Blogger Pengecut?

4/1/15





Assalamualaikum dan hai loves~


Sebelum aku nak menulis, aku nak ucapkan selamat tahun baru untuk semua. Rasanya terlalu cepat masa berlalu. Moga moga tahun ini jadi tahun yang lebih baik buat kita semua. Dan ini jugak first entry aku untuk tahun 2015. Hai 2015! :D


Jadi, mari kita mula bincangkan tentang tajuk aku iaitu Blogger Pengecut? Siapa blogger pengecut tu? Niena Reen? Mak Senah? Minah Kampung? Atau Kassim Selamat? Oh, sebenarnya ceritanya begini.. Ayat aku yang aku letakkan di bahagian bawah comment membuat blogger digelar pengecut oleh seorang anonymous.








Baiklah, aku sudah pun balas comment cik anon ini di entry INI. Sebenarnya ceritanya, aku letakkan disclaimer yang kata kalau aku tak berkenan dengan apa apa komen, aku akan delete tu  sebenarnya bukanlah disebabkan aku nak paparkan comment yang setuju dengan pendapat aku sahaja. Aku tetap juga akan terima apa sahaja komen hatta dari anonymous macam di atas (hehe) sekalipun asalkan tiada unsur-unsur lucah dan sebagainya yang sangat sangat membuatkan aku dan orang lain baca rasa tidak selesa.


Aku bukanlah jenis yang tak boleh terima pendapat orang lain. Kalau ada komen yang negatif tapi boleh diambil pengajaran macam komen cik anon di atas pun aku tetap akan terima. Aku yakin, semua blogger pun jenis yang boleh terima kritikan tak kiralah kritikan secara positif ataupun negatif. Yang penting, kenalah terima apa sahaja positively walaupun sebenarnya komen tu dalam bentuk negatif...


Aku betul betul mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk komen di blog aku ni asalkan tidak keterlaluan. Cuma kalau boleh biarlah beradab.. Dalam hidup kita ni, kita nak buat apa apa pun mesti ada adab dia kan? Nak makan ada adab, nak pergi toilet ada adab, nak pergi rumah orang ada adab. Senang kata, semuanyalah kena beradab.


Aku yakin semua orang pun tak suka orang yang tidak beradab. Kalau kita ingin menegur, menegur secara baik. Kalau kita musykil, tanyakan dengan berhemah. Kalau kita tak suka, tinggalkan perkara itu. Banyak sebenarnya cara yang boleh kita ambil untuk menjaga hati semua pihak. Tak baik bertindak secara melulu! ^_^


Eh, berceramah panjang pula. Apa-apa pun jomlah kita saling menghormati walaupun kita tak kenal antara satu sama lain. Buang segala rasa yang akan memburukkan keadaan. Tak elok begitu tau! Hehe, senyum dan positive selalu ya! :D


Baiklah itu sahaja... Moga aku akan terus istiqamah dengan blog. Punyalah batu otak ni tak boleh berfikir nak update apa. Huhu...


Oh ya, satu lagi. Untuk blogger sekalian, ini untuk kita. Untuk bukan blogger, ini untuk awak juga! ^^






Ilal liqa'! ;)

23 comments:

  1. aiyoyo ada eh anon cemtu ish ish kesian dia lifeless to give such a negative comment hihihihi
    thanks niena bebeh!
    yup. stay positive!!!! <333333

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Biasa lah anon ni. Tak ada kerja sangat kot. Hihihi. Eh, welcome kak qila omey omey! :D

      Delete
  2. hai niena. alahai si anon. ana disable terus anon. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Saya masih terima anon sebabnya kadang2 ada yang pembaca saya yang bukan blogger nak komen.. Sebenarnya bukanlah semua anon tu negatif. Ikut orang juga lah kan.. Hihi. ^^

      Delete
  3. Haha. Sabar jelah.
    Keep Positive!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekeke, memang hidup ni kena sentiasa bersabar. Yeah, keep positive! ;D

      Delete
  4. hahaha, maybe cik anon tu salah paham dengan kenyataan tu atau dia memang mengalami masalah kemurungan tahap serius. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Mungkin juga kurang kasih sayang... Tak apa tak apa, moga lepas ni dia lebih bijak melontarkan rasa ketidaspuasan hatinya. >.<

      Delete
  5. Ya Allah, haha akak tak pernah terfikir pun disclaimer Niena tuu macam pengecut --' Salah paham laa tuu. Lagipun, sapa pengecut nie? Si Niena atau si Anon yang tak berani tunjuk identiti diri? Hihihihi Sabo ajer ler. Akak dulu pernah kena hentam ngan anon kat shoutbox --' Apa2 pun, keep blogging k dear ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, kadang2 kelakar jugak bila fikirkan si anon ni. Tak apa tak apa, biarkan mereka. Mungkin mereka tak ada kerja lain nak buat. Maafkan sajalah.. Oh, insyaAllah saya akan terus berblog sebab saya cintakan dunia blog! :D

      Delete
  6. hahaahaha . lain orang, lain ragamnyaa. Tak dapat nak jangka perangai memacam..Ini salah satunya . stress marah tk tentu pasal . Tk cukup vitamin lah tu ;p ekekeke. gelak sat. Rileks je niena . Ignore kan komen negative begitu..hihih Btw blogwalking sini .

    http://sarahhijabista.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. uish harsh gila anon. cool je. stay positive! :)

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  8. abaikan je komen2 anon ni. penakut nak mampus :3

    ReplyDelete
  9. Sabar jelah niena.. Maybe dia x berapa faham apa yg awak maksudkan kot.. Akak x rasa pun ayat awak tu mcm pengecut or tkleh terima teguran. Sbb org skrng ni suka drop komen pakai bahasa kesat or lucah, sbb tu kena buat ayat warning cmtu..

    ReplyDelete
  10. Tough it girl :)..You never live an iconic life if everybody loves you -Robin Sharma :)

    Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

    ReplyDelete
  11. stay positive!!
    yaaa jangan main serang orang saja kalau tak tahu..haish si anon ni..mestilah kita akan tapis komen y negatif (berunsur lucah)... bkn komen y menegur..

    ReplyDelete
  12. ya allah ada juga camtu eh. sabar je leh :')

    ReplyDelete
  13. hai dik nina! ^ ^
    lama x jumpa..hehee
    ish2..tak baik betul la orang tu..
    kak miza pun cam nina gak,klau ada komen yang x berapa nak baik tu kak miza pun delete je trus.. :3

    ReplyDelete
  14. niena disable je anon utk boleh komen di blog ni.. padahal dia pengecut. kalo berani sgt kenapa nak guna anon

    ReplyDelete
  15. hah. saya pun berfikiran macam cik niena.. sekali baca pun dah faham ayat "tak berkenan dek hati" tu membawa maksud apa.. means tak nak orang komen benda2 yang tak elok kat blog kita. nak beri pendapat & teguran sangatlah dibolehkan, tapi biar betul caranya.. kan?

    ReplyDelete
  16. amboi. sesedap rasa je dia menegur macam tuh.. hahaha.. pengecut ka? salah faham sgt

    ReplyDelete
  17. Hahaha mcm2 jenis org kat bumi ni dik.. Hayers everywhere.. Sabor jela kalau ad yg style gini.. Tutup tlinga dan snyum je hehe

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤