Dulu Aku Obses Dengan Barbie


25/7/13






Helo helo helo. Aku sedang menaip entri di tengah malam buta ni. Mesti ramai yang dah tidur tapi bagi aku pukul 12 malam adalah untuk kahnak-kahnak tidur dan cinderella pulang ke rumah ibu dan kakak tirinya. Apa aku merapu ni?


Haa.. Untuk girls di luar sana mesti ingat lagi masa zaman hingusan kita suka sangat dengan Barbie ni kan? Aku masa zaman budak-budak ketot dulu obses gila dengan Barbie ni. Segala Barbie doll, segala note book Barbie, segala beg Barbie, segala sticker Barbie, segala stationery Barbie, segala selimut Barbie, segala payung Barbie, segala datok nenek Barbie aku beli. Seriously aku habaq. >.<


Haa.. Kalau aku nampak tu tu tu tulisan barbie yang gedabak di shopping mall aku akan terjah!


Kalau nak tahu kalau pamphlet Toys R Us sampai rumah aku aje, aku akan godek di bahagian patung-patung Barbie dan aku akan pilih satu dan aku akan ajak parents aku pergi beli dekat Pacific atau Queensbay. Cubalah hampa fikir sendiri berapa banyaklah duit parents aku belikan aku mak nenek Barbie ni. >.<


Apa-apa sahaja yang berkaitan Barbie yang ada gambar Barbie seketul aku akan suruh mak aku belikan atau aku tak suruh pun mak aku dah tanya 'nak ke?'. Nampak tak? Aku seriously kalau ingat balik, aku rasa waste of money wei untuk menatang tak berfaedah ni!!!! Kesian parents aku yang dah terlalu banyak habiskan duit untuk belikan Barbie untuk aku.


And satu lagi, aku masih ada laptop bebudak yang Barbie punya. Haa.. Nampak tak keobsesan aku pada Barbie tu? Barbie dolls aku yang melambak segala Maripossa, Rapunzel segala macam semua tu aku tak tahu ada kat mana sekarang maybe mak aku dah sedekahkan dekat anak kawan dia. Lagipun aku takut dekat depa bila malam-malam. Mak aku selalu kata patung boleh hidup jadi aku perosokkan depa dalam almari. Oh noooo! -.-




Cuma satu aje yang masih kekal kat aku sampai sekarang. Aku still tengok Barbie movies. Suka tengok. Eh, jangan ingat apa eyh orang dewasa pun ada tengok cerita Barbie lah. And kita boleh lah improve our English. Sambil tengok sambil belajar, tak gitu? Learning process is everywhere. Ecewah aku pulon apa ni?







Ahaha.. Barbie characters dalam movies semua muka sama aje aku rasa. Apa-apapun depa tetap cantik dan comel. Dulu kalau ada budak laki yang usik-usik sebut Barbie tu as 'menatang' tu kan.. aku emo gilos tapi tak la mengamuk pun. 


Macam mana pun, lama kelamaan bila meningkat usia ni akan hilang sendiri perasaan obses dekat cik Barbie tu. Kalau ada anak-anak cik puan kat rumah tu yang gilakan Barbie macam saya, janganlah risau sebab nanti mereka dah besar nak pegang Barbie pun dah malu. Haa, tak caya tunggu aje lah.


Nasib baik aje aku tak gila sangat dekat Barbie sampai nak buat surgery ubah muka jadi macam Barbie. Tak ke naya kalau cenggitu? Maknanya aku masih waras. Ahaha!


SEKARANG AKU BUKAN MINAH BARBIE, YEAY FREEDOM!!!!! -pulon

9 comments:

  1. sy pun smpai skrg tgk lagi cita barbie 2.. ske tgk lmah lmbut dia 2 . haha

    ReplyDelete
  2. heheheee...barbie memang comel kan?sweet aje...

    ReplyDelete
  3. HAHAHA . . sma laa . . dlu selalu sgt maen menatang tuu :D
    bila dah besar sket rse bodoh pulak maen benda tuu . . mueheheh
    akak pn ske jgk tgk cter barbie ni
    comeyy tau :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. bila dah besar sikit mmg rasa macam bodoh aje main benda alah tu. ahaha! XD

      Delete
  4. Haha.. yelah. Barbie kan comelz.. hhehe

    ReplyDelete
  5. sally sampai sekarang suka barbie...tp xdela smpai obses...suka tgk baju dia yg byk fesyen tu...

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤