Novel Ya Maulana. -NICE-

21/8/13


Assalamualaikum....



Macam yang sudah aku katakan di entry INI, aku nak review novel kan.. Hah novel yang nak aku review ni is Ya Maulana. Tajuknya macam tak biasa saja, tapi isinya boleh tahan.. Hah, jom tengok review dia. :)



Karya Seni
Hana Ilhami
SM: RM35.00
S/S: RM 38.00


Sinopsis

Maulana Iqbal. Dunianya hanya Darul Ulum At-Taufiqiyah. Al-Quran yang penuh di dalam dada menjadi modal buat pembimbing bakal-bakal hafiz. Hasil tarbiah madrasah, maka lahirlah seorang maulana di Kampung Pulau Sayak.

adra liyana, maksudnya si perawan cantik yang lemah lembut. Tetapi sayang, watak tidak secantik namanya. Si anak Tan Sri berambut karat, bermini skrit masuk kampung dengan sebuah agenda, untuk memindahkan Darul Ulum dan membina hotel resort di atasnya. Baginya, Maulana Iqbal tidak ubah seperti seorang ustaz Gothic yang poyo! Dengan berjubah dan berserban bagai.

“Cik Rariru nak jumpa saya?” – maulana Iqbal

“Ustaz! Kut ya pun tak suka I pakai macam ni, tak perlulah ejek nama I, okey? Nama I Rara, bukan Rariru!” – Adra liyana

“Cik Adra tolong pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Maklumlah, sini tempat budak-budak menghafal Quran. Dan cik kena pakai tudung sekali.” – maulana Iqbal

Setelah rencana untuk memindahkan Darul Ulum tidak berhasil, Adra nekad untuk mengugut Si Maulana. Rencana jahat mula diatur…

“Tolong I! Dia... dia... cuba buat benda tak baik kepada I...” – Adra liyana

“Allahuakbar! Demi Allah! Saya tak buat kerja terkutuk ni.” – maulana iqbal

“Sama ada Iqbal tinggalkan kampung ni atau dia bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat. Iqbal kena kahwin dengan perempuan ni.” – Imam Hussin




Okey, apa itu maulana? Siapa tahu, dia pandaiiii. :) Siapa tak tahu, Maulana maksudnya ilmuan agama yang tinggi sedikit daripada ustaz kalau tak silap aku. Senang cerita, macam ustaz la. Mula-mula aku ingat maulana ni nama orang, sampai ada anak murid Iqbal yang panggil dia maulana aku rasa macam 'eh, awat kuang ajaq sangat anak murid dia ni panggil nama ja ni?', haa macam tu. Tapi rupa-rupanya Maulana itu panggilan untuk dia macam panggilan ustaz tu lah.


Untuk wataknya, aku rasa watak agak ramai dan ada sangkut-paut sampai rasa macam agak confuse tapi it's okay, lama kelamaan dah mula faham lah pada setiap helaian yang kita akan baca. Watak utamanya ialah Adra dan Iqbal dan jugak Rafiqi dan Sumayyah tak silap aku. Rafiqi dan Sumayyah tu pun aku rasa macam banyak jugak bahagian mereka dalam novel ni.


Jadi untuk watak Adra, aku rasa dia ni cukup gedik dan ketegaq bak kata Iqbal. Degil lah sangat tak mau tutup aurat sampai ada sesuatu yang terjadi pada dia, barulah dia nak sedar. Aku tak berperasaan sangat lah pada Adra ni sebab diri dia tu macam biasa-biasa saja.


Iqbal pulak dia ni macam yang kita baca, mestilah baik dan dia sentiasa menerapkan nilai Islam dalam setiap tutur katanya. Dia kata kena sentiasa serapkan dakwah walau di mana saja pun kita berada. Dakwah Ilallah. Aku suka jugaklah dengan si Iqbal ni. Antaranya sebab dia cakap utara yang memang aku suka sebab aku tinggal di sini. Tapi malangnya si Adra pernah kata cakap hang hang ni very the kampung. Aiii panasnya hati aku bila dia kata macam tu. Kalau tak nak si maulana Kedah tu, bak mai dekat aku pun tak apa... Ehehehe. Tapi watak Iqbal ni tak boleh tandingi kesabaran Khuzairi  saya dalam 7 Hari Mencintaiku. Khuzairi tetap nombor 1 dalam hati ni. Kahkahkahkah -evil laugh-



Overall rasanya novel ni just nice jugaklah. Seimbang dari segi kekeluargaan, rumah tangga, keprihatinan, agama etc... Aman rumah tangga bila bersuamikan seorang maulana yang sentiasa nasihat nasihat, cerita pasal Islam, macam mana Islam berkembang. Seronok bila ada orang tegur solat, tegur tajwid, ajar itu ini, nasihat apa yang tersilap. 


So, aku bagi 4.3/5 untuk keseluruhan novel. Isi yang not bad dan nilai keagamaan itu penting untuk remind diri kita ni. Sambil seronok baca novel, sambil tambah ilmu di dada. Tahniah untuk penulis Hana Ilhami, penulis novel best seller Perempuan Lindungan Kaabah. Penulisan yang baik, mencorakkan masyarakat yang baik juga Insya-Allah. Fyi, novel ni masih baru diterbitkan jadi jom kita support penulisan yang baik macam ni. Insya-Allah, tak rugi kalau tambah pengetahuan sambil baca kisah cinta yang sweet ni.


Itu sahaja untuk review kali ni. Jemput tengok review yang lain jugak ya di SINI. :) Terima kasih.


10 comments:

  1. wahhh.. cambest je.. nt sis nak beli lahhh.. :D thanks tau.. pasni update bnyk2 lagi pasal novel islamik.. sis x sempat nak duduk lame2 kat kedai buku pilih.. slalu pakai ambek je.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe, welcome. insya-Allah saya update novel islamik lagi nanti.. :)

      Delete
  2. akak dh lama dh tinggal dunia novel ni. rasa nya skrg ni nak pgg buku pon mcm malas ja. ceta ni boleh tahan jugak yer. ^_^

    ReplyDelete
  3. Akak dah lama tak baca novel...hihihi best jugak novel nie...

    ReplyDelete
  4. menarik juga..nmpak byak nasihat dlm novel ni =) rajin review novel..ending dia msti iqbal n adra kahwin kn?? hdup bhgia dismping adra dah berubah..betol kah?? ho3..

    ReplyDelete
  5. Macam seronok jee citee ni, tapi sayang xsuka novel. hehe

    ReplyDelete
  6. macam best je review novel ni..boleh sy try recommend kt kwn ni :P

    ReplyDelete
  7. Best jugak.... banyak pengajaran..... blh dibuat koleksi, tahniah untuk penulis novel ni.

    ReplyDelete
  8. dah beli tp blom abis lg menelaah...huhuhu tebal boley tahan....hehe

    ReplyDelete
  9. dah beli tp blom abis lg menelaah...huhuhu tebal boley tahan....hehe

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤