Internet Tempat Mencarut?

27/8/13




Assalamualaikum...


Aku sebenarnya ada benda yang kena di print out tapi aku rasa topik ni perlu dibincangkan. Benda yang aku tak puas hati aku akan tuliskan persoalannya di sini. Tak salah kan kalau nak bagi pendapat? Kan kan kan. Kenapa dengan aku?


F*** punya cikgu. Suka hati kau je nak marah marah aku. Mak bapak aku pon tak tegur, kau nak nyebok apa s*** oiii!! P****** pnya cikgu!


Korang tak payah lah nak jadi ustaz/ustazah kat sini. Suka hati aku la nak buat apa pon. Ada kacau life korang ke? Pergi mampos lah!!


Woi betina s*****! Kau jangan nak jadi  perempuan j***** lah rampas pakwe aku! Get off my a** b*****!!


B*** lah kau ni. Aku tak kacau kau, kau tak payah nak kacau aku lah ba'tutttt' ba'tutttt' ba'tuttt'. 



Haaaa.... Tudiaaaa.... Jap nak bajet Julia Dolce. LOL! HIhihik! Wei aku lebih rela tengok Julia Dolce yang dengar dia cakap 'haaa.. tudia...' tu je daripada baca status hampa yang mencarut macam facebook tu kau je yang baca. Come on la sayang, itu menunjukkan anda tak pandai nak kawal diri anda.


Yang atas sana tu antara contoh-contoh yang aku pernah terbaca di page-page. Budaya remaja yang suka sangat mencarut di internet sesuka hati. Di blog, twitter, facebook etc... Teruk rasanya bila mencarut kat cikgu and ada yang dekat parents sendiri. Sedihnya hati parents kalau tahu anak mereka macam tu kan? Tak ada rasanya parents yang nak anak mereka mencarut di internet.


Okey, aku mengaku aku pun remaja. Tapi sebagai remaja boleh kan kalau kita jaga imej remaja? Jadi remaja positif dan berwawasan gitewww... Buang masa la beb mencarut ni. Kita dapat dosa la. Orang lain tegur kita, kita ambik yang positifnya. Kalau cara orang yang menegur tu macam tak kena pun, aku rasa tak patutlah kot sampai nak mencarut bagi semua orang tengok kita ni macam apa je?


Kita tak suka kalau yang nasihat kita tu nasihat dengan cara cakap kasar kasar kan? Tapi lepastu kita update pulak kat internet dengan keluarkan bad words. Rasanya orang lain suka tak? Fikir lah tu sayang. Kadang-kadang aku pun sama dengan orang lain, rasa geram dengan someone dan rasa nak cakap benda benda tak patut. Tapi cara aku macam mana tau? Aku tulis entry berbentuk nasihat secara umum. Maksudnya aku tulis macam untuk semua orang, termasuk untuk aku sendiri. Macam pengajaran untuk kita semua.


So sayangs sekalian, janganlah mencarut kat internet. Internet ni sebenarnya untuk beri kebaikan kepada kita kan? Bukan untuk buat benda tak sepatutnya kan? Alhamdulillah, rasanya kawan-kawan aku belum ada yang mencarut tak tentu pasal kat internet. Kawal lah diri tu. Nak mencarut pun, mencarut sorang-sorang kau aje lah. Janganlah nak mencarut merata-rata. Boleh tak? Aku yakin, sayangs boleh. Aku boleh, awak boleh, hampa boleh dan semua orang MESTI BOLEH!!! :D Semangat lah sikit....

Kawal diri kerana Allah. Semangat kerana Allah. ;)


25 comments:

  1. biasa lah dik .. sampai brg2 dlm smua di sebut habeh . kak pon menyampah dgn org2 yg mcm ni.. :P

    ReplyDelete
  2. Bgos entry ni dik..kdg2 rse nk remove je org2 cmtu kn..haihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah.. rasa macam nak goodbye je org2 tu dari friendlist tapi masa tak ada.hmhh

      Delete
  3. prangai yg macam tu la sbnarnya diorang dah boleh gali kubur sndiri, kapan sndri mayat diorang, da x perlukn org lain... entahlah, mgkin diorang rase diorg da taiko kot.. x sdar blajar abc pn dr cg2 jugak.. huhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. nanti dah mati kena cari orang jugak untuk uruskan. tapi bila dah rasa diri tu betul, rasa macam tak perlukan orang daaaa... tu lah tak sedar diri ada ilmu pon dari cikgu juga. :)

      Delete
  4. kalau anak akak...akak cubit mulut tue...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya dah lempang kot bila over mencarut.

      Delete
  5. sentap mak tau! hahaha..budak-budak skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... itulah budak budak skrg... tp sesetengah saja yang kurang siviknya di internet ni. moga mereka sedar. :)

      Delete
  6. aiyooo.. zaman sekarang yg hangat fb lea tempat nak mencarut pun yea?? arkk.. bahaya tul internet ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. fb la banyaknya tempat nak keluarkan bad words ni. macam tak ada benda lain nak ditulis. internet klu diguna dgn cara betul, baiklah jadinya. kalau disalah gunakan, negatif lerr. :)

      Delete
  7. aah..selalu terbaca ayat2 gini kat fb
    laman sosial ni klo tak dipantau n dikawal mmg akan bg byk kemudaratan
    hmm...sentiasa berwaspada pd perbuatan kita

    ReplyDelete
  8. mama pun ada terbaca macam ni, ermm... malas mama nak layan... dah tua-tua ni, suam-suam kuku jer lah kat fb tu, budak-budak kecik sesuai lah kot.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. facebook dah dijadikan khas untuk kekanak lah ye ni? hehe.

      Delete
  9. ini belum lg yg bercintan cintun berbalas2 komen, tweet segala benda. adoiii, private la sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. macam orang suka sgt baca diaorang punya ayat2 cinta tu. simpan utk tatapan berdua sudah ler ye dak? hmmh nak tunjuk bahagia leteww pastu break habaq 'aku tak boleh hidup tanpa dia, aku rasa nak bunuh diri'. padahal sebelum jumpa dia hidup okey je, bila dah break pon tengok hidup je. tak mati pon? lain kalau bunuh diri. okey, itu over. hahaha. itu tak apa lagi lah, tak mencarut pada org lain. biarkan mereka dlm dunia mereka berdua saja. jgn libatkan org lain. eh, panjang pulak comment ni? hihi. ampunnn. :O

      Delete
  10. betul tu sayang oi..jagalah imej.jaga peribadi sbgai seorg remaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. imej dan peribadi tu penting kan kak kan. ngee. :D

      Delete
  11. Betul tu dik.. Kat FB tu macam-macam orang tulis.. Ikut suka hati saja..

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤