Assalamualaikum...
Dah masuk bulan 7 la!! Ceh, apa yang dia excited sangat pun tak tahu lah. Sebenarnya kalau boleh tak nak masa berjalan. Tak nak habis tahun ni. Banyak kenangan. Ecewah, merepek aku. :P
Okey sebenarnya aku nak review novel. Novel ni aku ambik masa yang agak lama untuk habiskan. Bukannya sebab apa, aku selalu tak ada mood aje nak membaca and tambah-tambah tengah sakit sekarang memang tak terbaca lah jawabnya. Akhirnya, habis jugak novel ni aku baca.
SR Publication
Siti Rosmizah
SM: RM37.90
S/S: RM40.90
SINOPSIS
"Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah org tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar Tuhan panjangkan umur Abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari Abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!'
Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Berlagak! Sombong! itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara, dan kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Danial Hakim harus menjadi milinya!
"Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya. sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!" Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan Tuhan tiada siapa boleh menghalangnya.
"Saya akan bertanggungjawab, Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya." Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti!.
"Kau ingat aku nak percaya lagi certa bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakankau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu kepada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya.
Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti.
Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Berlagak! Sombong! itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara, dan kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Danial Hakim harus menjadi milinya!
"Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya. sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!" Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan Tuhan tiada siapa boleh menghalangnya.
"Saya akan bertanggungjawab, Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya." Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti!.
"Kau ingat aku nak percaya lagi certa bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakankau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu kepada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya.
Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti.
Hah, menarik tak sinopsis dia? Aku nak ambik sinopsis yang pendek-pendek aje tapi macam tak best pulak. Novel ni ada 1165 mukasurat tau. Novel SR memang tebal-tebal belaka dan tak rugi membacanya sebab ia bukan sekadar novel tapi sebuah cerita kehidupan yang boleh dijadikan tauladan bak kata SR.
Bagi aku novel ni nak dekat sama macam novel 7 Hari Mencintaiku sebab ada perempuan yang berlagak gila nak mampos. Intan memang ngek ngok gila. Aku rasa nak terajang je muka dia. Namun di peretengahannya, Intan mula insaf dan konflik lain menjelma.
Tetapi kata SR minta jangan dibandingkan dengan novel-novel beliau yang lain sebab setiap novel beliau ada kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Okey, untuk watak hero dalam novel ni tak berjaya masuk dalam carta hero terbaik dalam hati aku. HAHAHA -pulon-
Apa-apa pun Daniel dan Intan masing masing ada ego dia yang tinggi. Dua-dua keras kepala dan sesuai sangat letew jadi laki bini. Konfliknya memang sesak dada dan kecewa sangat lah kan. Tapi bila peleraiannya, rasa seronok dengan Daniel yang romantik dan Intan yang manja. Daniel sampai sanggup pergi New Zealand tiap-tiap minggu. Amboih!
Watak yang aku suka dalam ni, Abang Is and Iman yang comel comel comel sangat!!! Iman manja dengan papa dia, comel aku geram gila woi!! Abang Is pulak dia baik macam Khuzairi and I love him. Tapi sayangnya, sesuatu terjadi pada Abang Is. Apa dia? Baca sendiri lah.
Overall, nak kasi berapa ya? 4/5. Tahniah diucapkan untuk Siti Rosmizah atas karyanya yang terbaru dan penuh dengan tauladan ini. Moga SR terus menghasilkan karya-karya yang terbaik pada masa akan datang. Apa-apapun novel SR memang tak akan lekang dengan air mata. Mesti akan ada part yang meruntun jiwa dan tolong sediakan tisu sebelum banjir ya? ;)
Penulisnya macam Sharifah Aini tak?
:D
Kakak saudara lia ade ckp ttg novel ni. konfem die akn beli punye -_- haha. lia bru bce andai itu takdirnya dgn lafazkan kalimah cintamu. mmg best. kalau boleh, nk bce sumee XD
ReplyDeletebaca baca. kita kasi support sikit. hehe. :)
DeleteAssalam sis..sy mencrik buku ni dah lama,,g popular plak asik out of stock..if nak letgo,let me know ye..0132214413..ni no sy..
Deleteyumida suka hasil karya siti rosmizah ni
ReplyDeleteklo sedih..memang sedih betul2
sambil baca..sambil meleleh air mata
hah tu la. siti rosmizah ni memang pro bab bagi orang nangis ni. :D
Deletestuju... kalau tak sedih tak best la... maaflah tak kan nak baca ombak rindu.. saya rasa mcm baru abis SPM saja...bukan membezakan dan memperkecilkan kebolehan penulis laen,cuma jalan cerita SR tak jenis ringkas,tapi meleret dan teliti. jadi org lebih hayati... mmg SR power bab Sedih2 nih.. sambil baca psang lagu sedih2 perlahan2.. best la... :)
Deleteselamat membaca :) ending dia mcm mn??
ReplyDeleteof course la happy ending. :)
DeleteAkak tak suka sangat novel 7 Hari Mencintaiku. Sebab akak rasa macam meleret-leret & perempuan tu tersangat kurang ajar dengan suami dia. Tapi yang ni macam best je. Nanti nak beli la. Hekhek~
ReplyDeletebest sgt curi curi cinta nie
ReplyDelete1st time karya RS yg sy bce "takdir itu milik aku" mmg best...menangis wooo bile bace...huhuu... :p & karya yg lain2 otw tgh cari...ape2 pon RS karya anda mmg t'baik..!!! :)
ReplyDeleteSume karya SR dah baca. CINTA KAU DAN AKU, ANDAI ITU TAKDIRNYA,7HARI MENCINTAIKU, LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU dan TAKDIR ITU MILIK AKU (x berapa best sangat.yg len best) CURI CURI CINTA gerenti saya beli !!
ReplyDeleteSusah lah nak cari novel ni , ritue cari kat popular . Tak ada lagi . Sedihh betoi ! :'( tentu best . Novel yng SR buat semua dah ada kcuali novel ni je , mcm mne nak dpt kn ye ?
ReplyDeleteOh, boleh dapatkan secara online di laman srpublication.com.my.. :)
DeleteAd da ka nvel tuh
ReplyDeleteNovel ni mestilah ada. Hihihi.. :D
Deletenovel ni bila kuar ea...cari2 xjumpe pon...
ReplyDeleteSaya tak pasti pula bila diterbitkan, tapi yang pasti sudah ada di kedai-kedai buku. Mungkin belum sampai di kedai buku agaknya.. Hari tu mula-mula saya cari tak jumpa juga, tapi lepas tunggu for a few days, dah ada di bookstore. Kalau tak jumpa juga, bolehlah beli online di srpublication.com.my! :)
DeleteBest...
ReplyDeletememang best la novel ni!
ReplyDeleteNovel ade kekuatan tp agak meleret dan monolog yg ditulis terlalu panjang but overall just o.k. 3/5
ReplyDeletesy tak pernah miss 1 pun novel SR... dan sy angkat SR sebagai PENULIS NOVEL TERAGUNG dalam MALAYSIA sbb karya dia mmg A+++++!!! sepatutnya karya dia yg banyak dibawa ke LAYAR PERAK... sorry kalau nak dibandingkan dgn penulis laen yg karyanya sudah ke Filem,Drama... sy rasa Novel SR jauh lagi best... aper pun sy mmg tak kan miss hasil kerja dia... dan termasuklah Novel Karya yg bernaung di bwh SR publication seperti Bidadari salju pun still tak bleh beat SIFU kak SR jgak... mungkin sbb terlampau pengaruh dgn Novel SR sampai terbawak2 kepada kehidupan... apapun bermulanya dri Andai Itu Takdirnya sampailah Takdir itu milik aku.. ttp tiada saingannya...
ReplyDelete-Bob CR-X
macam best je. macam nak beli je.. hehe.. semua novel SR saya dah baca tapi yang nio belum lagi.. terbaik !!
ReplyDeletenak novel.. tpi tak prnh jumpa :( selalu je habis
ReplyDeletetebal tak tebas .. janji habis ye dikk... hahhaaa
ReplyDeletebaru dpt beli..
ReplyDeleteMemula baca macam xde aura sbb hampir menyamai novel 7 hari mencintaiku... tp tetap troskan pembacaan... tetiba dapat rasa satu demi satu kelainan... sampai meleleh air hidung punye feel... setakat ne xde lagi novel SR yg mengecewakan... part sedey mmg macam bijik saga la mata... part kelakar maw org kata gila sbb ketawa berdekah2!!!
ReplyDeleteApapon SR tetap novelis pujaan hati... harapnya akan tros berkarya dan menghasilkan karya2 yang lebih hebat!!!
Keep it up sis!!!
Tgk drama curicuri cinta..mmg tak sabar nak tahu apa yg terjadi..novel ni thn 2013ke?skrg dah 2019 baru tahu novel ni best..lambatnya sy tahu psl novel ni.di kedai buku mana ada novel ni ye.teringin nak baca..nak tahu endingnya😊
ReplyDeleteBetul awak, terbit tahun 2013. Saya rasa di semua kedai buku ada.. MPH, Popular dsb. Saya beli novel ni di Hassani Bookstore. :)
Delete