasa cemburu melihat Nur Syuhadah. Selalu saja aku rasa diri ini tidak layak untuk berkawan dengan orang sepertinya. Dia bukan saja cantik, malah baik. Guru-guru semuanya gemar memuji Nur Syuhadah. Aku juga selalu mendengar pujian murid-murid lelaki daripada menengah bawah hinggalah ke menengah atas. Tidak lain tidak bukan, pastinya berbicara tentang kecantikan Nur Syuhadah.

Aku rasa, Nur Syuhadah lah yang paling cantik di dalam sekolah ini. Bagaikan tiada siapa yang dapat menandingi kecantikannya. Kerana dia cantik juga, semua orang hairan melihat dia berkawan denganku yang memang tidak cantik ini. Tetapi aku lihat, Nur Syuhadah senang berkawan denganku. Dia tidak pernah cuba sesekali untuk menjauhi aku kerana cacian orang tentang diriku. Mungkin benar katanya, Allah menyuruhnya untuk berkawan denganku.

Pernah sesekali aku berkasar bahasa dengan Nur Syuhadah. Aku kata kepadanya, aku tidak cantik sepertinya jadi, dia mesti tidak berkawan denganku. Aku kata kepadanya, aku tidak pandai sepertinya, maka dia mesti menjauhiku. Aku kata kepadanya, tidak malukah dia apabila berkawan dengan orang sepertiku? Aku kata kepadanya, mengapa dan mengapa dia mahu terus berada di sisiku?

Tetapi, jawapannya tetap sama, Allah menyuruh saya untuk berkawan dengan awak. Wahai teman, tiadakah perkataan lain yang boleh kamu tuturkan selain jawapan itu? Tiadakah wahai teman? Aku kasihan melihatmu. Orang selalu bersangka buruk kepadaku dan orang selalu mengatamu kerana berkawan dengan orang sepertiku.

****

Haa.. Dah dulu eyh. Tak suka post benda panjang-panjang. Orang Malaysia ni kan kalau tengok panjang sikit malas nak baca kan? So, aku stop dulu lah. Part 2 nya nanti di sambung pada post lain. Okeng? :*

p/s: mana mana cerpen yang ditulis tiada kena mengena dengan diri aku. HANYA REKAAN NR SAHAJA.




5 comments:

  1. sabar laa ye . :) . setiap ape yg allah ciptakan semuanya indah :)

    ReplyDelete
  2. ini cerpen saja. bukannya tentang diri saya. hahaha! ;)

    ReplyDelete
  3. Wow!! Serius best sgt cerpen nie

    ReplyDelete
  4. I like it... vry much.... contnue laa cpt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! Sambungannya dah lama ada sejak tiga tahun lepas. Hehehe. Boleh klik button cerpen di atas sana ya! :D

      Delete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤