Assalamulaikum...
Yey! Esok cuti! Yey! Bulan ni rasa lambat sangat nak jalan tu pehal? Lu pehal? Lu pehal? Mungkin aku dah terkena simptom simptom nak gila. Mungkin sebab PBS? Mungkin sebab aku memang tak berapa nak betul. Apa apa saja lah. Yang penting, hari ni aku nak share kenapa aku suka beli novel.
Aku suka beli novel sebab pertama, aku suka membaca. Tapi, kadang-kadang mungkin family aku agak musykil dengan aku ni sebab kat dalam internet boleh baca jugak kan cerita-cerita something kan. Yang berjela-jela panjang kat internet tu, aku boleh baca kan? Tapi kenapa nak beli novel yang membuang duit tu?
Watch your mouth baby. Sapa cakap beli novel buang duit aku cili mulut tu kang baru tau. Okey, kalau aku baca cerita yang kat internet tu kan, tak ada rasa kepuasan di dalam hati. Ecewah. Tapi serious, aku tetap akan beli novel even ada full story dia kat dalam internet. Sebabnya, aku tak akan puas hati dengan pembacaan aku kat internet tu. Tak ada feel weyh!
Kalau baca, aku mesti kena pegang buku. Tak best bila baca dekat something yang kita tak boleh nak pegang. Kepuasan kunci utama kehidupan. Apa ni?
Lain-lain sebab aku suka beli novel, bila aku baca novel aku akan berangan. Oh, indahnya dunia kalau ada orang macam Ezroy! Oh indahnya dunia kalau jadi Noorul. Oh, indahnya dunia kalau itu. Oh, indahnya dunia kalau ini. jadi, untuk happy kenalah baca novel. Kalau kau suka berangan, sila berangan masa baca novel. Macam aku, aku akan berangan yang watak dalam novel tu betul-betul ada.
Kalau nak uji hati lembut ke tak, bacalah novel. Dalam novel, mesti ada bab sedih dia kan. Jadi, kalau kau nangis kau memang ada hati yang lembut. Kalau tak, hati kau memang K E R A S. Agaknya lah kan... Bukan betul sangat apa aku ni. Dan lagi satu, untuk uji orang yang tak ada perasaan ke tidak. Kalau baca novel diam je, tak senyum tak sedih tak ada rasa langsung tu susah la...
Apa lagi? itu lah serba sikit tentang kenapa aku suka sangat dengan novel. Kenapa aku beli novel. Kaki kaki kaki novel. Bosan kan dengan aku? Novel je kerja. Suruh baca buku ulangkaji tak nak. Ini lah orang yang nama dia Niena. Dah.. Salam.. -Sentiasa Love-
No comments:
Post a Comment
❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤