Assalamualaikum..
Ini sambungan untuk cerpen Perlukah Cantik Sepertinya?. Hah! aku ulang lagi sekali, cerpen ini tak ada kena mengena dengan diri aku. Aku hanya mereka cerita dan cuba untuk menjiwai watak itu. Kenapa? baca ada rasa macam aku betul betul eyh? Wahh.. menjadi lah aku feeling feeling watak dalam cerpen aku. Kahkah! Tak ada lah orang kata aku bukan anak mak ayah aku. Mana ada. Aku letak kata ganti nama 'aku' dalam cerpen tu bukan Nur Husnina/Niena Reen. Hanya sebuah cerita yang direka oleh otak aku. Okey? Lepas ni, kalau ada cerpen aku yang seterusnya memang tak ada kena mengena dengan diri aku atau sesiapa yang sudah hidup atau meninggal dunia. Jelas tak? Kalau tak jelas, boleh ulang baca 100x bagi jelas.
****
Suatu hari itu, aku
tidak hadir ke sekolah. Nur Syuhadah berkali-kali menghantar mesej dan
menelefonku. Dia mahu tahu mengapa aku tidak hadir ke sekolah. Aku tahu dia
risau. Aku tahu dia penasaran. Tetapi, biarlah. Aku ingin buat keputusan! Ini
untuk kebaikannya!
Esoknya, aku hadir ke
sekolah. Nur Syuhadah sudah berdiri di pagar utama sekolah. Dia menegurku dan
seperti biasa dia berjalan di sebelahku. Aku tidak memandang langsung ke
arahnya. Aku diam. Aku percepatkan langkah dan kadangkala aku berlari-lari
kecil agar dia tidak boleh mengikutiku. Tetapi, dia tetap mengikut langkahku.
Dia tidak putus asa untuk bertanya mengapa aku melayannya seperti ini.
Air mata mula bertakung
dalam kelopak mataku. Wahai teman, aku kasihankan kamu. Aku buat ini hanya
untukmu. Aku tidak mahu orang berkata lagi tentang kita yang bersahabat ini.
Engkau hanya layak berkawan dengan orang orang cantik dan orang orang yang sama
taraf denganmu. Bukannya dengan aku wahai teman!
Langkah kakiku mati.
Tersedar aku, aku sudah berada di tepi padang. Aku terduduk. Terus aku meletakkan
kepala di atas lutut dan menangis semahunya. Aku tersedar, Nur Syuhadah masih
setia di sisiku. Dia usap lembut bahuku. Dia bertanya mengapa aku begini. Aku
diam dan terus melayan tangisku. Nur Syuhadah cuba memujukku.
Beberapa minit
kemudian, reda sedikit perasaanku. Air mata sudah hampir kering. Aku angkat
kepala. Aku pandang Nur Syuhadah. Dia senyum dan dia sapu pipiku yang basah
dengan sapu tangannya. Teman, mengapa engkau begitu baik denganku? Tolong
beritahu aku! Kata-kata aku bergema dalam hatiku.
Dia bertanya lembut
kepadaku mengapa aku cuba menjauhinya dan mengapa aku menangis. Ya! Tiba
masanya untuk aku luahkan padanya. Dia layak mendengar luahanku. Aku kata
kepadanya, Syuhadah, kenapa awak terus ingin berkawan dengan saya? Saya mahu
lari daripada awak kerana saya kasihankan awak. Saya tidak mahu orang terus
memandang serong ke arah awak yang berkawan dengan saya. Saya tidak cantik
seperti awak. Saya tidak setaraf awak dan awak mesti berkawan dengan orang yang
sama tarafnya seperti awak! Jujur saya katakan, saya cemburu melihat awak. Awak
cantik, awak baik dan awak pintar. Semua orang memuji kecantikan awak.
Guru-guru memuji kebaikan dan kepintaran awak. Tidak malukah awak berkawan
dengan saya?. Demikian aku luahkan rasa hati kepadanya. Dia senyum. Wajah
tenangnya membuatku tertanya apa yang akan dikatakan nanti.
Nur Syuhadah berkata,
awak selalu tanya mengapa saya terus berkawan dengan awak kan? Dan jawapan saya
tetap sama, Allah menyuruh saya untuk berkawan dengan awak. Awak tahu apa
maksud saya? Awak tahu mengapa saya sentiasa bersedih apabila ada saja
murid-murid lelaki yang memuji kecantikan saya? Saya tidak perlukan pujian
daripada lelaki-lelaki itu! Saya terasa seperti maruah saya tiada. Mereka
sesuka hati mengganggu saya. Mereka sesuka hati ingin mendekati saya. Saya
berkawan dengan awak kerana, saya mahu jadi seperti awak. Kadang-kadang saya
rasa saya mahu jadi awak. Tenang hidup awak. Tiada siapa yang ingin menganggu
awak.
Nur Syuhadah diam
seketika. Beberapa saat kemudian, dia menyambung kata, awak tahu tak,
sebenarnya awaklah yang paling beruntung. Guru-guru sebenarnya selalu saja puji
awak. Mereka kata awak baik. Mereka kata beruntung ibu bapa awak punya anak
seperti awak. Awak tahu tak, kecantikan tidak seindah yang disangka. Bila cantik,
apabila melangkah terasa tidak selamat. Lelaki lelaki sentiasa memandang.
Lelaki bukan sahaja hanya memandang kosong, tetapi ada keinginan lain. Bila
cantik, mudah saja fitnah ditimbulkan.
Aku memandang Nur
Syuhadah. Betulkah apa yang dicakapkannya itu? Betulkah guru-guru sentiasa
memuji aku? Mengapa aku tidak tahu? Aku tanya kepadanya, bagaimana dia tahu
guru-guru memuji aku. Nur Syuhadah berkata, apabila dia masuk ke dalam bilik
guru ada saja dia mendengar pujian guru tentang diriku.
Aku tidak percaya
seratus peratus tentang apa yang Nur Syuhadah cakapkan itu. Tidak mengapalah,
nanti saja aku fikirkan kata-katanya itu. Aku dan Nur Syuhadah bangun dan
berjalan ke kelas.
Sekarang ialah waktu
kelas agama. Ustazah memuji aku di hadapan rakan-rakan sekelasku. Dia berkata,
lihat seperti aku tidak banyak bercakap dan sentiasa hormat kepada guru. Aku
senyum. Benar kata Nur Syuhadah. Guru memujiku. Nur Syuhadah menyiku aku. Aku
tahu dia ingin mengatakan yang aku sepatutnya harus mempercayai kata-katanya
seratus peratus.
Ustazah cerita tentang
seorang wanita solehah yang wajahnya tidak cantik tetapi hatinya sungguh suci.
Akhlaknya cantik. Dia seorang wanita yang taat kepada Allah. Dia tidak pernah
ingkar perintah Allah. Orang-orang di sekelilingnya sentiasa menghormatinya
kerana akhlaknya yang mulia. Para lelaki menghormati dia. Mereka tidak berani
ingin mengganggunya. Susah benar ingin mereka petik mawar itu.
Aku tertarik dengan
cerita itu. Aku ingin jadi anak yang solehah, hamba yang taat dan isteri yang baik
kepada suamiku suatu saat nanti. Biarlah aku tidak cantik sekalipun. Asalkan
aku boleh jadi wanita solehah!
10 tahun berlalu…
Sekarang, umurku sudah
23 tahun. Aku masih berkawan dengan Nur Syuhadah. Dia sudah berkahwin dan juga
sudah punya anak. Anaknya comel-comel. Kini, aku sudah tidak seperti dahulu.
Aku sudah tahu nikmat syukur. Aku tahu Allah maha adil. Aku tahu Allah berikan
aku rupa seperti ini pasti ada hikmaknya. Bila aku fikir, aku boleh katakan;
Saya tahu saya tidak
cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..
Kerana saya tidak
cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak
cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang
tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak
cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak
cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak
cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
Dan kerana saya tidak
cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.
Kerana saya tahu.. Saya
tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan
cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi
KECANTIKAN di akhirat kelak..
Itulah yang boleh aku
katakan sekarang. Oh ya, aku sudah ada suami. Suami yang sungguh menyayangiku! Dialah insan yang
ikhlas mencintai aku itu. Dia tidak lihat pada wajahku. Dia hanya ingin membimbingku
ke Jannah bersamanya. Aku dan Nur Syuhadah sama-sama ingin menjadi wanita
solehah. Tidak apalah aku tidak cantik sepertinya kerana…
AKU TIDAK PERLU CANTIK
SEPERTINYA UNTUK MENJADI WANITA SOLEHAH..
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).
THE END
Like!
ReplyDeletekerana sy x cantik x de lelaki yg nk kacau,, kerana sy x cantik x de lelaki yg nk wat sy kekasih, kerana sy x cantik x de lelaki yg nk meminang, kerana sy x cantik sy x khwin2, kerana sy tak cantik sampai la ni sy jd andartu..ini dia ALLAH MAHA ADIL
ReplyDeleteJika Allah tak menemukanmu dengan jodohmu di dunia, yakinlah cik anon akan bertemu dengan jodoh yang terbaik di syurga nanti janji cik anon sentiasa bersangka baik pada Tuhan dan lakukan yang terbaik untuk kehidupan yang kekal di sana. Mungkin juga cik anon akan bertemu dengan dia nanti. Kita tak tahu perancangan Dia.. :)
DeleteThanks to Allah. Qila tak cantik :)
ReplyDelete