Kenapa tak handsome tapi suara sedap?

21/7/13


Okey aku obses sangat dengan kucing sampai entry ni pun aku letak gambar kucing. K, nevermind.


Aku terasa yang sejak menjak ni aku selalu tulis tajuk entry panjang-panjang. Kononnya macam best la sangat kan? Puiiih. K, dah. Sebenarnya anda perasan something tak??? Perasan takkkkk.. PERASAN TAK!!! Lempang sekali boleh tak?


Okey, kamu sadar nggak bahwa ramei bangat band pria yang nggak ganteng tapi punya suara yang merdu bangat gitu? Kamu ada pikirin nggak mengapa? Okey, sorry kalau annoying sangat Indon hako.


Tak apalah kalau tak faham apa aku tulis atas tu, meh nak explain. Hampa sedar tak yang ramai sangat band laki yang tak handsome tapi ada suara yang sedap sangat gitu? Ada fikir tak kenapa? Pahang dok?


Aku perasan ramai band lelaki yang muka macam mat rempit tapi suara... Amboiii mak. Syok dengornye. Berkali-kali repeat video kau. Hits video dia pun sampai berjuta-juta. Jadi jawapannya kat sini, walaupun tak handsome tapi Allah bagi mereka keistimewaan yang lain. Haa, betul tak?


Kadang-kadang Allah bagi seorang hamba ni kekurangan pada satu benda tu, tapi Allah bagi keistimewaan pada bahagian yang lain. Jadi, Allah itu maha adil. Al-Adl. Jadi bagi kita yang rasa diri tu kekurangan, cubalah fikir kita juga ada keistimewaan tersendiri yang mungkin tak ada pada orang lain. :)


Jadi, inilah serba sedikit tazkirah ramadhan kita yang kesimpulannya ialah kita sebagai hamba hendaklah sentiasa bersyukur atas nikmat Allah dan sedarlah bahawa Allah itu Maha Adil. Tetiba je aku ni? Hihik.

***

Masuk part lain pulak. Masuk bulan ramadhan ni keinginan aku ni macam-macam sikit. Bukan nak makanan tau. Tapi nak benda yang tak boleh makan tapi memberi ganjaran pahala yang banyak. Haa, gitu. Ni haa bendanya...





Comel sangat!! Bagus orang yang cipta Quran Pelangi ni sebab menarik perhatian orang untuk membaca Al-Quran. Kita tengok pun sedap mata memandang kan dan lebih excited, semangat, tertarik semua benda lah. Aku nak beli satu tapi tengok kat Facebook macam banyak yang dah habis stok je yang macam Dian Pelangi punya tu. Jadi sesiapa yang tahu page yang masih ada stok Quran Pelangi yang macam Dian Pelangi punya, silalah beritahu. Atau sesiapa yang jual bolehlah jual kat aku atau sesiapa yang murah hati boleh belanja aku terus. Haa, macam tu. :D




Lagi satu nak ni!!! Camera Casio Exilim ZR700. Macam best aje aku nengoknye. Okey benda ni tak bagi pahala pun tapi aku teringin satu! Camera macam ni dia gambar cantik dan serupa macam DSLR aje tapi tak gedabak macam DSLR. Kat rumah aku ada dah sebijik DSLR tapi tak suka sebab berat gedabak malas sungguh nak mengangkatnya. Tapi kalau saja-saja rasa macam nak berlagak professional, kita boleh angkat DSLR walaupun kita tak tau apa-apa pasal DSLR cuma tahu click aje. Haa, macam itu.


K, dah. jom chow.

5 comments:

  1. al-quran tu memang cantik kan,sis pun teringin nak satu jugak taw.kamera tu pun sama jugak best.huhuu!:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan. hmm.. jom kita bodek orang suruh belanja nak. -kedekut duit sendiri nak membeli. eheheh. :D

      Delete
  2. Cantik sangat al-Quran tu :-) sweet jer...nak baca pun bersemangat...kreatif betulla orang yang create tu...

    ReplyDelete
  3. org tak hensem ni memang suara depa sedap.. ^_^

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤