Jalan XD

Assalamualaikum w.b.t.


   Hari ni, aku pergi ambik abang aku kat airport Penang. Anyway, ni first time aku update pasal aku pergi mana. Sebelum ni, aku malas nak update pasal kehidupan aku. Post aku yang adanya, pasal keadaan sekeliling aku. Tak percaya, cerrr tengok post-post aku. Tengok.. Tengok!


   Okey, tak apa. Malam ni, biar aku cerita tentang aku ke mana. Happening ke tidak kan?? Haa.. Mula-mula aku keluar rumah dalam pukul 3.00 petang. Lepas tu, aku dan family aku pergi makan dan solat dulu sementara nak tunggu flight abang aku sampai. :D Aku makan tomyam. Sedap! He.. Saja buat-buat macam tak pernah makan.


   Lepas tu, kami pergi airport. Time tu, abang aku dah sampai! Yey! Jadi, tak perlu lah bersejuk-sejuk kat dalam kereta tunggu abang aku lama-lama. Alhamdulillah!


   Lepas dah ambik abang aku tu, abang aku kata nak beli handphone baru plaks.. Jadi, kami pon pergi lah cari kedai handphone yang dia nak pergi tu. Kat Jalan Kedah. Dia nak pergi situ jugak sebab handphone kat kedai tu je yang murah. Dia nak saving sangatt.. Haih pelbagai.. :)


   Lama gila kami cari kedai tu. Kami macam nak give-up lah kata cari kedai lain lah esok cari lain semua semua. Tapi, kami cari jugak kedai tu. Mulut je cakap nak cari kedai lain, tapi kaki tetap tekan minyak cari kedai tu. Last, dapat jugak jumpa kedai tu. Memang sumpah susah lah nak cari sebab kedai tu macam terpencil sikit. Abang aku punya pasal, parents aku turuti. Sebab apa? Sebab bukan selalu dia mintak apa-apa. Apa salahnya kan?


   Lepas dah beli handphone, kami pergi solat sebab dah maghrib. Masjid tu selesa dengan adanya pulak pakcik yang friendly tunjuk kat kami mana tempat ambik wudhu' dengan tempat solat. Dapat pahala oohh pakcik tu. Salute pakcik! Hehehe...


   Then, jalan aku belom habis tau. Kalau aku dengan family aku pergi Penang, memang malam baru balik. Maaf aku nak cerita panjang malam ni. Lepas tu, kami pergi makan. Makan lagi? Yup! Kami family yang kuat makan! Jadi, kami pergi makan lagi sekali. Aku makan makanan yang ringan sikit la. Tak mau makan nasik sebab tadi petang kan dah makan nasik dengan tomyam. Malam, aku makan koey teow ladna. Sedap! Dengan ABC sekali! Yey! Alhamdulillah, kenyang. Syukur nikmat Tuhan. He.. He..


   Cadangnya siang tadi kata nak pergi Gurney Plaza (my favorite shopping place) lah! Lepas tu, memandangkan dah malam kan, kami tak pergi. Alorrhh.. Sedih! Nak pergi! Nak pergi! Tapi aku tak merengek aku. Bukan baby! :p


   Ayah aku pergi rumah kawan dia. Ye.. Aku tak suka ikut mak ayah aku pergi rumah kawan diaorang sebabnya bosan. Kita tecongok je tak paham diaorang sembang apa. Bosan kan? Nasib kejap je! Aku dengan abang-abang aku duduk dalam kereta je. Mak ayah aku yang turun jumpa kawan dorang. Bagus! Kami tak lah bosan sangat bila ada dalam kereta bersembang adik-beradik!


   Habislah perjalanan seharian aku. Seharian ke? Tak sampai. Yang pasti, lama jugak aku dekat Penang. Aku dengan family aku kalau pergi Penang, memang malam baru balik. Tadi pergi pukul 3.00, sampai rumah pukul 10.30. Awesome tak? Hehehe..


   Aku sebenarnya tak ada idea nak tulis apa. Jadi, aku tulis lah pasal perjalanan aku hari ni. Tak awesome sangat pon. Biasa je. Tapi, perasan gembira tu ada sebab abang aku balik! Ngeh ngeh. okeyh! Bye dear! Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤