Sebaik-baik Manusia, Kadang Lebih Bahaya

16/8/14




Assalamualaikum loves~!


Di atas muka bumi ini, tidak semestinya apa yang kita tengok tu adalah seperti yang kita nampak. Kita tak tahu apa yang ada di balik tabir pandangan.  Kadang, memang nampak suci macam berhati putih bak kapas. Kadang, pudar dan tidak berseri. Namun, boleh tahu apa sebenarnya di balik semua itu?


Baik, orang kata don't judge a book by its cover. Orang juga selalu cerita tentang talam dua muka. Tahu kaitan antara dua ini? Sama. Cuba fikir untuk faham. Baik, macam ni lah. Aku ceritakan kepada hampa sekarang.


Sebenarnya, orang yang kita nampak baik dan macam innocent tahap heroin drama melayu tu tak semestinya itulah karakter dia yang sebenar. Kita tak tahu siapa dia sebenarnya di balik apa yang kita nampak. Sejujurnya, aku lebih takut dengan orang yang diam dan baik.


Sebab apa? Orang yang diam ni kadang-kadang menyimpan seribu satu perasaan di dalam hati dia. Mana tahu, sebenarnya dia tak suka kita tapi memandangkan dia suka simpan, dia akan lakukan sesuatu tanpa pengetahuan kita. Mana tahu, di balik kesenyapan dia, dia mengharap untuk lihat kejatuhan dan kedukaan kita. Mana tahu, di balik kesunyian bicaranya, dia ada agenda sendiri. Benar, diam itu lebih baik. Benar, diam itu memang baik. Tapi bukan semuanya boleh begitu...


Sebab apa aku takut dengan orang yang 'baik'. Sebab selalunya apa sahaja yang kita kata pada dia, dia layankan saja. Sebab apa yang kita usik dia, dia senyumkan saja. Iyalah, orang baik. Tapi, aku lebih rela dengan orang yang tunjuk kalau dia tak sukakan sesuatu berbanding 'sok sok baik'. Faham?


Aku tak kata siapa yang nampak baik tu sebenarnya semua tak boleh dipercayai. Bukan begitu, aku cuma lahirkan kebimbangan aku. Sebabnya aku selalu gundah dengan orang baik. Bukan sikit kes 'talam dua muka' ni. Depan kita, masyaAllah sejuk mata memandang. Tapi dalam hati dan di belakang kita, mungkin Tuhan saja yang tahu..


Kadang, orang yang tak berapa nak nampak baik itulah yang lebih baik. Kadang orang yang cepat marah itulah yang simpan  hati selembut kapas. Kadang orang yang bermuka masam itulah yang sentiasa hargai orang lain. Kadang orang yang muka puaka itulah yang punya senyum semanis gula.


Konklusinya, lebih baik jujur saja. Tak perlu bermuka-muka untuk nampak baik di depan orang lain. Mungkin biar orang nampak kita tak baik itu lebih baik daripada orang nampak kita baik sebenarnya tidak. Betul tak? Hehe, apa apa sajalah....


Hehe, emosi. :)

20 comments:

  1. Sangat susah nak menilai orang sebenarnya, melainkan kita berkenalan dengan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang susah. Allah sahaja yang tahu siapa hambaNya. Tapi kadang2 orang yang kita kenal pun belum tentu.. Risau risau...

      Delete
  2. Kannnn kadang kadang yg kita nampak jahat tu lah yg tolong kita. yg baik... krik krik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Memang itulah dia. Sebab itu tak boleh nak sewenang-wenangnya cop orang itu gini orang ini gitu.. ;)

      Delete
  3. Memang kita tak boleh sewenang-wenangnya nak judge orang :)

    ReplyDelete
  4. Memang tidak dinafikan, susah untuk menilai seseorang itu sama ada dia betul2 baik atau tak. Heh, entahlah......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju! Amat amat susah. Kita tak tahu apa yang ada dalam hati dia. Nak percaya orang pun dah tak tahu macam mana dah..

      Delete
  5. betol niena kak liya setuju sangat... at least orang jenis kasar ni memang tak simpan dalam hati langsung walaupon kadang2 macam terguris dengan sikap kasar seseorang tu ... yang lembut luaran belom tentu dalaman baik ^_^

    ReplyDelete
  6. betul tu dik..dalam hidup kne berhati-hati..jgn mudah percaya nati kita yang terluka

    ReplyDelete
  7. menilai seseorang itu memang susah,untuk itu kita harus berhati-hati dan jangan mudah percaya sama orang lain.

    ReplyDelete
  8. kita nak menilai orang pun tak bagus jugak kan.. apa pun bak org kata, buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali,

    ReplyDelete
  9. Perkongsian menarik.
    Jangan menilai orang dengan sifat luaran sahaja. kan :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Niena :)

    Setuju dengan entry ni. Akak pun tengah emosi jugak sekarang. Segan la dengan awak sebab awak lagi muda tapi your writing is better than mine T_T

    ReplyDelete
  11. akak tag niena

    http://nurinafarhana.blogspot.com/2014/09/anugerah-blogger-serba-boleh.html

    ReplyDelete
  12. itulah yang berlaku pada mama,... cukuplah mama terkena sesuatu yang amat perit sekali..
    Ikhlas dari : Mama Niza

    ReplyDelete
  13. Salam, lama tak singgah sini...terima kasih kerana masih kekalkan blog kak ida dalam blog niena. Hari ini kak ida dah tukar baru link blog kak ida... harap dapat tukarkan juga di senarai blog list niena yer

    http://scriptersnews.blogspot.com/

    Kesulitan amat dikesali, tq

    ReplyDelete
  14. Betul... susah. Tapi smtims situation at the time changes us. Hehe.

    Tapi yg sok sok baik tu mmg haih.
    Takleh kata apa ah. Sedih.

    ReplyDelete
  15. Nice sharing. Justeru kita jangan terlalu percaya pada orang yang kita baru kenal mahupun dah lama kenal.. :)

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤