Assalamualaikum...!
Weeeee! Aku rasa macam dah bertahun-tahun aku tak update blog kan.. Sebenarnya, tiap-tiap hari aku bukak blog aku. Sebab aku je, pageviews aku banyak. LOLOLOLOL! :P Annoying tak? Kannn? Aku tau. Diam dah la. Terima kasih kepada korang jugak yang tolong banyakkan lagi pageviews aku. Haha.. Kamsahamida! Kalau singgah sini, follow lah erk. Saja je nak suruh korang follow blog aku yang tak seberapa ni. Pulon kan?
SEBAB AKU PULON NI LA KOT KUCING AKU CAKAR AKU!!
Okey! Dah. Stop with your annoying words and whatsoever yang boleh kasi orang muntah depan lappy sampai lappy rosak. Apa-apa pun bukan nak cakap pasal aku. Aku nak cakap pasal (tengok tajuk atas tu). Yeahh! RESPECT!
Kau faham apa pasal respect? Tauuu... Hormat. Yang tua dihormati yang muda disayangi. Okey betul. Tapi, tak kesah kau muda dari aku ke aku muda dari kau ke kau tua dari aku ke hapee ke yang penting mesti kena apa? Respect.
Senang, aku bukan nak emo ke apa ke kat post aku ni tau. Kang kau kata tak syok la sebab niena tu emo je kojee.. Tak ada lah. Nak lecture lagi!
Senang je hormat orang. Tak payah nak sujud kat kaki kononnya hormat gila-gila. Hormat orang lain dengan kata-kata yang baik pada orang tu, perilaku yang tak menyakitkan hati. Tak buat dia macam dia tak ada rasa marah. Aku jumpa hamba Allah ni, dia serious tak tau aku nak cakap. Tak hormat kat orang gila bapak. Aku tak tau la apa yang dia rasa.
Malu kan kalau ada orang kata kat kita, 'woi! tak reti hormat orang ka?'. Aku malu kalau ada orang kata macam tu kat aku. Serious rasa nak menyorok bawah meja. Hormat tu biarlah kepada semua orang. Walau dengan budak kecik pun, kita kena hormat dia as dia budak-budak. Walau dia sama umur dengan kita pun, kita kena hormat dia as manusia. Dengan siapa-siapa pun kita kena hormat.
Aku bukan apa la. Tak suka tengok orang yang tak reti hormat orang lain. Rasa macam nak hempok guna kayu. Ni pasal dia dah tak hormat orang, aku pun tak hormat dia. Mesti lah kita rasa nak buat apa kita hormat dia sedangkan dia tak hormat kita kan.
Aku bukan nak kata aku ni gila baik gila hormat dekat orang... Aku cuma nak kita ada rasa hormat tu dalam diri kepada orang lain. Sikit pun jadilah. Kalau kita tak hormat orang, orang pun rasanya tak nak hormat kita. Tapi, kalau kita hormat dia dia tak hormat kita, kita hempok dia yuukk! Hehehe.. Tak ada! Canda mbak!
Okeylah! Ini saja update aku. Maaf atas kesalahan, kekurangan, keburukan, kegedikan, kejengkelan aku. Ni hanya pendapat budak mentah macam aku. Kalau salah jangan condemn tau!
-Bye-Salam-Sentiasa Love~
No comments:
Post a Comment
❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤