Malunya bila tersalah orang!!

6/7/13




Ya Allah.. Pernah rasa tak malu sebab tersalah orang? Aku dah terkena banyak kali and malu pun mestilah rasa banyak kali jugak kan.


  •   Tersalah pegang baju orang
Aku ingat lagi masa tu aku pergi Alor Setar dengan family aku and jalan sebab nak beli baju raya kot. Aku dengan family masuk satu butik ni. Masa tu aku kecik lagi dalam 5 or 6 tahun. Orang butik tu suruh mak aku try satu baju ni and mak aku try la. Aku lepaskan  lah baju mak aku sebab mak aku nak try baju kan.


Then, aku pegang baju orang lain sebab aku ingat mak aku. Aku dengar yang abang-abang aku panggil aku then aku toleh tapi pandangan aku macam kelabu tau. Macam tak nampak orang. Aku ikut aje la orang tu tanpa sedar yang tu bukan mak aku!! Orang tu pekerja butik tu.


Aku tengok kawan orang yang aku pegang tu dok cakap dengan 'mak' aku tu. Aku pun pelik macam mana dengan mesranya orang kedai ni boleh bersembang dengan 'mak' aku ni. Siap panggil 'zah' lak tu. Aku tanpa syak apa-apa pun dok tertoleh-toleh sebab pelik kenapa yang orang kedai tu dok tunjuk-tunjuk kat aku kan. Lepastu aku tengok depan and yeah mak sebenar aku panggil aku and yeah lagi sekali aku baru sedar yang aku dah salah orang! Aku sangat malu sebab aku boleh ikut pekerja butik tu sampai ke luar. Even masa tu aku kecik aku boleh ingat lagi la benda yang memalukan tu. Tambah tambah bila abang-abang aku yang 'mithali' tu gelakkan aku kan. :'( sobs


  •   Tersalah telefon orang
Aku nak call kawan aku tapi kawan aku tak angkat. So, tak apa lah kan aku akan retry lagi sekali nanti. Aku letak lah balik telefon rumah kat tempat dia. Few minutes later.... Aku pun pergi ambik telefon tu dan tekan recent dial number dan tanpa ragu ragu terus tekan call and ada orang laki angkat. Aku pun cakap lah 'Nadirah ada?' yang laki tu pun dok huh? huh? siapa dia? lepastu dia letak. Okey, aku sebenarnya baru tersedar yang tu number kawan abang aku. Malunya MasyaAllah! Aku ingat lepas aku call kawan aku tu tak ada siapa guna telefon rumah.


  •   Tersalah usha orang
Okey benda ni baru berlaku tadi dan benda ni jugak yang mencetuskan idea untuk aku tulis entry ni. Aku ingat abang aku dah pergi tuition. Aku keluar sebab sidai kain and aku nampak kat pagar belakang rumah aku ada motor and orang tu cerah cerah and dia tengok aku. Aku pun tengoklah dia dengan muka berkerut-kerut sebab aku ingat tu abang aku. Aku siap usha banyak banyak banyak kali sebab aku ingat abang aku!! Mesti dia ingat apa kan? >.<


  •   Tersalah jantina
Aku ada BW kat satu blog ni. Aku nampak nama dia dan aku ingat dia perempuan. Nama tu aku pun tak tahu lah nak kata macam perempuan ke tidak tapi entah kenapa masa tu aku tanpa ragu-ragu boleh tinggalkan jejak kat blog dia kata 'hi kak! sy dtg singgah dan follow di sini'. Lepastu dia pun membalas jejak aku dan dia kata 'saya bukan kakak. saya abang.' MasyaAllah!! Aku rasa hadoii malunya even tak nampak muka pon but aku rasa dia macam marah. Saya minta maaf ya bang ya. Haihh.. Kena lebih hati-hati dan kena tengok betul betul siapa ownernya bila berblogwalking. >_<


   Sebenarnya ada banyak sangat peristiwa tersalah orang dan termalu dengan orang ni tapi juling pulak mata bila baca entry panjang panjang kan? Aku pun rasa macam dah panjang sangat entry aku ni tak? Apa apa pon nasihat aku just be careful lah ye? :D


6 comments:

  1. awak pun pernah salah telefoon orang. tak apa.

    ReplyDelete
  2. Akak pernah kot tersalah bercakap dengan orang. Masa tu akak dengan member akak dok pilih2 baju kat satu kedai ni. Selamber je akak tanya orang kat sebelah akak tu. Ingatkan kawan akak. Tak perasan pulak yang dia dah pergi kat bahagian lain. Malu gilaaa >.<

    ReplyDelete
  3. hahah saya pun pernah alami jugak kelakar bila difikirkan

    ReplyDelete
  4. Sekurang2 ad pengalaman yg berharga.. ye tak?
    Hehe.. salam blog walking...

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤