KaWan :')

Hye!

   Aku ada kawan. Kau ada? Semua orang pun mesti ada kawan. Tak kesah la kawan kau berapa pun. 10 ke 1000 ke 10000 ke 100000 ke 1000000 ke.. Yang penting semua orang ada kawan tak kira banyak atau sikit. Walau kekadang kita tengok dalam TV ada la watak blurrr yang cakap 'saya tak ada kawan. saya tak tahu nak kawan dengan sapa'. Okey ayat tu memang tak boleh diterima pakai. Jadi, jangan percaya yang ada orang tak ada kawan. Sangat tipu okey?

   Kalau kau rasa kau tak ada kawan, sebenarnya kau ada kawan. Ecehh.. Lama-lama aku pun blur aku cakap apa. Kawan ni ada banyak jenis. Kawan yang macam-macam ada. Pening jugak kadang kadang bila dengan kawan ni. Ada kawan yang tak serupa nak kawan sangat kan..

Jadi inilah jenis-jenis kawan:

Kawan Chipsmore

- Okey! Nama sangat comel dan sedap. Chipsmore. Kawan yang ni sekejap ada sekejap tak ada. So far, aku tak jumpa lagi kawan chipsmore yang nama je sedap tapi suka menghilang ni..


Kawan Buaya

- Kawan makan kawan.. Aku tak pasti aku ada ke tidak kawan macam ni. Abaikan.


Kawan Perfume

-  Waktu senang ada dekat. Waktu susah lari jauh-jauh. Ada! Aku ada jumpa spesies kawan tak boleh pakai jenis ni.. Heh Heh..


Kawan Pisau

- Mulut lebih tajam dari pisau. Sampai takut nak cakap lebih-lebih. Yang ni pernah jumpa! Perih jiwa jumpa kawan macam neyhh..


Kawan Chocolate

- Mulut manis. Aku tak jumpa lagi..


Kawan Duri

- Dia ni suka sakit kan hati kita. Aku sangat sakit jiwa dengan kawan duri. Taunya sakitkan hati iteeww.. Terluke iteww.. Okey agak over jadi jadilah diri sendiri..


   Ada banyak lagi jenis kawan yang entah apa-apa lagi tapi aku malas nak tulis banyak banyak. Kang bersawang blog aku sapa nak tolong? Aku jugak.. Oh kawan sebenarnya sangat AweSome! Jadilah kawan yang terbaik untuk kawan. Tak perlu semakkan kepala kawan dengan kerenah kita sendiri. Eleh. Aku pun selalu je semakkan kepala kawan aku! Maaf..


No comments:

Post a Comment

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤