Main Redah Bilik Tidur. Hormati privasi orang lain, Minta izin sebelum masuk.

19/8/13





Assalamualaikum..


Hah, ada topik lain yang nak aku kupas (ecewah) kat sini. Memang dah lama tak puas hati tentang ni. Kadang-kadang kita rasa macam biasa saja, tapi bila fikir balik, barulah tersedar yang benda tu salah dan tak beradab.


MAIN REDAH BILIK TIDUR ORANG... Benda ni dah lama sangat berlaku dekat aku tapi baru hari ni membuak-buak rasa nak share di sini. Geram betul hati aku bila teringat balik sampai tajuk dekat atas sana pun bukan main panjang. Tak, sebenarnya nak bagi faham saja. Ingat nak tulis pasal entry review novel saja, tapi memandangkan aku teringat tentang benda ni, maka aku nak share benda ni dulu...


Bukan main panjang aku tulis mukadimah? Okey kita masuk sekarang... Hari tu, aku tengah tidur lepastu aku tersedar ada orang kiss pipi aku and aku bukak mata. Okey, jangan salah sangka. Orang tu perempuan yang statusnya dirahsiakan di sini. Ahahaa. Aku rasa sangat tak sopan lah sebab aku dah la tengah tidur, lepastu bilik semak pulak sebab bantal peluk tergolek kat atas lantai semua. Entah-entah masa aku tidur tu pulak seluar aku kat bahagian kaki terselak ke, baju terselak nampak perut ke? Don't you think it's so embarassing?


Patutnya bila nak masuk bilik orang tu, minta izin ketuk lah dulu. Kalau orang tu tak bukak, janganlah masuk sesuka hati ekau. Bukan bilik parents saja kita kena minta izin bila nak masuk, bilik sesiapa sahaja pun kena minta izin juga sebab manalah tahu tuan bilik tu tengah nak tukar baju ke, tengah berkemban nampak paha ke?


Hormatlah privasi orang lain. Susah sangat ke nak minta izin dengan orang? Even maybe dengan budak 10 tahun pun, bila nak masuk bilik dia tu minta izin sajalah. Jangan ingat dia budak-budak sesuka hati kita aje nak redah bilik dia. Walau siapa pun kita saudara dia ke makcik dia ke sepupu dia ke, aku minta tolong minta izin lah sayang. Tak susah. Ketuk pintu, tanya boleh masuk tak? Ketuk ketuk kalau orang tak jawab jangan main redah aje lah. Cuba kalau rumah orang, tekan tekan loceng lepastu pintu tak bukak kau terus redah aje. Ada adab tak? At least kalau dah dapat respon tuan bilik tu, barulah kita masuk. Tak baik main redah...


Kalau dah ketuk sampai nak runtuh pintu tapi tak ada respon jugak tu, kenalah bukak jugak. Manalah tau pengsan ke, dah tak bernyawa ke, tengah proses nak makan racun ke kan??? Ehehe... >.< Okey, aku rasa membebel panjang pulak dah pasal topik ni sebab kalau aku bebel panjang tu namanya aku tak puas hati. K, dah..


Illal liqa'.. :)

11 comments:

  1. kalau akak pun tak suka bila orang men redah je masuk bilik..mcm tak beradab

    ReplyDelete
  2. Samalah. Memang tak suka orang yang main redah2 je ni.

    ReplyDelete
  3. mama pun tak suka orang keluar masuk ruang peribadi akak..

    ReplyDelete
  4. yelah, main redah2 cam tu...silap2 kite tengah pakai baju ke apa...x ke malu...

    ReplyDelete
  5. Akak pun tak suka...bilik adalah tempat privacy...

    ReplyDelete
  6. betul2..sy pon xsuka kalo org pakai redah je masuk bilik..thats why laa sy slalu lock pintu..hehe..

    ReplyDelete
  7. lagi-lagi time kenduri. haritu bilik parent baru siap. lepas tu org main masuk je. konon nk tgk keadaan dalam bilik tu. wehhh dah kenapa . ada org tua ni kena sound la. sya ckap "agak2 la makcik.. bilik tu privacy. jangan la main redah je." saya bila dtg umah org tak ada pun nak bukak pintu bilik org bagai. duduk je setempat.. makan minum lepas tu balik. even budak kecik pun memandai je redah masuk bilik.. lenjan atas katil org. aduhhhh. lagi2 pegang barang org. bawa keluar patung kecik hat comel2 tu nak bt main. mula nak jd hulk ni ..

    sebab tu klau ada org nak tumpang solat ke ape sya tak bagi diorg masuk bilik sya . tak suka. nanti diorg kondem bilik xcntik la apa la . haihhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu , bila ditegur kata kite takda hak nk halang mak pak masuk . Dorang laa ade hak nak main masok bilik anak jea . Mak pak saye suke redah bilik saye , walaupon tengah berkemban ke ape ke , ketuk pintu tak ape tak main masok jea . Kadang stress jugak . Tambah² time Pkp ni lagi laa , kalau boleh pintu pon taknk tutup lepas masuk bilik orang .

      Delete
  8. Tapi ada juga ibubapa yang main masuk je bilik anak anak masa tidur . Padahal umur anak tu dah remaja . Bila masuk bilik , siap buka langsir padahal anaknya tak bangun lagi . Bila dah masuk , keluar bilik tu ibubapa tak reti nak tutup pintu bilik anak . Biarkan terbuka . Kot kot anak tu tidur terselak sana sini ke.. Lagi2 anak dara , mestilah mereka malu wlaaupun ayah sendiri yang masuk ke dalam bilik . Bila si anak menegur ibubapa , si ibu bapa tu mengugut katanya rumah tu mereka yang beli dan terus mengamuk tak tentu pasal . Ibubapa jenis apa itu ? Kita ni , kalau nak yang muda hormat kita.. kita kenalah hormat yang muda juga.. silap haribulan , bila si anak dah ada rumah dan kerjaya sendiri.. dia taknak balik ke rumah dah . Ini lah sikap segelintir ibubapa yang biadap terhadap anak . Mereka fikir mereka ibubapa , mereka berkuasa atas semuanya . Saya menegur kerana sudah lama saya perhati . Kasihan anak anak . Privasi (bilik tidur) mereka terganggu .

    ReplyDelete
  9. Tapi ada juga ibubapa yang main masuk je bilik anak anak masa tidur . Padahal umur anak tu dah remaja . Bila masuk bilik , siap buka langsir padahal anaknya tak bangun lagi . Bila dah masuk , keluar bilik tu ibubapa tak reti nak tutup pintu bilik anak . Biarkan terbuka . Kot kot anak tu tidur terselak sana sini ke.. Lagi2 anak dara , mestilah mereka malu wlaaupun ayah sendiri yang masuk ke dalam bilik . Bila si anak menegur ibubapa , si ibu bapa tu mengugut katanya rumah tu mereka yang beli dan terus mengamuk tak tentu pasal . Ibubapa jenis apa itu ? Kita ni , kalau nak yang muda hormat kita.. kita kenalah hormat yang muda juga.. silap haribulan , bila si anak dah ada rumah dan kerjaya sendiri.. dia taknak balik ke rumah dah . Ini lah sikap segelintir ibubapa yang biadap terhadap anak . Mereka fikir mereka ibubapa , mereka berkuasa atas semuanya . Saya menegur kerana sudah lama saya perhati . Kasihan anak anak . Privasi (bilik tidur) mereka terganggu .

    ReplyDelete
  10. Macam mana yang jenis kes mak bapak kalau anak lelaki dengan keluarga dia balik, dia suruh kita tidur sebilik dengan mak bapak (saya belum berkahwin) ,mak kalau dia balik,,alah,,sekali sekala balik, bukan selalu,,tapi saya macam menumpang ja rasa time diorang balik, tak dak tempat nak berehat, tukar salin baju,nak pakai baju tak boleh,nak ambik baju dalm bilik sendiri pon macam orang asing kalau time diorang ada, plus siap ada anak,, barang2 saya habis rosak dibuat nya,, walaupun saya dah simpan sorok elok,, nak bantah apakan daya, ibu budak2 tu pon tak penah marah anak2 dia, siapakan saya nak tegur,, saya nie adik tak berpelajaran sangat la kan.

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤