Haih, perempuan...

21/2/14


Sekadar gambar hiasan


Assalamualaikum...


Setelah lebih seminggu blog tidak berupdate, sekarang tiba masanya! Aku bukan apa, otak blank. Macam-macam benda lain yang aku fikir menyebabkan aku tak terfikir idea untuk menulis di blog. Rasa bosan juga tengok entry lama terpampang setiap kali buka blog. So yeaaa, mari kita kasi bedtime story!


Tadi aku keluar cari vacum, and yeay dah order! Lepasni kita seronok ler ya main vacum-vacum rumah! XD And lepas tu aku and parents pergi makan di satu tempat dan di situ ramai orang. Kaum hawa, kaum adam. Itu semua aku tak kisah. Itu lumrah alam.


Tapi, yang aku kisahkan ialah aku duduk di meja sini dan selang 5-6 meja ke sebelah sana ada sekumpulan kaum hawa yang comel dan ayu bertudung nampaknya. Waktu aku makan, aku dengaq 'hahahahahhahahahakkkkk!! aaaaa!! hahahahahhaa!!!!'. Terkejut iolls. Ingat kot apa dia. Pelik juga mana ada orang di meja sebelah. Tengok nun di sebelah sana selang 5-6 meja yang macam aku cakap tadi tu yang berbunyi. 


MasyaAllah, tak sangka. Memang kuat sangat macam mereka duduk di sebelah. Okey, nak gelak itu tak salah. Malah, tak salah langsung pun! But, kawal lah. Kelakar mana pun jagalah. Ramai orang di situ. Tempat tu bukan anta yang punya. Ya kakaks?


Perempuan kena jaga perlakuan. Tak manis dipandang bila ketawa sampai semua boleh dengar. Dan juga satu lagi nak cerita, berhenti buat video 'macam-macam'. Cukup-cukuplah ya. Video putus cinta. Video couple. Video menangis. Video perasan. Makanya, apa-apa sahaja video 'macam-macam'.


Boleh buat video. Tapi pastikan video yang bermanfaat. Macam yang Maria Elena, Shazreen Fazlynda buat. Ataupun buatlah video yang hampa minat, contohnya tutorial makeup ke tudung ke melukis ke. Ada lerr jugak faedahnya. Tak perlu buat video yang tak mendatangkan apa-apa dan bagi orang kutuk. Aku kesian tau tengok hampa. Jadi, kalau tak mahu orang kutuk jangan buat lagi ya sayang. :)


Jadi, itulah dia. Perempuan perlu kelihatan seperti perempuan dan juga perempuan jangan tunjukkan kelemahan diri kita. Jangan tunjukkan seolah-olah kita bodoh. No, kita tak bodoh tapi sometimes kita terlebih pula. Oh ya, aku tak marah. Baca dalam nada perlahan dan relax ya. Jangan gopoh. Nanti ingat aku marah. Tidak. :DDDDD


Terima kasih. Sentiasa Love~


29 comments:

  1. kadang kadang perempuan yang suka gelak tak ingat dunia macam annoying sikit. haha kan?

    ReplyDelete
  2. eiiii...cik pon tak suke lah tengok owg pompuan suke gelak kuat2..bukan jeles..dah comei dah pakai tudung,cuku ayu dah tu.tapi kalau gelak serupa jantan memang cik nak ketok kepale die...gelak biase2 sudah lah..jangan lah sampai nak melalak bagai..malu kite..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hikhikhik! Meh high five sikit! :D Itulah, dah kenapa kan nak melalak2 sampai cenggitu. Cover lah sikit. Astaghfirullah...

      Delete
  3. video mcm2 tu. sigh. tak tau nk cakap apa lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak.. Macam2 video nak dibuatnya. Janganlah malukan diri sendiri dan orang lain... Haih..

      Delete
  4. hihi..klaka entry niena nie.. akak pon slalu gak trjumpe gugurl cmtu.. sabau je la klau dieorang dok mai dkat ngan kite..huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, terpaksa bersabar ja mengenangkan depa anak orang. Kalau anak beruang, maunya dicubit-cubit sampai lebam biar sedar diri. Kehkehkeh. XD

      Delete
  5. Mmg biasa jumpe yg mcm tu,ketawa mcm x de org lain je kt situ kn.hilang kesopanannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kak atien.. Haih apalah masalahnya dorang tu nak sedar.

      Delete
  6. oh yeahh.. akak benci pompuan yg gelak serupa pontianak ni. jagalah sikit maruah depa tu. adoiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann??? Gelak terkekeh-kekeh punya kuat macam tak ada yang perhati. Hailaaa...

      Delete
  7. kadang-kadang akak pun sama dengar macam tu,memang tekejut jugak..waduhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terkejut kan.. Kalau lelaki tu boleh terimalah juga walaupun membingitkan telinga. Haih,, nak buat guane lah kan kak...

      Delete
  8. Inilah perempuan . Sometimes , fiqah pun terover jugak macam tu , but still boleh control . Kalau nak gelak2 tak ingat dunia , gelak dalam bilik air sengsorang hahaha . No one will care . Perempuan haruslah jaga perlakuan diri dan maruah diri :) Perempuan tinggi darjatnya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak gelak over-over tak apa, tapi gelaklah sorang-sorang di rumah. Tak ada siapa kisah kan. Macam yang fiqa buat tu. Ehehek... XD

      Delete
  9. Replies
    1. Itulah kan kak aya.. Macam2 sangat. Kadang2 sengaja je tu nak popular tapi kesian bila tengok tak menjadi. Heheh...

      Delete
  10. Tulah, sometimes qila jadi awkward tau bila ada kawan yg agak annoying ni. Dia gelak mcm sakai pastu ramai kot orang tengok :)
    Pastu apa lah yg org akan cakap kan? Haih. Malu T_T
    Bukan apa, tapi agak agak ler. Jgn over cemtu haih. Payah perempuan zaman ni.
    Dengan stupid videos tu hmmm takyah cakap -____-
    sakaiiii hihihihi <3
    love all ur thoughts babe :D <3 misschu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halamakk parah pula ada kawan gitu eyh... Haish, sabor je lah ya.. Malu tu memang malu.. Itulah, kenalah berpada2 kalau nak ketawa pon. Awwh, thanks kak qila omeyomey! Miss you too!

      Delete
  11. hye dear still remember me ?
    satu taman la kita . . hehehe

    seriously sis pon meluat sangat tengok video yang cari publisti murahan tu
    mcm memalukan dan mengaibkan diri sendiri
    ntah apa la yang difikrkan sampai sanggul buat mcm tu
    kadang2 sis pk orang2 mcm ni mungkin tak dak rasa malu dalam diri kot
    hehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cece satu tamah eyh.. HIkhik.. Hah tulah kan sis.. Meluat tengok video2 macam tu. Kita yang tengok pulak yang terasa malunya. Kadang2 ada orang kata mereka ni berbakat, bakat apa lah agaknya yang dinampaknya tu... >.<

      Delete
  12. agree. yang part tunjuk kelemahan tu selalu sangat. haihhh. setakat takut kucing etc tu takyah nak tunjuk sangat dekat laki. lagi diorang suka kacau lepastu yang had perempuan ni duk terjerit jerit.
    duhhh panas je gua tengok. cuba lah lepak sikit. kalau betul takut buat dunno sudah. hahahaha.

    ee pun tk marah ni. baca dalam nada perlahan. hehe =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Buat biasa sudahlah.. Saya pun macam tu jugak. Kadang2 tu geli jugak tengok budak2 laki pegang-pegang katak pegang2 bug kasi dekat orang tapi cover lah sikit-sikit. Kehkeh..

      Delete
  13. hahaha..akak pun mcm tu jugak dik..tapi bukan kat luar la..kat rumah dgn kawan2 and family je. kat luar sopan habis..cover tu perlu..hekhekhek
    yang video tu mmg tak suka..bukan nak kata tapi macam rendah sgt maruah tu sampai video mcm tu top kat youtube. nak famous guna cara yg btol. maria elena dgn matluthfi boleh je famous dgn buat video2 best.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat rumah tak apa la kak. Nak kasi roboh pon tak apa. Jangan di public sudah lerr.. Saya pon ketawa kuat juga kalau di tempat yang tiada siapa kisah. Betul tu kak fatin, nak famous tu boleh saja dengan guna cara yang elok yang tak memalukan diri sendiri. Macam yang akak kata macam maria elena and matluthfi. :)

      Delete
  14. bab gelak deras tu mcm pernah ja buat hikhik ^_^

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤