Hai, Saya Budak Form 4

24/1/15




Assalamualaikum dan selamat tengahari loves~


Selamat berhujung minggu juga buat semua. Rasa sekejap sangat tiba-tiba dah masuk form 4. Rasa macam baru hari tu tulis jugak dekat blog kata tak suka masuk form 2 and membebel pasal pbs.. Dan sekarang pbs semua dah tak ada tapi tak ada beza pon sebenarnya..


Baiklah, aku dapat masuk kelas pure science. Iolls rasa nak menangis meraung dan menggila. Huwaa... T.T Kenapa? Adakah sebab aku tak suka sains dan aku benci sains? Oh tidak sama sekali.. Tapi, aku rasa aku bukanlah otak bijak dan geliga untuk bersaing dengan budak-budak pandai dalam kelas aku. Rasa sangat tak yakin bila duduk di kelas pertama. Padahal bukannya dapat straight A pon. Nangis lagi sekali... T.T


Aku tak tahu berapa banyak kali aku ulang perkataan 'aku tak suka duduk kelas A'. Huhu, banyak sebab kenapa. Mungkin aku belum biasa lagi kan tapi aku sangat takut bila aku tak dapat bersaing dengan orang lain. Aku sangat kenal diri aku. Bukanlah budak yang pandai dan cepat tangkap.


Tahun nak dekat SPM adalah sangat mencabar walaupun baru dua minggu mula belajar. Sangat menggetarkan jiwa.. Aku bukan tak cuba untuk positif tapi rasa macam sangat takut. Lagi-lagi rasa macam semua orang sedang berbisik-bisik dekat telinga pasal AddMath,Fizik,Kimia,Bio. Huwaaa meraung lagi... X(


Jadi tujuannya aku tulis entry ni adalah sebab aku tak ada idea sangat nak tulis apa dan aku tetap nak nampakkan blog aku ni berpenghuni. Dan hampa semua, marilah bagi tips untuk aku yang baru masuk form 4 ni dan moga dapat beri semangat juga untuk aku! Hehe, terima kasih! :) Oh, satu lagi. Kalau sesiapa tahu tips mudah nak hafal periodic table of elements ataupun jadual berkala unsur tu marilah kongsi di sini. Aku kena hafal kumpulan2 tu semua. T.T


Baiklah, ilal liqa! Doakan aku ya! :)

10 comments:

  1. all the best duduk kelas science yg penuh mencabar tu! :D niena mesti boleh punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak mazni! InsyaAllah, Amin... :')

      Delete
  2. same umur lahh ;) sy pun kls sn jugak . nak kte majo dlm kls saya budak top ranking dlm tingkatan .. sy pun takut nak sekelas dengan dorang :( btw gudluck ! http://ijahoney.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. Rasa bimbang bila sekelas dengan budak2 yang pandai2 ni sebab takut susah sangat nak bersaing.. Apa2pun moga kita semua boleh lakukan yang terbaik. InsyaAllah, Amin... :)

      Delete
  3. hahaha,, sama la kita, pure science. kalau dulu, cepat benar nak paham apa yang cikgu ajar, sekilas terus masuk,, tapi bila masuk form 4, nak fahamkan kena ulang ulang kali pandang,, itupun kekadang masih tak paham. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak bila duduk kelas depan ni cikgu dia ajar laju sebab fikir semua yang ada dalam tu memang sekali terus faham.. Rasa macam tak terlarat nak mengejar cikgunya. Aduhai.. Tak apalah. Moga Allah bantu kita semua untuk capai kecemerlangan. Amin... :)

      Delete
  4. ala awak no worries ok!
    jgn risau kitorang semua doakan yg terbaik utk awak and ples
    stay strong takyah risau just enjoy life ples as a secondary student sbb im starting to miss the school hehe <3

    result jgn nak gempak sgt eh :p
    jhihihik.

    <3333
    best of luck!

    ReplyDelete
  5. U can do it dik!
    Biasa la tu, awal2 rasa pelik la cket. Bagusla adik ambik pure science insh'Allah nak sambung belajar nanti senang + kerjaya:
    Good luck dik.
    Jemput singgah : fatihahazanan.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Form 4 pun dh mula blog.. Bagus dik keep it up!! All the bestt

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤