Hye and Salam..
Aku orang yang agak pelik. Tapi, aku pun tak pasti betul ke aku ni pelik? Agak la.. Aku rasa orang anggap aku pelik sebab aku ni diam.... Diam la sangat an? Orang kenal aku tau la aku sapa.
Aku ni kat certain place aku akan jadi diam. Mari lihat contoh; first time masuk sekolah baru. duduk antara orang-orang yang aku tak kenal. duduk dalam kelas lain selain kelas aku. duduk antara kawan yang tak berapa rapat. duduk dalam perjumpaan yang kawan-kawan kelas aku tak ada.
Jadi, jangan kata aku sombong kalau aku tak cakap dengan orang. Aku dah ditakdirkan macam ni. Nak buat macam mana kenn? Aku pon sangat susah untuk senyum kalau dengan orang tak tentu. Mulut aku sangat kuat membebel dan kuat bercakap sebenarnya. Itu pun bila aku dah selesa.
Ha! Baru teringat balik. Aku kalau tak selesa, aku akan jadi diam. Kalau aku dah selesa dengan orang tu, baru lah aku akan bercakap banyak dengan dia! Macam masa first time aku masuk secondary school. Gila lah orang ingat aku sombong. Semua orang pun cam takut la mula-mula tengok aku ni. Dengan pakej muka masam + diam nak mampos.
Tak kenal maka tak cinta (orang kata). Tapi betul lah. Kalau tak kenal aku, memang kau tak akan kata aku ni sangat mulut bising dan friendly. Tak payah takut dengan aku lah. Aku ni pelik je. Tapi, ada jugak yang 'memusuhi' aku sebab aku ni pelik kot. Eh. Tak payah cerita pasal yang 'sekelompok' tu eyh. Shh..
Suka suka hati kau nak kawan dengan aku ke tidak. If you hate me, I hate you more sayangs.. Tengok tulisan merah. Warning auww! Beware! Aku orang biasa yang punya perasaan. Tak boleh lah lakukan aku sesuka hati. Aku manusia tau. Bukan patung. Eh, asal rasa macam emo pulak nih? Aish.. -Istighfar-
Jika anda berbisik-bisik 'dia tu diam sangat la' pada saya, sila buang perspektif anda pada saya. Saya tidak begitu. Jika anda berbisik-bisik 'dia tu burok la sebab tak nak senyum' pada saya, sila muhasabah ayat anda. Saya tidak selesa apabila sentiasa tersenyum, sebab rasa macam orang gila pon ada. Jika anda berbisik-bisik 'dia tu skema la' pada saya, sila jangan berkata begitu. Maaf. Semua bisikan-bisikan anda semua salah pada saya. Sila kenali saya dan anda akan tahu siapa saya. Terima kasih.
Assalamualaikum. peace no war momeehh..
p/s: sila baca tulisan merah (warning) berulang kali. :*
No comments:
Post a Comment
❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤