Kenapa Jodoh Saya Tak Ada?

1/3/14




Assalamualaikum and evening loves❤!


Hey! Mengantuk pula rasa petang-petang begini tambah-tambah sekolah ganti pula hari ni. Letih and rasa lain macam sebab selalunya cuti kan. Haih, so kay so kay. Meh sini nak cerita dengan loves semua pasal sesuatu yang aku rasa menariknyawww!!




Fuyooo, terkejut iolls dengan comment ni. Comment ni on Perlukah Cantik Sepertinya 2.  Siapalah agaknya cik anon ni. Baik, sebelum aku menulis panjang-panjang ikut suka loves sekalian nak terima atau tidak memandangkan aku hanyalah budak yang lagi 14 hari nak masuk 15 tahun! Walaupun umur belum cukup 15 tahun tapi aku tak adalah tak faham perasaan cik anon dan aku bolehlah mengerti rasanya walaupun aku ni sangat muda dan sangat jauh untuk berfikir tentang jodoh.


Satu lagi sebelum aku menulis aku jugak ada cari bahan di google untuk aku muntahkan di sini memandangkan aku pun bukan ada pengalaman yang luas. Mungkin juga kerana aku sebenarnya tak layak pun untuk bercakap soal ini tapi just share apa yang aku tahu sikit-sikit boleh kens? Hehe...

1. HATI

Pertama tama sekali lihat pada hati kita. Kadangkala jodoh itu lambat sampai disebabkan oleh hati kita yang tak bersih. Contohnya ada berdengki dengan orang dan selalu marah pada orang lain. Seperti yang aku baca, kita ni macam ada magnet yang ada powernya. Jadi untuk tingkatkan power dia, perlu ada cas positif untuk menarik orang lain. 

Jauhi perkara-perkara yang ditegah. Jangan lakukan perkara-perkara mungkar yang akan kotorkan hati kita seterusnya menyebabkan kita ni susah nak dapat jodoh.


2. FAKTOR METAFIZIKAL

Faktor metafizikal ni maksudnya macam terkena sihir, buatan orang dan sebagainya. Kadang-kadang benda-benda ni memang berlaku cuma kita kadang-kadang kita sendiri macam tak tahu nak percaya atau tidak kan. Oleh itu, nak menghapuskan benda ni kalau kita ada benda ni cubalah pergi rawatan dan lakukan sesuatu untuk buang. Banyakkan dekatkan diri denganNya.


3. BELUM BENAR-BENAR BERSEDIA

Biasa sudah kita dengar begini kan. Kadang-kadang kita rasa kita ni dah bersedia sangat-sangat memandangkan usia kita yang memang bila dengar tu saja pun dah macam wajib sangatlah bersedia berkahwin. Mustahil gitewww tak bersedia.

Namun, betul ke yang sebenar-benarnya kita dah bersedia? Kadang-kadang kita rasa macam sudah tapi sebenarnya tidak. Mungkin bila kita berkahwin, pabila diuji sedikit kita mudah goyah. DIA lebih tahu segalanya.


4. TIDAK/KURANG BERUSAHA

Mungkin juga kerana diri kita tidak berusaha ataupun lebih sedap kurang berusaha. Selalu kita dengar, jika ada lelaki soleh yang kita berkenan masuklah meminang. Tak semestinya lelaki yang kena meminang perempuan. Siti Khadijah meminang Rasulullah. Cubalah dahulu. Andai kata ditolak pastinya jodoh kita bukan dengan dia dan sebenarnya kita telah ditetapkan dengan yang lebih baik.

Ataupun kalau malu berjumpa dengan keluarganya, cuba luahkan isi hati kepada dia yang kita berkenan itu. Dan kalau malu juga untuk luahkan sendiri, gunakan orang tengah! :)

***

Baiklah, itu sedikit sebanyak yang aku boleh hurai berdasarkan isi yang diperoleh dari internet. Kalau tidak bersetuju, maafkan aku kerana ini hanya pendapat aku.


Aku balas komen cik anon yang berbunyi:

Jika Allah tak menemukanmu dengan jodohmu di dunia, yakinlah cik anon akan bertemu dengan jodoh yang terbaik di syurga nanti janji cik anon sentiasa bersangka baik pada Tuhan dan lakukan yang terbaik untuk kehidupan yang kekal di sana. Mungkin juga cik anon akan bertemu dengan dia nanti. Kita tak tahu perancangan Dia.. :)

Yang penting juga, sentiasalah jaga diri sendiri kerana orang selalu kata jodoh kita sebenarnya tak jauh dari kita. Selalulah persiapkan diri untuk jadi yang terbaik andai kata jodoh kita ada di sekitar kita. Oh, cik anon kata sebab cik anon tak cantik ya? Sebenarnya bukan. Orang kurang sempurna juga ada jodohnya sendiri kenapa boleh cik anon kata cik anon tak bertemu dengan jodoh cik anon disebabkan cik anon tak cantik?


Cik anon tolong jangan berhenti berharap dan bersangka buruk padaNya. Dia lebih tahu segala-galanya. Jangan kita pertikaikan. Jangan berhenti berdoa dan ikhtiar dan juga jangan berhenti jadi yang terbaik. Jodoh cik anon pasti ada sama ada di sini atau di sana nanti. Percaya cakap saya! Benar, aku bercakap memang senang. Tapi, aku boleh faham perasan cik anon.


Cik anon, pssstt..... Saya doakan cik anon bertemu dengan jodoh yang terbaik yang sudah tertulis untuk cik anon. Saya doakan cik anon terus tabah jika dalam waktu terdekat ini belum bertemu dengan dia. Cik anon, sebenarnya dia tengah naik kura-kura untuk sampai pada cik anon. Sebab itu sedikit terlewat. Doakan dia berjaya tiba di destinasi dan bertemu dengan permaisuri hatinya nanti. La tahzan cik!

















Apa-apa sahaja sebenarnya berbalik pada hubungan kita dengan Allah dan manusia. Hablumminnas dan hablumminallah! Jaga kedua-duanya pasti yang lain juga akan dipermudahkan! :)


Sini dengar lagu lagu sikit! :D








Ya Allah,
Jika benar dia untukku,
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku...
:)


Mari Terjah Entry Terbaru!:

41 comments:

  1. hehe comel je adik tulis entry pasal jodoh..haaiiippp tak cukup umoq lagi hehe..betul apa yang adik tulis tu...mcm cik anon tu mgkin umur dia dah meningkat dan masuh belim ada sombady special, jadi dia risau. cuma cara cik anon tu kurang betul...xpe, kita sama2 doa smoga kita semua diberi jodoh yang baik2..aminnnn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, itulah kak rasa awkward juga nih sebab umur tak cukup. Kehkeh. Betul, moga kita semua dipertemukan dengan jodoh yang terbaik. Amin.. :)

      Delete
    2. Walau pun tak cukup umur nak cite..tapi memang betullah tu..bersangka baik dgn allah..kalau allah tarik balik jodoh sekarang..dia nak bagi yang rezeki yang lebih baik...dalam bentuk pasangan, anak, pekerjaan, perniagaan..who's know... :) Allah tak zalim..

      Delete
  2. uish macam tu skali di komennye..ya Allah!kena percaya pada qada dan qadar Allah..semua dah ditetapkan..lambat atau cepat je...tapi yg penting percaya yang jodoh maut di tangan tuhan..berdoa dan tawakal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak! Saya pun terkejut juga baca komen dia tu. Ya, kena percayalah dengan qada dan qadar. Kadang2 sesuatu itu kita rasa terlewat kerana diri kita sendiri yang ada faktor2 yang menghalang kan... Ya, doa dan tawakal. Jangan berputus harap pada DIA! :)

      Delete
  3. Mintak mintak dapat jodoh yang baik. yang boleh bimbing. amin =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, amin.. Jika mahukan yang baik perlu jadi yang baik juga! :D

      Delete
  4. kesian jugak akak baca komen anon tu.. moga satu hari nnti Allah akan berikan jodoh kat dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Kesian itu ya tapi tak bolehlah dia menyindir begitu. Berdosa! Kita semua kena percaya kita mesti akan jumpa juga dengan jodoh kita satu hari nanti! Sabarlah...

      Delete
  5. Yes betul. Tips yang bagus untuk si anon. And even, untuk kita semua. Ustazah kat sekolah ckpkan, dari skrg lagi kita kena minta jodoh yg baik drpd Allah. Sebab zmn skrg nak cari laki yang baik ni sangatlah rare.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak! Memang nak cari laki yang baik sekarang ni sangat rare. Jadi kena berdoa saja pada Dia agar dipertemukan dengan yang terbaik! :)

      Delete
  6. Replies
    1. Benar tu kak inani. Hanya Dia yang tahu bila waktu yang tepat untuk kita berjumpa dengan dia. :)

      Delete
  7. woooww....ayat anon tu..terkejut cik..
    Ape2 pon tu sume dari Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn?? Saya lagilah terkezuttt.. Hah itulah. Itu semua dari Allah dan pasti ada sebabnya yang kita sebagai manusia biasa tak akan bisa nampak. :) Ada sesuatu yang tersembunyi dalam setiap yang kita lalui kan cik..

      Delete
  8. sy terkejut bce komen cik anon tu..manusia mmg cepat putus asa..sbnr nya harapan tu selalu ada..selagi kite letak Allah yang teratas . =)

    Jodoh tu rahsia Allah , kalau tak di dunia in shaa Allah di akhirat . ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat dengan kak aisyah! Betul, harapan tu memang selalu ada dan kena percaya pada Allah kerana DIA adalah sebaik-baik perancang. Siapa kita untuk persoalkan mengapa begitu dan siapa kita untuk menyalahkanNYA sedangkan kita belum tahu jalan di hadapan kita yang belum kita lalui.. :)

      Delete
  9. Amboi amboi amboi.
    *cekak pinggang*
    Kenapa otak niena lagi matured dari qila haih.
    Qila sangat loser *angkat bendera putih and pengsan*

    hihihihi. Suka lah ayat niena. Semua baik baik T_T
    Qila jugak lah yg sakai haih.
    Hihihi <3
    Qila tunggu je jodoh qila datang. Hm
    i got tired waiting.... wondering if u were ever coming around...
    My faith in you is fading...
    Eh eh ternyanyi love story taylor swift pulak hihihik.

    :D Romeoo save me hihihi.
    Qila pun paham perasaan anon tu sebenarnya sbb qila gemok bodoh hodoh T_T
    but biar jelah. Biar lah jodoh qila tu je yg tahu siapa diri qila sebenarnya muahahahahahh!!!
    Cantik comel pandai dan kurus hahahah.
    <3
    Thanks niena. :D Love u!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiyoo ama apa.... Mana ada matured pon.. Hehehe, ish mana ada kak qila sakai. Suka sangat tau mengata diri sendiri. Tak baik. No no no! Big NO! Tak mau kata-kata diri sendiri. Kak qila comel! Suka tengok pic kak qila. Dah la putih. Aww, melting tengok kulit dia. HIkhikhik!

      Haa satu hari nanti kita semua akan jumpa dengan seseorang yang tak pandang itu semua! Yakin! :)

      Delete
  10. dasyat komen dya yng ayat last sekali . . terkejut sis baca . . stiap manusia allah dah tetapkan segalanya . kalao bukan jodoh di dunia , di akhirat insya allah ada yang menanti tapi perlulah seiring dengan kebaikan yang dilakukan di dunia baru bleh bertemu yang halal di syurga . kena percaya dan yakin dengan allah cik anon oii . . haish mcm2 manusia ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... Itulah terkejut juga dengan ayat last dia tu. Betul kak, insyaAllah ada yang menanti asalkan kita jaga hubungan dengan Allah! Moga cik anon sedar nanti! :)

      Delete
  11. suka entri ini ..apa pun percaya dengan Allah dalam soal jodoh nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! Betul tu, kena percaya sahaja dengan Allah kerana Dia pasti telah merancang sesuatu untuk kita yang tak tercapai dek akal kita yang kerdil ini! :)

      Delete
  12. Amboiii pandainya dier tulis entry panjang2 pasal jodoh yer...

    ReplyDelete
  13. nice entry niena. betul yang teramat. ade laah tu pe yang tersembunyi dari pengetahuan kita. sungguh, Allah lebih Mengetahui :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Betul tu sis, pasti ada sesuatu yang kita belum nampak.. :)

      Delete
  14. ooo-eym-gee rasa gugur jantung baca komen cik anon tu ._.

    ReplyDelete
  15. akak kurang suka pada ayat dia yang last sekali. seolah2 dia menyalah kan Allah atas segala nya... harap2 boleh lah cik anon tu tukar sikit persepsi dan mula jadi yg lebih baik dan ajar hati utk bersabaq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak.. Saya pun kurang senang dengan ayat dia yang last tu. Dia tak bolehlah nak kata begitu. Betul, moga dia sedar nanti! :)

      Delete
  16. mungkin ini satu ujian dari Allah untuk hambanya,yang penting kena bersangka baik tambah2 lagi dengan Allah.. :)
    insyAllah..Allah tak kan menganiyai hambanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat dengan kak mirza. Kena bersabar dan bersangka baik dengan Allah. Kalau selalu sangat bersangka buruk, buruk ajalah yang singgah pada kita.

      Delete
  17. tangkap feeling kot cik anon nih hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, entah lerr. Agaknya dah lama sangat terluka tu. Moga-moga dia bertemu dengan jodohnya nanti dan moga dia tak bersangka buruk dengan Allah! :)

      Delete
  18. sokong dengan apa yang adik tulis dekat entry ni :) pasal jodoh jangan laa risau ea cik anon :) jodoh kita tu ada , cuma cepat atau lambat . Allah dah plan nak bagi kita semua jodoh yang baik2 yang boleh bimbing kita . inshaAllah :) Ustazah Siti Nor Bahyah ada bg satu doa untk kita smuaa tentang jodoh ni : amalkan Doa Aqasha untuk diberi jodoh yang baik2 . inshaAllah :)

    ReplyDelete
  19. mgkn dia kecewa sbb rakan-rakan dia semuanya berpasangan...kak sally tak rasa benda ni benda yg harus dikesalkan...berapa tahun la umur sekarang? You should look at your life condition before you thing about marriage life..

    Panjang la perjalanan :)

    ReplyDelete
  20. Jangan pertikaikan apa yang Allah dah tetapkan. Jodoh itu rahsia Allah, kalau tidak di dunia di akhirat semestinya ada sekiranya anda beramal hanya kerana mengharapkan redha Allah semat-mata.

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤