Assalamualaikum...
Hai loves.. Orang selalu cakap bahawa kata-kata yang kita lemparkan itu lebih tajam daripada pisau. Kata-kata yang menyakitkan itu susah nak sembuh dan dilupakan macam itu sahaja. Kalau luka terkena benda tajam, pasti boleh sembuh dan kembali seperti sediakala. Namun, jika hati yang sakit dan terluka kerana kata-kata, pastinya amat susah untuk sembuh dan boleh jadi tidak akan sembuh sampai bila-bila.
Kadang-kadang, bila kita lemparkan kata-kata, kita terlupa yang kata-kata kita itu menyakitkan orang lain. Tapi bila orang itu marah, kita melenting pula. Kita marahkan dia kembali sebab kita rasa tiada apa yang perlu pihak di sebelah sana untuk diambil hati.
Aku sangat sangat kesal dengan orang begini. Rasa diri sendiri sahaja yang betul. Bila orang lain marah dan tak suka kepada kita, kita asyik persoalkan dan fikir orang itu yang jahat dan bersalah. Orang itu yang panas baran. Orang itu yang kurang ajar. Padahal, kita lupa tentang diri kita. Pernah fikir tak di mana silapnya jika orang lain marah dan tak senang dengan kita? Pernah muhasabah diri sendiri ataupun tidak?
Pasti akan salahkan orang lain juga padahal terlalu ego untuk mengaku silap sendiri. Tolonglah sayang, bila mahu bercakap fikir dahulu. Bukan bercakap dahulu sebelum berfikir. Padah diri sendiri nanti! Tolong fikir juga hati orang lain. Orang lain tak akan marahkan kita tak tentu pasal kalau bukan kita yang 'cuit' dahulu kan?
Jangan terlalu merasa ego untuk mengaku dan fikirkan salah sendiri.
Jangan terlalu merasa diri kita sahaja yang betul.
Jangan terlalu merasa kita lebih berhak untuk dihormati walaupun kita salah.
Jangan terlalu merasa kita sahaja yang berada pada pihak yang benar.
Jangan terlalu merasa diri kita tidak pernah salah.
Jangan terlalu merasa kita terlalu tinggi daripada orang lain.
Jangan terlalu merasa semua orang lain adalah dusta.
Jangan terlalu merasa kita sahaja yang baik.
Jangan terlalu merasa kata-kata kita sentiasa benar.
Jangan terlalu merasa orang lain tidak simpan apa yang kita katakan.
Jangan terlalu merasa kita tak pernah lukakan perasaan orang lain.
Jangan terlalu merasa hati kita sahaja yang harus dijaga.
Ingatlah sayang, muhasabah diri. Mengapa orang tidak menyukai kita. Mengapa orang tidak hormat dengan kita. Mengapa orang tidak senang dan sentiasa marah kepada kita. Sebenarnya, semua itu berpunca daripada diri kita sendiri. Fikir lebih dari biasa, pasti ada jawapan yang tidak dijangka. :)
Tolong juga jaga lidah dan juga jaga hati insan lain. Orang lain juga terluka kerana sikap kita yang merasa kita sahaja yang betul. Kata-kata kita, fikirkan dahulu sebelum dilontarkan. Tegur dengan berhemah jika kita merasa ada kesalahan dalam diri seseorang. Jangan kita keluarkan suatu kata-kata yang boleh merobek jiwa orang lain. Luka insan itu nanti, siapa tahu dapat memakan diri kita sendiri? Justeru, janganlah kita menyalahkan orang lain andai suatu hari nanti, kita tidak akan dihormati sebagai seorang yang sebenarnya wajib dihormati. (:
P/S: Aku sangat kecewa dengan golongan begini. Sangat berharap agar mereka seperti ini tersedar. Tidak betah lagi menahan apabila melihat orang lain yang dipersalahkan atas kesalahan diri mereka sendiri...
Muhasabah diri itu penting. Jangan kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata buat-buat tak nampak jer kan... So, dalam persahabatan@ perhubungan, saling menerima dan memaafkan itu sangat penting..betul tak?
ReplyDeletekak miza pun bengang jugak orang camnie..kadang2 tu diam jela walaupun terasa...
ReplyDeletepernah lah ada kawan yg mcm ni..taknak dgr nasihat dan takleh ditegur..dia je yg betul..so kalau sy jauhkan diri dari dia..biar dia dgn dunia dia..
ReplyDeleteberfikir sebelum berkata-kata.
ReplyDeleteMula-2 tu kira ok la , boleh sabar fikir dia gurau-2 .. Tapi bila dah lama-2 tuuuuuu errrrr
ReplyDeletekadang2 tkleh nk sangka diri kita betul je. kena fikir pendapat org lain juga. jgn bagi org lain terasa :) akk pun tak berapa suka dgn org camni tapi jarang jumpa golongan mcm ni
ReplyDeletebetul2 ada gak manusia cenggini tak nak mengalah lgsg huhu brsbr ye :) jmpt singah blog sy
ReplyDeleteini tulisan orang yang suka menegakkan benang yang basah, orang itu memang ada hak utk marah. Kalau dia tak marah dia akan mendderita. Boleh bawa maut tau. Dia pun ada sebab kenapa dia perlu marah, takkan sesuka hati dia nak marah kot. Fikirkanlah
ReplyDeleteBegini sebenarnya cik anon... Saya tak katakan yang orang lain tak berhak marah. Saya faham semua orang ada rasa marah. Betul, pasti ada sebab kenapa dia marah. Tapi apa yang saya cuba sampaikan adalah, jika betul salah orang lain pun cubalah tegur dengan berhemah. Bukannya marah secara melulu padahal diri sendiri pun melakukan kesalahan yang sama tapi diri sendiri tak sedar... :)
Deleteoh ada pulak disclaimer, kalau tak berkenan di hati akan didelete. Kau ni memang pengecut, tak berani hadapi kenyataaan dari orang lain, kau sama macam blogger lain, yg memaparkan pandangan yang setuju dengan pendapatmu saja, ceh.. Tak berani, penakut, dayus, kalau tak mau dikritik jgn la buka ruang utk orang tulis komen.
ReplyDeleteMaksud saya yang tidak berkenan di hati tu adalah contohnya kata2 lucah dan sebagainya yang sangat melampaui batasan sampaikan orang lain baca pun rasa tak selesa. Macam komen cik anon ni pulak, saya rasa boleh dipertimbangkan. Jadi, saya publish. Saya tak menghalang jika ada komen negatif yang boleh saya paparkan untuk dijadikan pendorong untuk saya dan orang lain tingkatkan kekurangan diri. InsyaAllah saya akan paparkan komen sesiapa sahaja asalkan tidak melampaui batas. Terima kasih cik anon sudi lemparkan pandangan. :)
DeleteMuhasabah diri itu penting.. And always memaafkan sesama insan n meminta maaf.. Inshaallah lebih aman
ReplyDeletenak memaafkan seseorang atau tidak,atas pilihan kita,tapi klu kita keras hati,memang susah la nak memaafkan orang, orang dah tak nak peduli dah klu kita buat keras hati macam tu, orang pun bukan nya hanya nak fikirkan tentang kita saje je dlm hidup dia,orang macam ni mana menyesal kan, maklum lah diri tu dah terbaik yg tak pernah ada kesalahan walau sekali pun kan.. orang dah malas nak kisah lah klu org yg macamni..ada hikmah tau, apa yg berlaku tu, cuma kamu yg tak cuba untuk nampak kerana ego sendiri
ReplyDeleteorang ego lah tu, jangan Ingat orang nak fikir pasal kita saja tau.. nanti orang pun malas peduli kita dah juga,memaafkan bukannya susah sangat
ReplyDelete