Singgah Singgah!

Hye dan Assalamualaikum..


   Eh, comelnya blog dia. Eh, cunnya owner dia. Eh, awesomenya blog dia. Eh! Hee.. Aku pun tak tau kenapa sejak semalam aku suka singgah blog orang. Alah singgah bukan nak buat benda buruk. Nak tengok je blog orang. Kalau blog tu comel, gaya bahasa dia santai, owner dia yang 'just be myself', aku follow leww..


   Kalau nak tau siapa orang yang bertuah, yang kena puji dengan aku tu, tengok lah blogger buzz. Semua tu blog-blog yang menarik. Kalau tak menarik tak nak follow! Alarhh aku punya blog pon bukan cool macam dia orang punya blog, sebab tu la aku follow blog diaorang. Aku suka blogger tu, maka aku patut jadikan dia inspirasi gaya hidupku kan? Tak salah kan kakaks blogger?


   Baru ada berapa blog je yang aku follow. Kalau ada yang menarik tetarik, aku follow lah. Aku tak suka blog yang pemilihan warna dia berat dan menyakitkan mata. Biar simple and warna soft barulah seronok nak lepak kat blog awak!


   Gaya bahasa yang senang dibaca, yang tak short form lagi best. Aku tak suka yang 'aL4 kwunk x aynk it33w k3ww'. Ya Allah, tolonglah. Aku pun tak faham, terbelit lidah nak baca. Kalau nak short form pun, tak payah sampai yang berwarna merah kat atas tu eyh. Rasa nak lempang tak? Aku pun nak lempang kalau macam tu. Jika anda seorang yang bercakap jenis TGC (tulisan gedik campur) macam tu sila tulis macam biasa. Kalau tak tulis campur huruf dengan nombor lagi senang nak baca. Orang dah sediakan dah untuk menulis guna huruf. Mengira guna nombor. Okeyh?


   Gedik. Gedik tak masalah. Kadang-kadang gedik yang melampau tu yang masalah. Dalam penulisan, haruslah ada kegedikan di situ untuk menceriakan suasana erk. Kau anggap gedik yang macam mana? Maksud aku, gedik yang dicampur untuk menimbulkan penulisan tu supaya baca tak stres dan muram je. Eh, tapi aku pon kadang-kadang penulisan aku batu je kan. Tak ceria.


   Friendly! Ah.. Aku suka blogger yang friendly. Kalau dia friendly, dia nampak shomeell je. Aku friendly tak? Sila kenali aku, dah tau lah aku macam mana. Sila baca post aku yang tajuk dia 'Dia Tu Diam Sangat La' kalau nak tau. Ada seorang blogger tu, dia tak letak pon gambar real dia tapi dia sungguh friendly dan aku rasa Masha-Allah mesti blogger ni comel dengan kefriendlyan dia tu.


   Jadi, kesimpulannya aku tak suka warna blog yang menyakitkan mata dan berat, aku tak suka short form yang melampau, aku tak suka yang terlampau batu, aku tak suka blogger yang sombong. Tapi selalunya, blogger friendly kan? Kalau tak, buat bodo je la kalau sombong kan. Aku percaya, blogger-blogger semestinya friendly. Kalau tak friendly, tak payah buat beloggg.. Nggee.


   Bye peeps! I luv blogging- Sentiasa Love~

 

No comments:

Post a Comment

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤