Assalamualaikum...
Hari ni, aku penat. Aku penat sebab aku tolak segara barang-barang yang ada kat dalam rumah aku ke luar rumah. Lepas tu, taulah mesti banyak habuk dengan riangnya berterbangan sana sini kan. Belakang almari memang kompem lah berhabuk gila.
Apa masalahnya dengan habuk yang tak berdosa tu? Masalahnya, habuk tu bagi muka aku gatal. Aku menderita weyh! Penat tau tarik kerusi, angkat meja, tolak almari. Dah la semuanya besaq-besaq gedabak. Aku jugak yang nak kena tolak benda-benda berat tu.
Disebabkan badan aku penat dan aku rasa ngantuk campur dengan muka aku yang gatal ni, aku tidur dekat atas katil yang penuh dengan baju-baju yang macam nak buat bundle tu semua. Best tidur dengan baju. Rasa macam 'wooh selesa! selesa! Yey, tak ada orang nampak'. Lebih kurang macam tu la sebab baju-baju tu semua menimbun. Memang syok tidur dengan baju-baju. Selesa woot. Tak percaya, cuba buat.
Aku tak sedar aku tidur pukul berapa dan yang aku tau aku bangun pukul 8. Ya.. Aku tertinggal solat Asar. Tapi, aku dah qadha lee!! Astaghfirullah! Dosa tinggal solat!
Oh! Dalam kemerepekan aku kali ni, aku tak bagitau pulak erk aku nak buat apa tolak barang-barang ke luar rumah ni? Nak pindah ke? Tidak.. Aku nak renovate rumah aku sikit. Aku tak suka tau tak renovate renovate bagai ni. Kita jugak yang penat. Ewahh... Kau ingat kau puteri nak senang lenang selalu? Eheh, tak.
Itu je lah. Kalau ada gambar, aku post lah nanti. Malas aku nak upload bagai sekarang. Aku tengah menghafal skrip neh. So, bubye. Salam.
No comments:
Post a Comment
❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤