Masih ada orang baik di dunia ini!

20/7/13




Assalamualaikum...


Pejam celik pejam celik sudah 20 Julai. Sekejapnya masa berlalu kan. Rasa macam baru semalam je masuk bulan Julai. Apa apa pun selamat menyambut ramadhan. 


Sebenarnya, aku tiba-tiba terasa nak cerita pasal orang baik. Ada orang cakap, "mana ada orang yang baik dah sekarang ni", "semua orang sama aje. tak ada yang hati murni langsung". Kadang-kadang aku pun termasuk sekali dalam golongan orang yang cakap macam tu. Tapi aku rasa sebenarnya benda tu salah.


Walaupun sometime kita tengok someone tu dia tak baik atau dengan kasarnya dia jahat, mesti ada sisi baik dia. Kalau dia tak ada sisi baik pun, mesti dia ada keinginan untuk jadi baik walaupun sekelumit. Betul tak?


Cuba kita fikir, masa kita jatuh ada tak orang yang memberi sokongan untuk terus bangkit. Cuba kita fikir, masa kita kena bash atau kutuk masih ada tak orang yang setia di belakang kita supaya kita tak down. Cuba kita fikir, masa ada orang membenci kita ada tak orang yang tetap menyayangi dan menyokong kita.


Masih ada kan orang yang setia dengan kita, orang yang sentiasa menyokong kita dan orang yang sentiasa sayang kita. Tak boleh lah kalau ada segelintir orang yang buat salah, kita terus kata yang tak ada orang baik pun dalam dunia ni. Orang baik masih ada.


Beberapa hari lalu memang meletop-letop pasal Puteri Awani yang comel tu kan? Berapa ramai orang bash dia? Kesian kan. Tapi, masih ada yang menyokong dia. Mungkin kita rasa meluat gila dekat dia sebab baru couple seminggu dah macam ayam bertelur sebiji riuh sekampung. Betul tak? Tapi bukan semua yang menjatuhkan dia. Bukan semua yang kutuk dia teruk-teruk.


Aku tengok masih ramai yang beri kata nasihat dengan cara yang baik, ramai yang beri kata semangat pada dia. Maknanya, masih ada orang yang berhati murni lah kat dunia ni. Kan kan kan. 


Pinjam gambar kejap ya sis Awani. Sis comel!


Janganlah bash dan kutuk dia teruk-teruk. Kesian la kat dia. Semua orang buat silap dalam dunia ni. Kalau jadi kat kita, apa kita rasa? Apa-apa pun, sis ni girl yang kuat. Kalau aku, dah lari menyorok bawah meja tak keluar keluar dah kot. Haa, nampak tak? Eh, tiba-tiba keluar Puteri Awani dah kenapa? Tak.. cuma nak kata yang walaupun ramai yang bash dia atas perbuatan dia tu tapi masih ramai yang berada di belakang dia. :D




6 comments:

  1. Ramai lagi orang yang kat dunia ni...yang penting kita kena jadi baik supaya berjumpa dengan orang yang baik-baik belaka insya Allah...comel jer orang dalam gambar tu...sweet sangat2 :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel kan sis tu. betul, kita kena jadi baik supaya jumpa dgn org baik2 jugak. :D

      Delete
  2. betul tu,orang yang baik dan hati murni pun masih banyak lagi :)

    ReplyDelete
  3. kesilapan tak disengajakan.. biarlah dia belajar dari apa yang dah dia buat...

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤