Hari Kantin. . . . ;-(

Assalamualaikum salam malam jumaat. Hee XD



   Ouh! Cott.. Sekarang ni dah masuk pukul 12.15 erk? Kiranya dah jumaat lah ken? Eh, tak apa. Tak apa. Tak kesah. Aku tak ngantuk. Mata masih bolat macam guli dan bersinar macam mata kucing. Hehehe.. Bosan ouh. Eh, dah 12.17? Cepatnya. 2 minit sudah merapu. Satu perenggan pon dua minit ambik masa.



   Oklah. Mari straight to the point. Tajuk aku 'Hari Kantin. . . . ;-(' <-- eh ada muka sedih pulak? Bukan kalau hari kantin muka kena macam ni ke :D ? Tapi, aku tak. Serious aku rasa sangat tak best hari kantin kat sekolah aku. Untuk pengetahuan, ini tahun pertama aku menempuh hari kantin kat sekolah aku. Eceehh. Serious aku rasa tak ada apa dan tak syok.



   Awat wey? Awat wey? Awat tak syoknya? Makanan dia biasa biasa saja. Lepastu, tak ada apa-apa game ke apa ke tadi. Yang adanya, cabutan bertuah (something normal), persembahan. Boringgg!!!! Aku tak snap even single snap. Aku bawak camera sebabnya ingat nak snap dengan kawan-kawan aku. Tapi, satu haprak pon tak ambik. Kawan aku pon aku tak tau kat mana. Boringnya...



   Lepas dah lenguh punggung duduk dekat dewan, aku dengan Nadirah pergi masuk kelas. Kat kelas, lebih aman dan damai. Ecewah. Disebabkan tak ada orang dekat dalam kelas, aku buat kelas tu macam aku yang punya. Boleh cakap kuat kuat. Gelak terguling-guling. Hakikatnya memang aku duduk dekat kelas aku ponnn.. Aishh..



   Aku mengumpat orang. Bangga erk mengumpat? Dosa tau. ;) Tak.. Aku tau... Tapi, aku tak puas hati dekat budak tu. Dia serious menyakitkan hati aku. Jadi, minta maaf aku termengumpat jugak. Lepastu, gelak hentak kaki, guling-guling sampai lenguh mulut. Bila sedar ada orang dekat kelas sebelah mula la nak malu sendiri.



   Aku tak reti macam mana nak bagitahu yang hari kantin tadi tak syok. Nak bagi bukti, bukti apa kan? Melainkan, hampa sendiri ada dekat sekolah aku. Bosan gila. Next year, tak nak pergi! Suka hati lahhh. Sapa suruh kecewakan hati aku. Eceehh.. Tapi iya apa. Kan? Sebab tu, janganlah kita kecewakan orang walau sekali sebab untuk the next time orang dah tak percaya kat kita. (sempat lagi advice). hewhewhew.



   Dah lah! Penat. Jap. 12.27 dah. Lamanya aku ambik masa untuk tulis post ni. Iye tak? Bye!!

No comments:

Post a Comment

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤