Insafi diri atas kesilapan lalu


Assalamualaikum...



oo cak! Yey, blog dah bukak dah. Kejap je aku privatekan. Buat apa lama lama. Dah siap edit pon. Tak comel pon. mihmihmih. :) Okey, betul. Aku nak tulis tentang kesilapan yang lalu. Kesilapan yang mungkin bila kita ingat balik kita sendiri akan sakit dan malu.






Well, lebih baik menyesal daripada kita tak menyesal apa yang kita dah buat. At least, kita tak akan ulang balik kesilapan kita yang lalu tu. Insaf k insaf. Tak kiralah kesilapan apa pun. Bila menyesal, confirm tak buat dah kan.



Seriously, aku pernah buat kesilapan yang bila aku ingat balik rasa sedih marah kecewa malu dengan diri aku sendiri. Sebab kesalahan tu, aku rasa macam besar gila wei. Dan aku selalu berdoa supaya Allah jaga hati aku supaya tak lakukan lagi kesilapan lalu aku tu.



Dah terhantuk baru tergadah. Terkena lah tu dekat aku. Aku rasa, semua orang pun pernah kan menyesal kesilapan lalu. Kita tak boleh nak hilangkan apa yang kita buat tu dalam kepala otak kita. Bila kita terfikir balik, berdoalah agar kita tak lakukan lagi.



Dah lah erk? sikit je aku nak sampaikan sebenarnya. Insafilah diri atas kesilapan lalu. Bila dah salah tu kena insaf lah kan sayang? Tu je lah. Ini hanya pendapat aku saja. Kalau ada orang fikir lain dari otak aku, itu masing masing lah kan. :) peace peace peace bye salam.

4 comments:

  1. Bagus lah kite sedar kesilapan kite. kan? :D

    ReplyDelete
  2. let by gone be by gone..bgslah klu sedar kesilapan dulu..supaya kita blh jd lbh baik :)

    ReplyDelete
  3. Ok ape mcm ni, xde la berat owg nk dtg lawat sini.

    Kesilapan tu adalah sahabat manusia, dan dr kesilapan jgklah kita akan belajar sesuatu :)

    ReplyDelete
  4. nice .. kita singgah yer :)

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤