Tak ada PMR. Senang ke?


Assalamualaikum...



Wah.. Hari ni hari Jumaat terakhir pada tahun 2012 lah. Wuhh rasa sedih pun ada jugak dah nak tinggalkan tahun 2012 yang segala macam nostalgia. Ecewah kau buat buat nostalgia apa nina? Hah, sebelum aku berceloteh panjang aku nak mintak maaf dulu kepada tuan tuan blog yang kadang-kadang aku cakap follow tapi tak ada nama aku dalam followers list diaorang. Sorry k. Kadang-kadang dah tekan tau button follow but mana tahu confirm ke tidak sebab tak nampak. Sebab tu lebih senang kalau letak follower widget. Boleh lah tahu dah confirm follow ke tidak. Jadi, yang letak button follow selain follower widget tu, sila silalah beritahu saya kalau tak ada nama saya dalam korang punya followers. Tak nak lah dicop menipu pula! Okay? Kerjasama anda amat saya hargai. Terima kasih.



Panjang benor aku punya perenggan atas tu erk. Siapa siapa yang baca mesti dah tak larat nak sambung. Okey, masuk isi untuk tajuk tak ada PMR tu k. Budak batch 99 telah menjadi mangsa PBS mulai tahun ni. Mula mula dapat berita yang PMR dah tak ada kami pun dengan hati riang rasa wuhh syoknya tak ada exam!







Wuhh! happy happy. Tengok tengok ambik kau. Pbs ni dia lebih teruk daripada kena belajar untuk exam tau dak? Dia ni memang boleh buat orang gila ah. Satu bab, 6 band. 6 band tu pulak ada banyak gila kertas okey. Contoh kalau ada 16 bab maksudnya memang gila lah. Aku tak tahu lah berapa. Sebab tu lah Malaysia semakin panas kerana penebangan pokok pokok untuk buat kertas pbs. lololololol.



Masa bulan 10 11 cenggitu memang stress habis lah sebab nak habiskan kertas kertas pbs untuk setiap subjek. Semua orang rasa wah nak mati lah kalau macam ni. Agama ada beratus kertas tau sampai tak tahu yang mana dah buat yang mana belum. Aku ada cakap dengan sorang kawan aku ni, dia kata "pbs ni bagus sebenarnya. cuma blablabla" <--- blablabla tu aku lupa dan tak tahu dia cakap apa sebab aku jadi tergamam terkelu terdiam terrrrrrr semua bila dengar dia kata PBS NI BAGUS SEBENARNYA! pfffttt!



Budak baik, sabar, tabah, positif, semangat,... ,.... ,.... yang akan kata pbs bagus. Aku budak yang tak sabar, negatif, tak tabah, tak baik memang tak lah nak kata pbs ni bagus. Kalau ada yang masih blur blur budak blur tentang pbs ni, aku pun tak tahu nak explain macam mana melainkan kau lahir pada tahun 1999 dan hadapi pbs. Memang aku tak reti nak explain.



Konklusinya, pbs tak senang. Kalau tanya, pbs ni kena buat apa je? Kena buat projek, syarahan lah apa lah semua. Aku pun dah lupa kena buat apa. Serupa budak universiti mungkin? Dengar dengar diaorang nak kaji balik pbs ni. Jadi, kaji elok elok buatlah keputusan yang elok sebab pbs ni haih, tak tahulah. Tahun depan sambung lah balik dengan bebanan pbs. PBS, aku datang! sobs.



#i don't want to continue pbs. heeekkkkk!!! k, budak ni nangis dia still cute mute kalau aku tak tau lah

5 comments:

  1. Ee pernah tolong mak marking paper pbs ni. Soalan boleh tahan lepas tu agak menyusahkan cikgu. Byk benda kena buat. Hm, kesian mak kita byk kerja -,-

    ReplyDelete
  2. budak2 skang kan makin bijak tak macm zaman cheqkaq dulu-dulu..ibaratnya kalo setakat PMR ni kacang je kot bg diorang..skang ade PBS baru mencabar sikit yer adik2 semua..hihi..sian korang

    ReplyDelete
  3. @Nurulee betul kak betul! memang agak menyusahkan byk pihak. tahun depan cikgu makin pening lah sebab nak handle budak form 1 and form 2 pulak.

    ReplyDelete
  4. @Cheq Kaq budak makin blur dengan adanya pbs. pmr lagi elok kot. :D

    ReplyDelete
  5. tu la..selalu bila ada benda baru diperkenalkan komfim ada pro and cons.kena kaji betol2 ka supaya pilihan yang tepat dan bersesuaian dengan sistem pendidikan Malaysia yang dipilih untuk digunapakai supaya tak menyusahkan banyak pihak..disamping boleh meningkatkan kualiti pendidikan negara.

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤