Assalamualaikum....
Haa... Nak update pasal pore strip pulak kali ni. Ini first time aku pakai pore strip. Excited! Nak buang blackhead (tak banyak pon)! Mengada je lebih aku ni nak pakai benda tu. Aku pakai benda tu then biar sampai dia kering, macam biasa orang pakai la kan....
Lepas dah kering tu, nak cabut kan... Serious sakit nak mati. Air mata aku keluar meleleh-leleh. Sakit gila!!! Menangis tak sudah. Last sekali dapat lah aku cabut benda tu dengan air mata yang mengalir dan mata yang merah hingus meleleh. Wkwkwkwk. Sakit kak sakit!
Cabut benda tu, bukan ada benda melekat atas tu pon. Ke mata aku yang rabun??? Actually, hidung aku ni bukan la benda blackhead tu bermaharajalela banyak banyak pon. Aku gatal je nak pakai. Tapi, aku akan tetap pakai pore strip tu jugak even aku terpaksa menangis sebab aku benci blackhead! Keh keh.. Mengada betol.
Itu aje lah nak share. Saja je nak bagitahu benda tu sakit macam nak mati. Aku tau kau pon mungkin pernah pakai kan? Masa cabut tu, sila bandingkan sakit tu dengan sakit mak nak bersalin. So, hilanglah sikit kesakitan cabut pore strip tu. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan ibu bersalin dan dengan orang nak meninggal kan? :)
Dah.. Bye. Sentiasa Love~
No comments:
Post a Comment
❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤